Thursday, March 31, 2011

Kenangan Di Zaman Sekolah Menengah Atas (Maklum Saya Orang Nomad)



Assalamualaikum...

Eh ada ke yang menunggu penulisan saya? Terima kasih jika penulisan saya ada memberi impak (harap-harap impak baik) Ingatkan nak berhenti tulis seketika (kali terakhir topik 'Cakap') untuk bulan Mac sebab nak tumpu pada perkara lain pula. Bulan April mungkin kurang menulis. Oho, tengok sambutan pandangan muka surat yang memberangsangkan (pandangan muka surat blog ini), saya sedar perlu menulis hal lain pula. Mungkin lepas ni kena rajin membuat banyak penulisan sambil ada gambar atau buat penilaian tempat makan di Melaka.  Sementara itu sila layan gambar kenangan saya bersekolah di Labuan. Terima kasih kepada bekas rakan sekolah saya yang sudi beri gambar terkini persekitaran di Labuan. Saya rindu dengan zaman sekolah saya sejak saya habis sekolah. Saya takde jenguk pun kembali Labuan. Satu hari nanti saya akan datang berposing gila-gila macam kawan-kawan saya buat, insyaAllah (banyak la cekadak diriku kasi alasan sedapkan hati)
Depan sekolah

Belakang sekolah

Pagar depan sekolah, dulu tempat tunggu bas

Depan kelas saya, 5C
Masjid Labuan

Sekolah agama belakang masjid

Sekolah di kiri jalan sekolah saya

SK Pekan 2, belakang sekolah saya

Bangunan JKR, dulu tapak Perpustakaan Awam

Kedai Roti Mas, tidak jauh dari sekolah. Biasa saya beli roti dan kerepek kentang pedas di kedai ini

Semua bangunan di sekitar sekolah saya. Strategik juga saya rasa. Nasib baik tiada gambar kantin. Eheh, kebanyakan kami pelajar tak makan di kantin, makan di kelas waktu rehat. Saya pun tak suka makanan di kantin dan tak suka nak pergi. Selalu saya bawa bekal makanan dan air dari rumah. Kalau nak beli, saya suka beli roti dan kerepek kentang pedas di Roti Mas.


Tuesday, March 29, 2011

Cakap



Assalamualaikum...

Kebelakangan ini saya perasan saya tidak suka bercakap lebih-lebih lagi kalau perbualan yang tiada topik atau tidak penting. Saya suka layan fikiran, baca buku, tengok tv, tengok siri atau filem kat internet atau baca blog. Lagipun penatlah kalau cakap banyak-banyak ni. Korang tak penat ke kalau cakap banyak-banyak atau suka borak tanpa hala tujuan?

Teringat masa saya buat induksi. Oleh kerana penat sangat dengan kuliah, kalau balik ke tempat penginapan sebelum tu saya akan beli tapau makanan tengah hari sebelum naik ke atas bilik. Masa beli tu saya diam seribu bahasa pilih makanan dan pesan air pun guna bahasa isyarat. Sampai ada abang ni ingat saya ni bisu. Bila dia tanya, saya cuma bagi isyarat tunjuk apa nak,angguk atau geleng kepala. Sampai dia kata, "awak ni bisu ke? Dia tak pernah dengar saya bersuara. Haha gelak saya, manalah ada pelajar bisu kat sini. Saya senyum je (saya tak ingat saya geleng atau angguk) Entahlah saya rasa penat sangat dan lapar sangat, tidak berminat untuk berbual. Lagipun kat kuliah dah puas bercakap, bentang itu ini, jadi saya cuma nak bersama diri. Biasa lepas solat dan makan, saya akan terbungkang tidur. Lepas tu ok sedikit nak borak.

Ja (rakan sekuliah dan dari satu bilik) kadang-kadang bengang dengan saya. Maaf Ja. Ketika Ja ingin berborak, saya cuma dengar dan memberi isyarat, langsung tidak bercakap. Kadang dia marah juga, dia kata la waktu si *** jadi bisu pula. Lepas saya buat isyarat menzipkan mulut.

Waktu kelas pun kadang-kadang macam ni juga. Tapi kalau kena soal pensyarah kenalah jawab, kan? Cuma keadaan sekarang lagi panjang jangka masa saya tidak berbual dengan orang. Jangan risau, ini cuma keadaan sementara. Saya tengah tiada mood nak borak ringan-ringan. Rasa tak suka borak-borak kosong ni. Saya ni suka menganalisa apa yang saya telah borak dan kalau saya dapati tiada faedah, saya takmo cakap. Nanti jiwa rasa tak seronok. Bagi saya kualiti perbualan adalah penting. Saya suka perbualan yang membuka perspektif/ pemikiran saya dan PASTINYA menyeronokkan.

Ok, jumpa lagi.

P.S: Cakap ringan sikit-sikit bolehlah tapi cakap banyak-banyak yang buat tak seronok.

P.S.S: Banyak cakap, banyak kesilapan, mudah terjanji atau bohong tanpa disedari atau tidak, mudah membuka ruang kepada perbualan sia-sia dan menyakitkan perasaan orang yang dilawan cakap jika tidak dikawal.Faktor-faktor yang saya ambil kira.

Sunday, March 27, 2011

Terima Kasih Daun Keladi

Assalamualaikum...

Saya nak ucap terima kasih kepada pembaca blog saya kerana sudi membaca, memberi komen dan meninggalkan jejak. Alhamdulillah bulan ini, naik lebih sekali ganda pandangan muka surat daripada bulan lepas. Wowowo :) Naik banyak tu. Tak tahu boleh tingkatkan persembahan untuk bulan depan ke tidak.

Apapun terima kasih daun keladi semua. Moga Allah merahmati anda.

Jumpa lagi.


Saturday, March 26, 2011

Harap Berjaya



Assalamualaikum...

Baru balik dari Mahkota Century Hotel. Dapat juga makan buffet dengan tema BBQ dan stimbot. Alhamdulillah. Adik saya H suruh saya  cadangkan. Bila tanya emak, dia cakap suka hati, H pun tak kisah. H nak saya yang pilih. Haha, mula-mula saya taknak konon rasa melampau pula saya yang nak cadangkan. Tapi H tak kisah.

Masa makan-makan tu, ada borak pasal kerja. H tanya mak kalau dia tak kerja kerajaan dia kena bayar ganti rugi RM250 000. Adik saya tanya takpe ke kalau dia minta kat tempat lain (sebelum ni dia dapat kat Singapura sebelum tamat belajar tapi tolak). Mak cakap tak kisah asal dia gembira. Penting kalau dia dapat tempat lain, tak kisah kena bayar ganti rugi. Mak macam teruja je lebih-lebih lagi kalau H dapat kerja kat NZ. Hehe, dapat melancong lama-lama kat sana. Adik cakap nanti kita main ski pula. Elok la H, kalau nak lari. Sayapun nak lari gak tapi saya susah sikit sebab perempuan. Kalau H dah ada kat situ, saya boleh lari ke sana juga :)

Kita tengok nanti. Harap-harap dapat kerja kat sana dan merupakan keputusan yang terbaik.

