Monday, April 20, 2026

29 Syawal 1447: Kenduri Doa Selamat & Sambutan Aidilfitri 18 April 2026

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Dapat e-kad jemputan Abah kehadapankan di whatsapps keluarga.

Majlis bacaan doa pukul 11 pagi

E-Kad Jemputan


Jemputan daripada Arman Anuar dan Yusnita Yusri

Pukul 10:30 pagi saya sudah keluar rumah. Sebelum itu tegur orang buat pagar jiran sebelah lagi satu rumah setingkat untuk tidak buang bunga kantan yang dekat dengan pagar rumah kami. 

Kemudian jalan kaki lalu jalan belakang. Lalu rumah tuan rumah sebelum ke surau. Tegur dahulu puan rumah sebelum ke surau. Saya yang pertama sampai. Kosong lagi, tiada orang.

Dalam Surau 



Bagi membunuh masa ambil gambar baju dan karpet.

Tangkap Gambar Baju Sendiri



Kemudian orang semakin ramai menghampiri pukul 11. Doa selamat bermula. Doa selamat semoga berjaya mengerjakan haji. Sekejap sahaja bacaan doanya. Kemudian adik puan rumah yang perempuan ajak ke rumah. Kami keluar surau dan ke khemah yang berwarna merah jambu. 

Dalam Khemah



Orang tidak ramai lagi. Jadi boleh ulang-alik ambil makanan dahulu. Bawah ini makanan saya ambil untuk pusingan pertama. Laksa lemak Melaka, nasi beriani, kek coklat, seri muka dan teh tarik

Makanan Pusingan Pertama



Bagusnya pergi seorang saya boleh ambil masa untuk makan. Mak dan Abah pergi Gambang jadi kira saya wakil. Pusingan ke-2, saya makan nasi putih beserta lauk masak lemak udang bersama rebung. Penutup laksa lemak macam saya pernah bagitahu pada pos terdahulu.

Hampir pukul 1 tengahari barulah beransur pulang, salam puan rumah. Jalan balik rumah sama jalan datang sebab lagi dekat.

Kenyang betul sampai saya tidak makan petang dan malam. Minum air biasa sahaja.

Nota kaki: Sebenarnya mula-mula rasa tidak mahu pergi sebab seorang tapi itulah teringat Puan Yusnita ini peramah, ambil tahu nama dan tahu saya selalu jalan laju lalu tepi rumah takkan tidak datang pulakan?


8 comments:

  1. semoga dimudahkan urusan haji puan Yusnita...
    Alhamdulillah, dapat menyantuni jemputan jiran

    ReplyDelete
  2. Penutup syawal
    Bykkk jemputan kan
    Alhamdulillah
    Kalu
    Ciknur sorang2 taktauu la pegi ke tak he hee kita x pandai borak2

    ReplyDelete
  3. Betul la…kalau sorang diri ni memang rasa malas nak datang sebab rasa kekok pula. Tapi kalau dah biasa, ok je.

    Tentu gembira Puan Yusnita dengan kehadiran Na memeriahkan majlisnya.

    Baru tahu ada laksa lemak Melaka. Di utara ni ada laksa lemak juga, saya suka makan berbanding laksa utara biasa.

    ReplyDelete
  4. Orang dah jemput kita datang jela kan.

    ReplyDelete
  5. Semoga tuan rumah dikurniakan haji yang mabrur. Orang dah jemput, kita pergi je, dapat makan sedap2 😆

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki
    Janji hadir bila dijemput ni kan kalu tak rasa bersalah pula

    ReplyDelete
  7. yela bila sorang2 kdg2 rasa tk best juga tp ada org ok je..ke majlis sorang2 sbb nanti akan jmpa kwn2 juga

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.