Monday, May 30, 2022

Review: Susu Kambing Faa-iz

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencuba susu kambing faa-iz. Tertarik dengan penerangan Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi pasal susu ini. Ia mengandungi beras, kurma dan gingko biloba. Ada perisa asli, vanila, coklat dan strawberi.

Kesempatan itu diberikan semalam ketika menghadiri jamuan raya adik ipar Makchek. Jamuan dibuat di pekarangan kedai menjual produk-produk Bumiputera. Selesai makan terfikir untuk masuk kedai. Diberi ilham untuk tanya, alhamdulillah ada. Cuma perisa asli yang ada. Maka cuba sahajalah. Kalau tidak tahan boleh letak Milo sedikit. Harga RM39.90 tapi bayar RM39 sahaja. Terdapat 15 sachet di dalam kotak.

Susu Kambing faa-iz Perisa Asli



Cara bancuh ialah campur 1 sachet (25 ml) dengan 150 ml air panas atau suam. Kacau sebati.

1 sachet 25 ml


 
Tiada bau hamis. Ada rasa kambing sedikit tapi boleh tahan minum. 3 kali teguk baru habis. Mungkin akan cari perisa coklat selepas ini. Rasanya tidak terlalu manis, sedang elok rasa manis dan ada rasa beras perang.

Korang suka susu kambing?

P.S: Membeli sambil beramal juga.

Friday, May 27, 2022

Nasi Kerabu Bukan Biru

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kegembiraan berpuasa ialah ketika berbuka.

Inilah makanan berbuka saya semalam. Nasi kerabu bukan biru. Pertama kali juga makan nasi kerabu bukan biru di gerai yang selalu pergi. Inipun menu baru gerai ini. Makin bertambah menu baru selain laksa, mi kari, laksa, soto, lontong, laksam dan nasi dagang. Di samping menu biasa jumpa iaitu nasi lemak, mi/minum goreng selain kuih-muih. Asal beroperasi di gerai kecil tapi banjir tahun lepas maka berpindah ke deretan kedai berhampiran pasar Durian Tunggal.

Bungkusan Putih Dan Coklat. Nasi Kerabu Bukan Biru



Kuantiti memang banyak. Diasingkan gulai, sambal budu, kerisik dan ulam. Manakala dalam kertas coklat berisi nasi bukan biru, keropok, ayam goreng dan telur masin. Sayang keropok tidak garing.

Isi Dakam Bungkusan Coklat. Nasi Bukan Biru. Keluarkan Separuh Daripada Dalam Gambar



Harga RM6.50. Rasa memang sedap tapi sayang tiada lada solok. Makan 2 kali. Ketika berbuka dan sarapan. 

Kenyang betul. Alhamdulillah.

Sunday, May 22, 2022

Makan-Makan Hujung Minggu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pejam celik sudah Ahad petang. Hujung minggu bermula semalam makan buffet tengahari di La Crista Hotel. Tidak ramai orang malah kami orang terawal masuk untuk makan. Malahan tempat dibuka lewat iaitu dalam 12:30 tengahari. Sambil tunggu di ruang tengah, ambil gambar hadapan.

Hadapan Cafe Stad#



Masuk sahaja tengok makanan yang ada. Ada yang sama tidak berubah seperti salad, kerabu, aiskrim, air panas dan sejuk, piza dan spagheti, daging panggang, pencuci mulut. Ada berbeza menu seperti nasi hujan panas dan lauk-pauk seperti ayam masak merah, dalca ,daging masak hitam dan lain-lain.  Daging masak hitam paling sedap bagi saya. 

Lauk Paling Sedap Bagi Saya

Ada makanan raya juga seperti ketupat, lemang dan rendang. Ada bertih jagung.Sesuatu yang baru. Makanan berkuah seperti laksa nyonya pun ada.

Biasalah ada makanan tepati selera ada tidak.

Dekorasi Raya Dengan Kain Bercorak Timbul



Hari ini pula ada jamuan raya taman perumahan  yang dibuat dibuat di padang, kawasan berbuka. Julung-julung kali dibuat untuk saling kenal-mengenali. Pakai sticker tulis nama lekat padabaju. Macam pakai 'name tag'. Cakap terus-terang saya tidak kenal semua. Hehe teruk kan? Tapi ada yang kenal saya tanya mengapa saya tidak jalan laju waktu petang lagi. Uiks dia kenal saya. Saya bagitahu cuaca panas sangat petang sebab kadang-kadang saya macam bingung lepas jalan laju. Segan hendak tanya balik dia duduk mana. Balik rumah tanya emak, doktor itu (yang tanya) duduk mana. Mak beritahu rumah yang mana. Patutlah tahu sebab saya selalu lalu tepi rumahnya. Sebenarnya saya suka rumahnya sebab laman tepi besar, ada pergola, pokok bunga dalam pasu tersusun dan bersih Selalu berangan hendak rumah seperti puan itu. Apapun gembira dia cam saya walaupun saya jalan laju pakai pelitup muka. Ada sebuah rumah saya suka juga rumah putih 2 tingkat moden guna papan temu kasih. Selalu saya terkesima perhati. Ini saya suka dapurnya terbuka ke luar. Macam rumah cara Barat, dapur terbuka ke kawasan luar. Kira boleh makan di luar. Buat hiburan tetamu datang dan ambil angin luar.
Ini tuan rumah tidak jumpa lagi. Harap dia cam saya. Boleh kenal-kenal nanti. 