P.S: Hati saya dah terbuka pada omputih ni.Haha.

P.S.S: Makanan sangat sedap terutama kek keju beri biru. Lembut gila. Takde spaghetti ler pula buffet

Jumpa lagi.


Adik Saya Pulang Akhirnya

Assalamualaikum...

Akhirnya adik saya, H dapat balik ke Melaka. Seronoknya dia dah dapat GAJI. Dia nak belanja kami sempena GAJI PERTAMA sebagai doktor. 
Harap-harap dia belanja di tempat makanan yang sedap

P.S: Macam nak suruh belanja makan buffet di hotel aje. Tak sabar tunggu malam ini.

Di jalanraya Wanaka



Ni pun H yang belanja (dalam gambar) di Rainforest Borneo. Masakan Malaysia. Sayang tak pedas langsung (sesuaikan selera kebanyakkan mat salleh di sana). Saya makan nasi paprik makanan laut

Thursday, March 24, 2011

Monolog

Rezeki ada di mana-mana. Jangan bersedih kerana tidak menang siri ke-5 Peraduan Mudah Menang Harian Metro. Ada lagi hadiah utama. Asal jangan putus asa wahai diriku.

Siapa cakap aku putus asa? Marah saya pada diri.

Jangan dikenang. Mengenang itu mengundang kepada perasaan tidak tenang yang akhirnya merasa tidak gembira, kata jiwaku padaku.

Oh begitu, saya akur. Rupanya tidak gembira atas sesuatu merupakan tanda putus asa.

Baik engkau fikirkan nikmat Allah, itu boleh menggembirakanmu, ujar jiwaku.

Baiklah. Aku tersenyum selepas itu. Hidup kena selalu bersyukur. Sayapun manusia biasa yang lupa yang perlu sentiasa diingatkan.







Wednesday, March 23, 2011

Biar Betul!

Assalamualaikum...

Biar betul, pesakit House siri 7 episod 17 ada penyakit tidak boleh makan sayur berklorofil atau makan sayur! Ada juga penyakit camni. Kalau orang yang tak suka makan sayur atau sayur hijau mesti boleh bagi alasan ada penyakit camni. 

Akhir sekali, pesakit tu lari dan doktor-doktor bawah seliaan House dapat tahu pesakit tu pembunuh bersiri dan makan mangsa!(biar betul)

Kira unik la cerita.  Tidak dijangka.

P.S: Patut pesakit tu cakap kat doktor perempuan, awak patut biarkan saya mati, rupanya ada tersirat makna. Korang patut tengok. House kahwin dengan pendatang yang nak dapat kad hijau(bukan dengan Cuddy) Haha, gila lawak.

Tuesday, March 22, 2011

Mari Bereksperimen - Versi Mengarut Chicken Chop Bake Saya



Assalamualaikum...

Selamat pagi. Hujan lebat ketika ini. Tadi tengok siri 'The Amazing Race Unfinished Business'. Persaingan memang sengit maklum semua ada bekas peserta 'The Amazing Race' sebelum ini. Harap-harap Margie dan Luke akan menang untuk siri ini.

Sebelum siri itu bermula, saya buat ala chicken chop. Cara mudah versi saya. Memandangkan untuk saya sahaja makan jadi ambil isi ayam seketul yang dibakar dalam ketuhar bersama kentang (tak buang kulit) yang dipotong kecil-kecil. Takde letak rempah atau penyalut pada ayam itu. Kentang tu saya letak mentega,oregano dan minyak masak je. Panas ketuhar 250 darjah Celcius selama 5 minit sebelum masuk ayam dan kentang yang dibakar kira-kira 20-25 minit (ayam dan kentang dicampur satu bekas loyang,jangan tindan, bakar sampai perang dan keemasan). Buat coleslaw dan kuah untuk isi ayam yang dibakar. Resipi kuah tu sama je macam buat kuah untuk kentang lenyek (ada saya buat tulisan pasal ni). Cuma kali ini saya tukar, selalu pakai air atau stok ayam, saya pakai susu segar untuk kuah. Makan bersama air nescafe panas ketika menonton drama 'The Good Old Days'

Saya dapat tahu Pesta Buku akan diadakan bulan April. Tak tahu turun KL ke tidak kerana April macam sibuk sedikit tolong adik. Harap-harap ada kesempatan nak pergi dan borong buku

Jumpa lagi.

P.S: Nak cuba buat aiskrim esok. Harap-harap jadi.

P.S.S: Selalu kalau saya teringin nak makan makanan Barat, saya akan cuba buat. Inspirasi daripada Michael Smith dari siri Chef At Home. Lepas tu olah resipi ikut selera dan bahan yang ada di rumah.

P.S.S: Ketuhar saya tak berapa panas, kadang kena tengok masak ke tidak, kalau tidak kena tambah masa sampai 5 minit atau kena naikkan suhu. Mula-mula buat 200 darjah Celcius lepas tu saya naik 250 darjah. Senang cerita, masak cara cuba dan silap (try and error)


Sunday, March 20, 2011

Salah Faham Kerana Ayat Berlapis



Assalamualaikum...

Teguran sedikit untuk pembaca tulisan saya dan saya juga. Sila baca berulang-ulang kali tulisan saya untuk faham. Jangan terus buat kesimpulan yang mengakibatkan memberi komen yang salah. Kalau tak faham tulisan saya (saya tahu tulisan saya skema sedikit), sila TANYA. Malu bertanya sesat jalan.

Harap-harap teguran ini diterima dengan hati terbuka. Terima kasih kerana membaca dan memberi komen. Untuk saya, saya akan cuba mengurangkan menulis berbelit dan ayat berlapis dalam satu ayat. Saya tahu saya suka buat ayat berlapis dalam satu ayat.

Maaf dipinta kerana saya buat ayat berbelit yang menyebabkan anda salah faham.

P.S: Mahu memperbaiki diri dari semasa ke semasa


Filem Titanic Lama



Assalamualaikum...

