Nuffnang

Thursday, January 12, 2023

Menjadi Salah Seorang 'Kamu Yang Mesra Sepanjang Tahun 2022'

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hadiah pertama dapat daripada penulis  blog tahun 2023 iaitu pemilik blog 'Titian Kehidupan'  --- ujieothman.blogspot.com. Hadiah ini dapat kerana menjadi salah seorang 'kamu yang mesra sepanjang 2022'

Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya walaupun pagi itu hujan turun agak lebat.

Terpampang sampul bungkusan lambang 'Siti Khadijah'. Teruja untuk tahu apa isi di dalamnya.

Bungkusan Merah Hati Siti Khadijah



Ada kertas tertulis produk yang disertakan iaitu stokin coklat paras buku lali dan kantung/bekas kanvas  berzip ( macam beg pensil tapi panjang dan besar lagi) bernama Siti Khadijah Kelarai. Corak abstrak itu yang namanya kelarai. Buka plastik dan belek untuk tengok dan tiada kecacatan. Sempurna.

Dari Kiri Stokin Berwarna Coklat Paras Buku Lali Dan Kantung Kanvas Berzip Corak Kelarai Jenama Siti Khadijah



Tambah lagi koleksi dan boleh guna. Terima kasih Puan Ujie kerana bermurah hati dan meluangkan masa memilih hadiah.

Seronok baca catatan Puan Ujie di blog. Seperti tajuk blognya, 'Titian Perjalanan'. Ia adalah catatan  tempat dilawati, aktiviti dilakukan. Tidak lupa ada juga ulasan buku. Jemput baca blognya.

Jumpa lagi.


30 comments:

Afzan said...

wahhh hadiah mahal ni..Tahniah NA sentiasa jadi yang mesra

Ana Fatihah said...

MashaAllah tahniahh. Terus menjadi seorang yang mesra yaa di tahun baru ini.

Ammi said...

tahniah...mesra orangnya awak ni ye.

a'ahkan kelarai. masa zaman sekolah dulu mesti kena buat anyaman corak kelarai..baru teringat semula. tq

Amie said...

Tahniah NA.

adianiez AIDA said...

tahniah :)

dear anies said...

wahhhh mantoppp punya hadiah tahniah NA!

Nur said...

Wah, boleh guna isi telekung, pi masjid, kalau muat.
Tahniah, NA! :)

Carneyz said...

Tahniah NA!

nohas said...

Alhamdulillah, dah sampai hadiahnya..

Salina@IbuAqil said...

Taniah NA.. Alhamdulillah!
Terima kasih juga NA rajin juga datang jenguk blog ibu.. Semoga sihat selalu ya.. ;)

nona sani said...

Ha ah, suka gak baca..biasanya Kalau cerita mesti panjang jugak..cuma tak byk Komen Komen skrg..huhu..Tahniahhhh ye..Syok tu hadiahnya 🤩

Ujie Othman said...

Terima kasih kembali NA 😊
Beg tu boleh guna untuk isi telekung travel.

Kakmim said...

Alhamdulillah... tahniah NA

Abam Kie said...

tahniah kerana menjadi pengomen mesra blog berkenaan. Rajin mengomen pasti ada hasilnya kan?

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Tahniah NA. Kagum dengan kegigihan NA.

SalbiahM said...

Tahniah NA! Saya pun baru dapat tapi belum sempat buat entry

norhidana said...

tahniah kak

mrhanafi said...

Tahniah kerana dapat hadiah...awak memng layak dan rajin untuk bermesra dengan komen di blog kawan-kawan

Ako Retna said...

Wah tahniah NA Sbb tak putus2 menyinggah ke hampir semua blog hehe

Mbul Kecil said...

senang berkawan bisa jalin silaturahmi dan rejeki ya kak na...mbul suka corak hadiahnya...cantik agak maroon pastel

I am LZ said...

Alhamdulillah rezeki NA..
Terima kasih kerana terus support rakan blogger..

Shafyqah Azahar said...

alhamdulillah murah rezeki :)

SP2s said...
This comment has been removed by a blog administrator.
dear anies said...

boleh get ready for tarawih thn ni💪

mamapp said...

tahniah na yg rajin

Fieza Sani said...

wah..hadiah brand mahal ni..hehe..tahniah, NA...

Suria Amanda said...

Alhamdulillah rezeki..tahniah NA....

Mrs. A said...

Alhamdulillah. Tahniah NA memang mesra :-)

fanny_dcatqueen said...

Cantiiik warna merah maroon nya kak 👍. Bisa untuk tas mukena juga Yaa. Congrats buat hadiah nya☺️

Rabiahtul adawiyah said...

Tahniah