Eh melalut ke cerita lain. Pasal makanan. Di sini dihidangkan nasi beriani, ayam masak merah dan acar. Lain-lain masing-masing bawa makanan dan minuman secara potluck. Emak bawa nasi impit. Banyak betul makanan sampai balik masing-masing tapau. Alhamdulillah rezeki.

Rekod masih tidak sentuh kopi lagi. Harap masih boleh bertahan. Esok kembali puasa. Tinggal 2 hari lagi.

Jumpa lagi.

Friday, May 20, 2022

Kopi Susu Oh Kopi Susu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari terakhir puasa. Esok dan Ahad rehat sekejap berpuasa sebelum sambung 2 hari lagi untuk habiskan puasa sunat. Baru boleh hela nafas lega.

Sepanjang 11 hari puasa saya elakkkan minum kopi langsung. Tidak mahu ada rasa badan berangin. Alhamdulillah sepanjang puasa boleh elakkan pada hal ketika Ramadan memang hendak sangat minum ketika berbuka. 

Lagipun serbuk kopi tinggal sedikit jadi alasan juga tidak minum. Tapi semalam abah beli pek isi semula Indocafe. Sudah. Abah tidak tahu niat diri ini untuk cuba berhenti minum kopi susu selama-lamanya.

Serbuk Mikro Kopi



Memang letak lidi dalam bekas. Petua elak berketul serbuk mikro kopi atau boleh guna kayu aiskrim.

Tengok berapa lama saya bertahan. Tapi ketika buka atau sahur berbaki 2 hari memang saya tidak akan sentuh. Jangan cari nahas nanti sakit macam hari itu. Balun kopi susu banyak. Beringat juga usia sudah meningkat tidak boleh minum seperti dahulu. Lagipun kopi ini buat ketagih. Mula-mula minum sedikit nanti makin lama makin meningkat kuantiti.

Ok itu sahaja luahan kali ini. Jumpa lagi.

Wednesday, May 18, 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Maaf dipinta. 3 minggu menghilang. Telefon khusus  untuk tulis blog bermasalah tidak boleh dihidupkan pada minggu terakhir Ramadan jadi terpaksa hantar ke bengkel. Hantar pun lewat iaitu 4 hari sebelum Syawal (Khamis). Hari ini baru ambil telefon semula. Terbang RM70 untuk gantikan ic.

Terima kejutan tidak disangka iaitu kad raya daripada Shida Radzuan ketika menyepi.

Kad Raya Daripada Shida Radzuan



Rindu untuk tinggalkan komen pada blog yang dilawati.
Sesuai masa ini sebab tidak sibuk. 

Minggu pertama Syawal memang sibuk beraya. Lepas itu  keluarga saya buat rumah berbuka pada Sabtu minggu pertama Syawal.

Lepas itu minggu ke-2 Syawal macam keadaan kurang memberangsangkan sebab adik ipar kena Covid lepas itu adik dan anak-anaknya kena. Risau mereka hendak balik ke luar negara Sabtu lepas. Jadi mereka kuarantin diri daripada kami. Pertama kali saya buat ujian RTK sebab  kontak rapat. Alhamdulillah kami negatif tapi itulah saya tidak sihat. Gusi kanan dan tekak sakit.  Uji lagi hari ke-3 alhamdulillah masih negatif. Hikmahnya tidak makan banyak dan saya buat puasa ganti. Apabila puasa sakit itu tidak mengganggu sangat.

Minggu ke-3 pula sambung puasa sunat. Saya buat asing puasa wajib dan sunat. Ketika puasa tidak minum kopi susu. Saya agak itu penyebabnya selain saya rasa sebab banyak mengunyah dan makan makanan pedas ketika minggu pertama Syawal. Hehe. Alhamdulillah ok sudah gusi dan tekak.

Maaf tiada gambar. Nanti saya lawat blog perlahan-lahan ya. Hehe betul-betul rehat tulis dan komen blog orang.

Jumpa lagi.
 
P.S: Harap tiada lagi masalah telefon ini. Amin.