Hari ini dapatlah beli paprik (yahoo), pergi awal dalam pukul 12 malam. Balik-balik tukar baju dan buka tv2 ada cerita lama tajuk 'Titanic'. Mula-mula takmo tengok sebab 'Titanic' lakonan Leonardo DiCaprio tu pun saya tak suka. Jadi ingatkan sama 100%. Rupanya tidak. Sedih gila 'Titanic' lama ni. Perlanggaran kapal 'Titanic' dengan aisberg.
Amat mengharukan perasaan bila pasangan suami isteri Sturges berpisah. Kalau sebelum tu mereka macam tidak sehaluan dan bergaduh mulut. Bila kapal dah langgar air batu tu, barulah isteri dia nampak kebaikan Encik Sturges ni. Sebelum tu isteri dia rasa Encik Sturges ni ego, tidak ambil berat orang lain. Dalam 'Titanic' ni dia tiada bezakan orang kaya dengan orang miskin, boleh duduk satu sampan malah Encik Sturges tolong isteri dan anak-anak orang bawahan tu (Guzpam kut, lupa nama keluarga tapi keluarga Sepanyol) naik sampan.

Oh sedih cerita sampai saya menaip tulisan ini pun masih terasa kehilangan Encik Sturges dan lelaki-lelaki dalam kapal (hanya perempuan dan kanak-kanak naik sampan) Anak Encik Sturges, Norman patutnya duduk dalam sampan bersama kakak dan emaknya tapi dia rela mengorbankan tempat untuk diberi wanita tua kelas bawahan yang kelihatan bingung dan Norman pergi mencari ayahnya. Mereka jumpa. Dekat-dekat kapal 'Titanic' nak karam, orang lelaki yang tinggal menyanyi  lagu Wales selamat tinggal.

Banyak pengajaran dan penuh  emosi. Saya memang kurang suka tengok cerita sedih lagi melankolik tapi yang ini adalah pengecualian.

Ok siapa dah tengok?

Saturday, March 19, 2011

Hari Stok Makanan Mentah Pula Kekurangan



Assalamualaikum...

Bertemu kembali. Yeah rangkaian internet ok sangat bermakna saya boleh bermaraton tengok siri Leverage musim ke-3 dan boleh berjalan-jalan dengan bebas untuk membaca blog. Nampaknya bukan faktor hujan yang menyebabkan rangkaian internet teruk sebab saya dapat tengok waktu hujan di luar.

Bermakna saya cepat lapar dan mengambil keputusan mahu beli paprik (malas buat sebab lapar sangat dan cili api dah habis pula). Sekali tengok kedai dekat rumah saya dah tutup. Aik awal tutup kul 1:30 pagi? Hmm, tak larat nak jalan jauh ke kedai lain maka pulang sahaja ke rumah dengan membayangkan untuk membuat rojak buah kerana buah nanas,sengkuang dan jambu batu ada.

Sudah siap potong-potong buah, tengok-tengok kuah rojak dah habis. Hek, dah habis kuah buanglah bekas. Rungut saya dalam hati. Sudah lapar gila. Buah yang dah dipotong, dimasukkan ke dalam pengisar buat air buah campur perahan limau nipis,kiub air batu dan gula pasir. Satu jag. Terfikir takkan nak minum sahaja, tak kenyang. Terfikir ada sosej di tempat dingin beku. Ternampak kobis. Yeah goreng sosej sahaja dan buat coleslaw dengan kobis. Lobak merah untuk masak dah habis tapi lobak merah yang adik nak buat kek ada tapi takkan nak ambil adik nak buat kek keju lobak. Hmm, guna kobis sahaja campur mayonis dan lada sulah. Kentang dah habis. Aiyak, semua habis pula. Kaki makan betul kami semua ni. Jadi maka coleslaw dengan kobis sahaja dan dan sosej 2 ketul dipotong pendek-pendek kerana nak goreng (malas nak panggang).

Makan dengan perut lapar gila memang sedap beserta jus buah. Yeah sambung balik tengok Leverage.

P.S: Tiada aral, adik saya H akan balik hari Sabtu atau Ahad kerana cuti

Friday, March 18, 2011

Adakah Anda Seorang Pemilih Makanan?



Assalamualaikum..

Adui susahnya nak tulis kat blog,nak buka blog sendiri apa lagi blog orang pun pun lama nak buka! Rasa makin teruk talian Streamyx ni. Makin saya memahami mereka yang merungut talian semput. Haha, sabar, baik nyanyi kuat-kuat. Oh harimaukumbang, saya dah ingat dah mengapa tiba-tiba saya menyanyi kuat-kuat kat awak dengan Rahmatdan masa korang main titik tu (zaman persekolahan) Sebab saya tengah marah dan tertekan masa tu. Jadi saya luahkan dengan alihkan perasaan dengan menyanyi.Sedap tak suara saya? Sekurang-kurangnya korang rasa pelik dan terkejut dengan tindakan spontan saya kan? Saya diam membatu tiba-tiba menyanyi kuat-kuat. Haha, bayangkan saya buat camni dengan nyanyi lagu 'Beat It' kuat-kuat awal-awal pagi.

(Nyanyi kuat-kuat kejap)

Oklah saya nak buka topik tentang makan. Saya masa kecil-kecil ada masalah makan atau senang cerita saya memilih makan. Sampai pernah jatuh sakit. Jumpa doktor, doktor cakap saya sakit sebab tak makan dan tak cukup zat, tu mudah kena penyakit. Macam-macam penyakit dan mudah kena jangkitan penyakit macam selsema tu jangan cakaplah, memang saya cop lepas sapa-sapa kena. Sayur tak makan, ikan tak makan (kecuali sardin, itupun kena sambal sardin),ayam goreng (ayam masak lemak ke tak makan). Nasi susah nak makan kecuali kalau kena dengan sambal sardin. Saya lagi suka makan makanan ringan. Bila fikir, boleh kenyang pula makan makanan ringan ni. Saya suka pizza juga.

Jadi abah saya selalu bawa pergi makan makanan segera sebab saya suka ayam goreng dengan pizza. Ini kerana nak mengelak saya tak makan kalau tiada lauk kegemaran iaitu sambal sardin. Teruklah saya masa tu. Makanan punyalah banyak jenis tapi saya makan makanan yang saya sebut tu.
Apabila dah besar sedikit, masuk sekolah rendah boleh dah makan sambal tempe (percaya tak sekolah jual sambal tempe RM0.20sen) dengan nasi lemak. Mula kenal dan makan macam mee goreng, nasi lemak. Lepas tu kenal dengan laksa, jatuh cinta dengan laksa tapi tak makan sayur-sayur yang ada pada laksa. Saya mengambil masa nak makan laksa kerana memilih untuk letak tepi pinggan sayur-sayur tu (dah tercampur masa beli). Mak dan abah yang kena makan sayur-sayur tu.

Alhamdulillah, lama-lama saya dah makan semua. Makin saya besar, makin saya tidak memilih makanan. Kira senang kalau saya pergi mana-mana, orang jamu tiada masalah. Walaupun daging landak pun saya makan, ayam serama. Asal halal. Hehe rasa rugi la pilih-pilih makanan ni. Cuma saya tak boleh makan sebetul-betul makan. Faham tak? Macam ayam goreng, ahli keluarga saya kalau makan, tulang-tulang tu pun dorang kunyah kasi lunyai. Kira betul-betul makan. Saya makan isi je,takde nak gigit-gigit tulang tu. Tapi takpe, setiap tulang saya tak gigit atau makanan tak habis saya kasi kucing kat belakang.

Terima kasih kepada emak yang mendidik saya makan kena licin pinggan. Mak saya selalu ingatkan, ada sebiji nasi jatuh keluar pinggan, tak ambil makan semula, mak saya cakap nasi tu akan menangis. Jadi bila makan, ada nasi jatuh keluar pinggan, saya kutip basuh makan semula. Memang tak sampai hati nak biar. Kalau jatuh ke lantai, saya bagi kat kucing di luar. Memang mak saya tak suka saya membuang makanan. Jadi kalau kami makan kat luar, kami selalu bantu-membantu habiskan makanan orang lain. Memang senang orang yang angkat pinggan tu sebab pinggan licin.

Ok itu sahaja coretan saya kali ini. Berjumpa lagi.


Wednesday, March 16, 2011

Akhlak Sesama Umat Islam



Assalamualaikum..

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
Barangsiapa yang menyakiti hati seorang Islam, maka dia telah menyakitiku. Dan barangsiapa yang menyakitiku maka dia telah menyakiti Allah.







 

Belajar Membuat Tulisan Rahsia Atau Tulisan Berkata Kunci (Password Protected Entry)

Assalamualaikum…

Ada permintaan untuk tunjuk membuat tulisan berkata kunci. Sila masukkan kata kunci iaitu abc untuk tahu lebih lanjut. Harap faham dengan penulisan saya. Boleh tanya kalau ada tak faham.
Lagi sekali kata kunci ialah abc
Klik butang 'Show encrypted text' untuk mula.



Nak Marah Tapi....


(sambil mendengar lagu Highway Stars oleh Deep Purple)

Assalamualaikum..

Bertemu di ruang ini. Waktu ini jam menunjukkan pukul 2:49 pagi. Waktu tidur saya yang berubah-ubah mengikut hormon. Saya sudah tidur awal maka oleh kerana tidak dapat melelapkan mata serta rangkaian internet yang teruk, saya tidak dapat muat turun siri ke-7 episod 16 House  secara terus melalui tvblinkx atau secara tidak langsung melalui utorrent, maka elok saya menulis sambil mendengar lagu.

(Mendengar pula lagu Celebration oleh KC and the Sunshine)

Mengamuk pada perkara yang di luar kuasa kita adalah KURANG BIJAKSANA. Maka, ingat sahaja kalau line anda semput, jangan marahkan pada penyedia perkhidmatan tersebut seperti TM, Maxis, Digi atau Celcom (walaupun boleh kerana anda dah bayar) Daripada anda maki, sebut sahaja ucapan istirja dan buatlah lawak benar supaya anda terhibur. Macam kata-kata seperti, "Allah sayang saya sebab tu uji hal ini." atau "Ala ujian ini kecil je, line semput pun nak marah-marah. Ada orang lagi tengah alami bencana gempa bumi pun tenang je. Rileks la." Gerenti anda tidak sakit hati sangat.

(Buka pula lagu Every Time You Cry oleh Human Nature sambil melihat kemajuan muat turun siri House di tvblinkx-belum habis)

*menyanyi kejap, sambung kemudian*

(Buka lagu Brother Louie oleh Modern Talking)

Ok sambung semula, maaf yer tujuan tulisan sambil menulis sambil mendengar lagu sambil menunggu muat turun terus House habis. Jadi senang cerita kalau anda dilanda musibah, hiburkan hati, ingatkan tentang kematian atau hari kiamat. Huru-hara hari kiamat dan hari kebangkitan semula lagi teruk daripada apa-apa ujian kita dapat. Bila hari kita dibangkitkan lagi la kita bangun seperti orang bingung. Dahla tempat tu kita kena duduk berhimpit-himpit (dapat dibayangkan kalau berhimpit-himpit) Siapa pernah mengerjakan haji atau umrah? Tahu kan sedangkan kita bertawaf atau nak kucup hajar aswad atau melontar jamrah pun kita kena tolak dan himpit, kena pijak. Kita rasa tak selesa inikan di Padang Mahsyar. Lepas tu kena hisab lagi. Ingat sekejap ke?Lepas tu saiz badan kita orang Malaysia kecil sahaja berbanding bangsa lain kan? Ha cuba bayang di Padang Mahsyar dengan umat-umat terdahulu yang lagi gila besar dan tinggi duduk berhimpit-himpit macam sardin dalam tin.

(Buka lagu Smooth Operator oleh Sade)

Alhamdulillah, ketika saya tengok kemajuan muat turun dah ok sedikit, agaknya lewat-lewat pagi tiada masalah terputus.

Ok sambung lagi, oleh itu satu cara mudah bila anda rasa nak marah (macam saya mudah melenting) ialah luahkan secara sihat macam saya tulis di blog ini, istigfar banyak-banyak, ingat ujian kita dapat kecil berbanding orang lain dan ingat ini baru permulaan ujian sebelum kita menghadapi hari kebangkitan. InsyaAllah kurang rasa nak marah. SABAR jerla yer. Pandang dari sudut positif.

(Buka lagu Crush pula oleh Jennifer Paige)

Betul kata Nabi Muhammad S.A.W. apabila kita ingat hal-hal mati atau perkara yang menuju ke arah selepas KEMATIAN, kita tidak akan kisah dengan perkara-perkara remeh. Kita akan sibuk fikir perkara di SANA.

Harap-harap tulisan saya membantu bagi mereka yang nak marah atau yang bersedih menghadapi ujian. Saya pun nak marah tadi tapi sekarang dah ok. Alhamdulillah.

Jumpa lagi.

P.S: Belum habis muat naik siri House tapi lega dapat luahkan :) Saya ni cepat melenting gak tapi banyak melenting dalam hati.

P.S.S: Nak tengok siri Man V Food pula.

Tulisan berakhir pukul 3:35 pagi.


Monday, March 14, 2011

Kesyukuran



 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Dalam segala nikmat yang kita dapat harus kita bersyukur walaupun kecil. Ucapan di bibir, yang menggerakkan lidah mengucap 'alhamdulillah' (الحمدلله)Manakala perbuatan pula cara menunjuk kesyukuran dengan melakukan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan laranganNya. Berlumba-lumba membuat kebaikan dan jangan lupa berniat keranaNya untuk menguatkan perbuatan merupakan satu cara untuk bersyukur melalui hati.

Sebenarnya banyak cara untuk menunjukkan kita bersyukur. Sama ada secara umum atau khusus. Ikutlah kemampuan kita asalkan tidak lari tujuan kerana Allah (لله تعالى)Apabila kita bersyukur maka Allah akan menambahkan nikmat kita pada Allah. Itu janji Allah. Allah tidak memungkiri janjiNya atau tidak lupa menunaikan atau tidak leka seperti kita ini yang lemah dan culas.


Ingatan untuk diri sendiri dan mereka yang membaca.
Jumpa lagi.

Sunday, March 13, 2011

Cuti Sekolah Datang Lagi



Assalamualaikum....

Cuti sekolah kembali. Maka ramai yang akan membuat pelbagai perancangan untuk berjalan-jalan. Saya pun baru tahu cuti sekolah bila mendapati adik-adik perempuan emak saya bersama sepupu ke Pulau Langkawi. Mereka pergi tanpa suami dan membawa anak-anak sahaja. Saya dan emak tidak ikut serta. Alahai rasa cemburu. Eh tapi mak saya kalau nak berjalan mesti dengan abah. Agaknya tu pasal mak saya tidak ikut. Haha yang bermakna saya pun tak ikut (ala saya nak pergi sorang boleh aje ikut makcik-makcik saya)

Perancangan saya mahu berjalan-jalan di JJ sambil cari bahan nak buat lasagna. Teringin pula. Beberapa kali percubaan lasagna tidak berapa berjaya. Harap-harap menjadi kali ini. Saya nak cuba guna keju ricotta, cheddar dan parmesan. Sebelum ini saya guna keju parmesan dan mozarella. Inilah masa untuk bereksperimen dan mencuba cara lain pula. Kalau sedap dan menjadi, saya akan letak resipi nanti. Harap-harap berjaya.

Oh!Ya, tengah hari tadi melawat adik di hospital, Muar. Alhamdulillah dia tiada meluahkan macam minggu lepas tapi dia masih melalui rutin yang sibuk sampai tidak sempat makan dan tidak lalu makan waktu tengah hari. Mak saya bawa nasi,  masak lemak nenas bersama udang dan udang,ayam dan bebola bersalut tepung. Dia hanya makan makanan bergoreng. Maka mak saya terpaksa bawa balik semula nasi dan masak lemak kerana kalau ditinggalkan di sana, adik saya tidak sempat makan. Apapun harap-harap dia bersabar.

Ok jumpa lagi. Lupa nak bagitahu, saya sekarang memasuki Peraduan Agro-Xplorasi yang ada di Harian Metro Sabtu bahagian hiburan. Sesiapa yang berminat atau beli Harian Metro Sabtu boleh sertai. 

P.S: iPad 2 keluar semalam di US. 

P.S.S: Apa jawapan korang buat untuk Agro-Xplorasi episod 2? Saya jawab RM20 000. Sama tak jawapan? :) 

P.S.S.S: Senang tak reka slogan?


Saturday, March 12, 2011

i-Pad 2 dan Top Chef All-Stars




Assalamualaikum...

Selamat pagi Sabtu. Tadi saya dapat komen daripada pembaca, dia bagi satu laman sesawang yang memberikan i-Pad 2 PERCUMA sempena nak keluar di pasaran. Teruja, sekali rupanya tawaran tu untuk mereka yang ada di negara pengeluar iaitu USA. Uwaa sedih saya tak layak mohon padahal nak sangat i-Pad tapi saya hargai sebab pembaca saya ini tak kedekut ilmu bagitahu i-Pad boleh dapat secara percuma, dia suruh cepat-cepat mohon tawaran terhad. Kepada pembaca tu (saya tak tahu nama sebab dia tidak berikan nama) kalau awak baca entri ini (alih bahasa kalau tak faham), mohonkan untuk saya dan awak poskan i-Pad ke Malaysia (saya tinggal di Malaysia bukan USA). Mungkin awak pun nak jadi seorang yang pemurah macam Bill Gates. Ehem, saya puji awak. Apapun terima kasih kerana peka. (Mentang-mentanglah saya asyik sebut saya suka masuk peraduan dan antara hadiah Peraduan Mudah Menang tu hadiah iPad)

Apapun nak cerita pasal Top Chef All-Stars episod ke-13 yang saya lihat di laman tvblinkx. Nampaknya Carla tidak dapat meneruskan ke akhir bahagian 2. Tinggal Richard, Mike, Tiffany dan Antonia.
Nampaknya pilihan saya untuk jadi juara ialah Richard. Tak sabar nak tengok minggu depan.

Jumpa lagi.

P.S: Kepada pemberi komen pasal i-Pad 2 kalau awak dapat mohon untuk saya dan nak poskan, komen lagi minta alamat saya. Eh komen awak saya buang sebab orang lain kat sini tak dapat mohon. Moga awak berjaya dapat i-Pad 2 dan terima kasih kerana membaca.



Friday, March 11, 2011

Orang Kaya Yang Ideal Ialah Yang Beriman dan Bersyukur



Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat. Jumaat datang lagi. Oh sebelum menulis ini, saya buat paprik untuk saya makan. Mentang-mentang cili api dah ada, tak payah la nak beli. Cuma sayang lobak merah takde tapi takpe asal ada kacang panjang dan cili api terutamanya.

Hmm baca surat khabar pasal Bill Gates tidak menjadi orang terkaya di dunia.  Ingatkan pasal apa tapi rupanya sifat dermawan Bill Gates yang menyebabkan kedudukan dia jatuh daripada menjadi orang paling kaya. Dia bukan derma USD$10 000 ke tapi  lebih 1/3 harta  didermakan. Wow, terperanjat saya.  Dia dan isteri DAH DERMA sebanyak  USD$28 billion.

Tahun ini,kekayaan Gates sebanyak lebih kurang USD$49 billion (RM148.5 billion) di belakang Slim lebih kurang USD$60 billion (RM181.9 billion)

Bagi saya, Allah akan tambahkan juga kekayaan Gates kerana sifat pemurah dia walaupun dia bukan Islam) Mahu juga saya hantar emel kepada beliau ucapkan tahniah kerana bersifat dermawan. Saya berdoa semoga Gates dapat hidayah Islam. Dia ada sifat terpuji. Memang patut Allah kurniakan dia kekayaan dan menjadi orang terkaya di dunia (walaupun jatuh no 2 kerana dia banyak derma) Kalau kita ni duk sibuk takut nak sedekahkan,derma, zakat kerana takut duit kurang atau sikit, dia pula tak kisah pun. Bukan sedikit dia derma tapi berbillion juga. Percayalah harta dia akan meningkat lagi tahun depan walau sebanyak mana dia derma.

Kita pula harus mencontohi sikap dermawan Bill Gates walaupun kita tak kaya. Kalau kita bercita-cita nak kaya, pastikan kita kaya dan menjadi orang yang bersyukur dengan nikmat Allah dengan melaksanakan zakat, sedekah dan derma. Ok sesiapa yang ingin kaya pastikan doa sekali setelah berusaha. Jadi bersangka baik pada Allah kalau kita doa dan berusaha untuk jadi kaya tapi tak kaya-kaya. Allah lebih mengetahui. Mungkin saja, Allah tahu kalau kita kaya kita lupa Allah. Macam Tsalabah di zaman Rasulullah yang mohon  Rasulullah doakan dia jadi kaya tapi baginda enggan doakan. Setelah didesak, baginda S.A.W. doakan dan Tsalabah menjadi orang kaya yang lupakan Allah dan tidak melunaskan zakat.

Sebaik-baiknya apa pun keadaan kita, kita bersyukur pada Allah. Allah pun ada berfirman yang lebih kurang maknanya sekiranya kamu bersyukur atas nikmatKu maka Aku akan tambah nikmat. Sebaliknya jika kamu kufur, azabKu amat pedih. Maknanya kalau kita ni TAK kaya (apa lagi kaya-raya macam Bill Gates), kita pun boleh bersedekah ikut kemampuan kita. Tak payah cakap nak jadi kaya, ada sejuta ringgit baru nak derma. Padahal kalau kita mampu, boleh sahaja derma asal jangan lupa zakat.

Ok itu sahaja, renungan untuk diri saya juga supaya bersyukur dan kalau bercita-cita nak jadi kaya, jadilah orang kaya yang beriman, bersyukur.

P.S: Bill Gates tiada nikmat Islam, sama -sama kita doakan dia dapat hidayah :)

 

 

 



Wednesday, March 9, 2011

Cili Api Oh Cili Api



Assalamualaikum....

Selamat petang. Beberapa hari sebelum ini, ketika masak mihun/kuew tiaw main letak bahan, saya perasan ada kekurangan rasa. Maknanya kurang mengancam untuk saya habiskan. Bila diamati, rupanya tiada rasa pedas 'meletup'. Perasanlah saya di peti sejuk tiada pun cili api dan agak lama saya tidak letak cili api dalam mihun/kuew tiaw mengarut sayakerana selalunya abah bawa balik cili api dari kebun tapi kali ini tiada. Jadi saya membuat nota mental (mental note) sejak beberapa hari lalu untuk beli kerana saya ingin berselera makan.

Untuk makluman, abah saya tidak makan makanan yang pedas terutama yang ada letak cili api. Jadi mak saya kenalah masak yang tiada cili api dalam masak lemak. Saya dan adik-adik (terutama saya) yang rasa terseksa selera kerana selalu merasakan makanan tidak mengancam. Jadi sebab itu saya kena masak sendiri makanan yang mengikut selera saya pada tengah-tengah malam kerana lapar. Yelah kalau masakan lemak yang sepatutnya ada cili api tapi mak ganti guna cili biasa memang tak berapa lalu makan. Saya makan untuk alas perut tapi masalahnya tengah-tengah malam saya lapar balik.

Hari ini emak masak lemak ikan bawal bersama pisang muda. Sedap kalaulah masak lemak itu masak lemak cili api tapi panggillah aje masak lemak biasa. Memandangkan saya nak makan banyak hari ini, maka hari ini saya telah rajin ke kedai runcit untuk beli cili api banyak-banyak.  Dah nekad mesti beli cili api sebab saya rasa tak puas makan. 

Maka berjalanlah saya menuju ke arah barisan kedai. Dari jauh nampak kedai yang saya nak pergi tutup. Aik tutup pula hari ini. Jadi saya pergi ke kedai lain. Kedai ni saya tak pernah nampak pun barang basah, waswas gak ada ke tidak. Saya mencari-cari di setiap rak tapi tiada. Mula rasa nak balik tapi tanya juga pembantu kedai tu. Sekali rupanya bahan-bahan basah disimpan dalam peti sejuk. Patut tak nampak. Tapi terdetik gak selalu barang-barang basah diletakkan di hadapan pintu masuk kedai supaya senang pelanggan nampak dan bukan dalam peti sejuk.

Gembira di hati, bila balik rumah salin baju rumah. Terus ke dapur membawa cili api. Beli sepeket yang harga RM2. Cakap di hati buat banyak-banyak supaya boleh boleh makan hari-hari. Maka mula-mula saya ke rak dapur,ambil belacan (belacan Melaka warna hitam). Saya ambil kuali kecil,tenggekkan di api dapur. Letak sedikit minyak dan apabila panas, masukkan sedikit belacan untuk menggoreng.

Dah agak luar hitam, angkat. Maka cili api, saya ambil dalam 10-15 biji buang tangkai dan basuh. Tumbuk dalam lesung satu-persatu. Tidak menggunakan pengisar. Hanya tumbuk sampai lumat. Keluarkan masuk belacan beserta sedikit minyak yang diguanakan menggoreng belacan untuk ditumbuk juga sampai lumat. Keluarkan masuk ke dalam bekas. Lebihan sambal belacan dalam lesung, saya perah 6 biji limau nipis ke dalamnya, sudukan keluar masuk ke dalam bekas. Ada lebihan sambal belacan lagi, saya buat bancuhan sedikit air asam jawa dalam cawan kemudian masuk ke dalam lesung tersebut untuk pastikan cili api tumbuk bersih dikeluarkan daripada lesung.
Kemudian saya rasa, peh cukup pedas gila. Saya campur sedikit gula. Maka selepas itu, saya basuh peralatan masak termasuk lesung. Lepas tu makan. Oh sedapnya sambil hidung berair. Seperti dijangka, saya berselera makan dan tambah nasi. Makan dengan sambal belacan membuatkan saya makan cepat seperti biasa. Haha berjaya misi makan tambah 2 kali. Selalu makan sekali saja itupun lambat nak habiskan.

Korang tidak payah risau pasal tambah berat kalau makan lebih daripada sekali kalau makan cili terutama makanan yang mengandungi cili api. Cili mengandungi Capsaicin. Cili yang kecil biasanya pedas. Capsaicin membantu peredaran darah yang kurang lancar. Cili yang pedas meningkatkan suhu badan untuk merangsang metabolisme. Ia juga mengurangi, mengatur dan mengeluarkan lendir dari paru-paru (agaknya itu sebab makan cili terutama yang pedas, hidung kita akan berair, eheks) Ia juga melindungi tubuh daripada penyakit barah. Biji cili juga elok dimakan juga kerana mencegah jangkitan pada sistem pencernaan.
Wah patut juga saya suka makan cili api kerana kebaikan yang ada. Lebih-lebih lagi ia meningkatkan metabolisme yang melancarkan peredaran darah. Saya rasa cili api bolehlah dikatakan untuk meningkatkan selera makan. Apapun kena tengok keupayaan korang juga, tahan makan cili api ke tidak. Rasanya kalau yang asyik masuk tandas untuk membuang tu maknanya banyak makan cili. :)

Ok, jumpa lagi. Tak sabar nak gunakan cili api pada tengah malam ini untuk masak kuewtiaw mengarut saya.



Saya Ingin Bersendirian Seketika Ketika Ini



Assalamualaikum...

Beberapa hari ini saya rasa nak habiskan masa menonton filem yang telah lama dimuat turun tapi tidak berkesempatan untuk menontonnya selain menonton siri drama seperti House, The Good Wife, Desperate Houvewives dan lain-lain. Jadi tiada mood sangat nak berborak dengan kawan-kawan kerana tidak mahu menyinggung perasaan secara tidak sengaja kerana tidak menumpukan perhatian apa yang dorang cakap. Saya tahu kalau saya borak fikiran saya akan melayang kerana memikirkan kesedihan saya.

Saya tengah sedih tapi bukan sedih hal dunia ini. Masalah dunia bolehlah diatasi dengan sabar dan mengingati ini hanyalah ujian Allah untuk hapuskan dosa atau meningkatkan darjat. Jadi hal dunia tidak patut kita sedih kerana Allah ingin beri kita pahala. Macam kita dapat debit (atau kredit?) Tapi yang merugikan adalah kerana kesedihan berkaitan perkara akhirat. Macam dapat tambahan dosa :( Lagilah pelik mekanisme saya untuk melarikan diri dengan menulis blog dan membaca blog serta tengok muat turun siri. Cara yang tidak betul. Selain rutin yang sedia ada dengan menyibukkan diri dengan kerja-kerja. Senang cerita saya nak bersendirian tapi bukan bersendirian yang mutlak. Masih berborak dengan emak dan abah. Mahu lebih buat pencarian jiwa dan bermonolog sendirian.

Borang peraduan sudah dipos. Kali ini abah pos. Terima kasih. Saya letak borang-borang untuk dihantar atas meja dengan niat selepas Asar mahu berjalan kaki ke pejabat pos. Sambil-sambil boleh layan fikiran yang menerawang. Tengok-tengok bila turun nak ambil surat dah tiada. Cuak mula-mula. Rupa-rupanya abah dah pos dulu. Tak payah saya susah payah jalan kaki tengah panas untuk pos. Apapun saya masih perlu berjalan-jalan untuk melayan jiwa dan fikiran yang pelbagai silih berganti. Kalau korang nak tahu kerana melayan fikiran, sampai tidak sedar jauh juga saya berjalan. Bestnya tidak penat pun. Lagi satu saya suka berjalan sambil dengar walkman, menyanyi antara dengar atau tidak. Satu keseronokan, cara yang murah saya rasa. Korang pernah buat tak iaitu berjalan-jalan melayan rasa sambil mendengar walkman?  Jadi kira sebagai serampang 2 mata, membuat senaman secara tidak langsung.

Jadi harap-harap faham kalau saya kurang berkomunikasi. Tidak lama pun, bila perasaan sedih sudah diubati, insyaAllah kita berborak secara langsung.Maaf kalau ada soalan saya tidak jawab.
Jumpa lagi.


Tuesday, March 8, 2011

Tiada Elektrik Pada Pukul 2 Pagi



Assalamualaikum..

Haha mahu gelak saya rasa, tiada elektrik kul 2 pagi tadi! Haha yang lawak, saya tengah ampai baju adik kat tepi tingkap. Terkejut tiba-tiba gelap gelita. Muahaha gelak lagi. Entah apa-apa saya ni ampai baju kul 2 pagi. Entah orang pernah buat entah tidak. Nasib baik la waktu kul 2 pagi bukan kat dapur buat projek makan. Terkebil-kebil saya kat tingkap, nak pastikan memang tiada elektrik seluruh kawasan perumahan ke? Atau rumah saya je? Siap termenung pegang baju yang nak diletakkan pada penyangkut baju. Macam tak percaya sebab dah lama tidak black out. Gelap gelita mula-mula rasa.

Perlahan-lahan saya langkah ke arah katil Ada juga tersepak beberapa barang. Baring sambil cuba nak tidur. Masih ligat otak berfikir, adakah seluruh kawasan yang mengalami gangguan bekalan elektrik? Atau rumah saya? Berulang-ulang persoalan itu. Lepas tu pelik tengok kat luar bilik macam cerah. Korang faham tak, kalau tiada elektrik mesti gelap gelita tapi ada sedikit cahaya membuatkan diri tertanya-tanya. Pandang ke atas siling tinggi yang memang ada tingkap, memang dari situlah nampak cerah sedikit.

Turun bawah pula, memang gelap dan saya ke hadapan ruang tamu, menjenguk melalui pintu kaca. Memang tiada api pada sebarang rumah. Puas hati akhirnya kerana tahu tiada elektrik untuk seluruh kawasan.
Baring semula untuk tidur. TIDAK BOLEH. Jadi terpaksalah mata terbuka dengan rasa panas. Sebelum terlupa sebelum ampai baju, saya dah lengkapkan Peraduan Mudah Menang Harian Metro dan Peraduan Agro-Xplorasi. Kalau yang rajin beli Harian Metro hari Sabtu, boleh masuk peraduan ini. Korang kena tengok siri Agro-Xplorasi pada pukul 7:30 malam hari Sabtu di TV3 untuk menjawab soalan di dalam Harian Metro. Slogan "saya suka menonton Agro-Xplorasi kerana... (tidak melebihi 15 patah perkataan). Kuiz ni berlangsung selama 10 minggu tapi ini hadiah mingguan maknanya seminggu cuma 1 soalan iaitu dikeudarakan pada hari Sabtu dah boleh terus hantar, tak payah tunggu seminggu. Faham tak? Hehe. Minggu lepas adalah minggu ke-2. Jadi jangan risau kalau tak sempat kerana ada 8 minggu lagi.

Haha, macam-macam hal. Jangan ditanya mengapa saya menyidai baju awal-awal pagi. Ok jumpa lagi. Sesiapa ada kemusykilan pasal kuiz Agro-Xplorasi tu boleh tanya.

P.S: Nasib baik bukan waktu tengah makan, elektrik tiada dan lagi nasib baik bukan ketika menggunting dan menampal borang.

P.S.S: Pukul 3 pagi baru ada elektrik. Sejam juga bergelap

Monday, March 7, 2011

Saya Mewakili Untuk Adikku, H Meluahkan Rasa Hati Pada Orang-Orang Tertentu



(Tulisan meluahkan perasaan)

Assalamualaikum..

Selamat tengah malam Isnin. Bagaimana cuti hujung minggu korang dihabiskan? Saya kepenatan lak hari Ahad ini. Pada minggu ini masa saya bertarung tidur lewat, kul 3 pagi lebih baru tidur. Itupun paksa-paksa takleh, saya mandi, lepas tu alhamdulillah, lena juga tapi bangun subuh gajah pula walaupun jam dah tetapkan pukul 5:20. Nampaknya memang akan tidur lena walaupun jam berdering.

Pagi lak bangun tu mak cakap masa nak pergi ke Muar. Jenguk adik lelakiku si H yang dah seminggu ditugaskan di Hospital Muar. Mahu melihat keadaan dia. Bersiap dan kami bertolak dalam pukul 10. Sepanjang jalan mengikut jalan dalam lalu Kandang, Telok Mas, Merlimau (tengah pilihanraya,meriah dengan poster) dan seterusnya akhirnya sampai ke Muar.
Ingatkan adik saya gembira di sana, rupanya dia tertekan. Kalau tertekan kerana kerja takpelah. Ini doktor MO macam buli dia, mentang-mentang dia tengah HO. Cuti pun bagi 8 hari dalam 4 bulan. Macam tak masuk akal. Kerja yang lagi rendah, operator pun kena ada cuti. Pelik saya. Manalah doktor Malaysia tak lari ke luar negara. Ikut asal pun adik saya takmo balik Malaysia, kerja di luar negara sebab dia dapat tawaran. Oleh kerana dia terikat dengan perjanjian JPA dan adik saya memikirkan kalau dia 'lari', mak saya yang akan kena bayar habis pada satu masa itu juga. Eh adik saya bukan lari hutang tau tapi dia takmo kerja sini sebabkan persekitaran dan cara kerja ler. Jangan salah faham. Adik saya meluahkan perasaan. Biarlah dia nak lepaskan rasa, emak memberi nasihat dan saya pula macam poyo sikit. Mak saya cakap jangan ambil cuti tak bergaji walaupun sehari, takut lambat naik jawatan, saya pula akan cakap SEBALIKNYA. Saya cakap, "H, tak tahan cuti aje. Kita buat kerja kena seronok."  (tak habis-habis dengan falsafah/moto yang saya pegang. Mak saya menyampuk, "mana ada kerja yang buat seronok? Semua ada tekanan." Saya membalas"mak,kalau pasal kerana kerja (nature of work) takpe tapi masalah sikap manusia yang suka menyakitkan orang lain. Nanti lagi selalu sakit."  Adik saya cakap, "harap-harap dia tahan dengan kerja lebih masa dan sihat, dia risau buat masalah besar macam salah  cucuk, salah bagi ubat. Sebab dia cakap ada kerana banyak kerja, carta lama pesakit tidak dikemaskini status dah bagi ubat apa." Mak saya pun ada bebel, patut orang atasan bagi dorongan,sokongan supaya kita teruskan kerja dan takdelah minta nak pergi tempat lain. Itulah saya pun fikir begitu. Mengapalah ada sesetengah ketua, kalau ada pekerja bawahan masuk nak buli? Nak je saya cakap kat ketua tu "apa awak dapat dengan membuli?" Mak cakap dorang ni balas dendam sebab dulu MO buat dorang camtu. Aik nak balas dendam? Bagi saya camnilah, kalau saya, orang buli saya, mungkin saya diam tapi jangan ingat saya diam saya ni BODOH. Saya lagi BIJAK kerana saya guna kesabaran. Tak tahan saya mengadu je kat Allah, biar mereka sedar dan insaf. Itu cara saya. Cakap dalam hati "kau susahkan aku di dunia, aku susahkan kau di akhirat. Padan muka." Hehe kalau abah dengar perkataan ini keluar daripada mulut saya memang mampus. Abah saya ni lak tak suka saya bersikap camtu.  Dulu pernah saya cakap camni kerana beg sandang masa universiti dicuri orang dengan duit banyak pula tu kena curi. Saya menangis kat abah dan cakap macam lebih kurang saya cakap dalam hati tu (tapi lain sikit,taknak tulis sebab rasa melampau apa saya cakap tapi bukan mencarut tapi teruk juga saya harap dorang kena pembalasan)

Oleh kerana ketika sesi meluahkan yang adik saya buat, saya rasa sedih kerana adik saya terkena tempias keadaan begini. Maka terfikirlah bagaimana mahu meringankan beban dia. Sedang fikir, sambil melilau di bilik sementara adik saya tidur, saya tengok banyak baju dia tak basuh. Bila dia nak basuh kalau kerja sampai kul 10 malam? Sabun basuh baju pun belum dia beli, inikan pula baldi. Syahdu betul. Dah seminggu duduk sana. Rumah sewa pun tak cari. Nak cari apa, kalau kerja sampai seminggu dan balik kerja pukul 10 malam? Bila pula nak cari dan masa nak cari? Kitaorang sebelum tu ada pusing-pusing sekitar tempat kerja dia, tengok-tengok rumah kalau ada rumah kosong. Abah menolong. Lepas tu masih lagi sesi meluah perasaan, saya terfikir kalaulah saya ni jenis rajin memandu kereta, memang hari-hari saya pergi ke tempat dia bawa makanan dan bawa balik baju kotor. Tengah fikir-fikir tu, macam selari lak pemikiran mak dan kata mak kemudiannya, emak menyambung kata nak datang minggu depan. Saya dengan spontan cakap, "H, Na boleh tolong basuh baju kotor, nanti minggu depan bawa balik baju bersih." Adik saya kumpul baju dalam satu beg besar. Saya gembira ada juga yang boleh saya tolong. Bagi saya, penting kita gembirakan dan tolong orang. Kalau tak mampu, jangan menyakitkan hati. Diam-diam sudah. Jangan nak beratkan jiwa orang lain dengan menambahkan sakit hati dengan buat lawak bodoh. Saya pantang orang camni. Dahlah saya ni jenis orang yang tak mudah gelak/senyum dengan lawak splastik/bodoh. Diam-diam sudah.Paling teruk, korang doakan moga orang itu selesaikan masalah. Habis cerita.

Kesimpulannya, kita hidup bermasyarakat, kenalah bertimbang rasa, tidak menyakitkan orang dan membantu sekiranya mampu. Sekiranya tidak mampu, doakan kesejahteraan mereka. Bukan rugi buat baik kerana kalau kita gembirakan orang, Allah akan gembirakan kita di akhirat (kadang-kadang di dunia pun dah dapat balasan baik). Sekiranya kita menyusahkan orang, faham-faham sahaja natijah korang dapat. Sama ada korang minta maaf pada orang yang korang sakitkan atau tak sempat dimaafkan, kenalah pula seksaan di akhirat. Bukan susah pun. Kalau rasa tak boleh buat baik, sekurang-kurangnya jangan menyakitkan orang. Duduk jauh-jauh sikit, jangan dekat dengan saya. Jangan mengada-ngada nak kenal dengan saya.

Haha maaf ini tulisan meluahkan perasaan. Kita manusia kadang-kadang kena meluahkan perasaan macam adik saya buat. Sama macam saya.Jumpa lagi.