Monday, December 30, 2013

Petua Murah Rezeki


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada yang sertai peraduan macam saya kerana memberi maklum balas. Saya cuba sedaya-upaya untuk penuhi permintaan. Ok, kita lupakan seketika cerita mengenai peraduan.

Salah satu petua untuk mudah murah rezeki ialah memenuhi hajat orang yang sangat memerlukan. Tak kisahlah manusia ke atau haiwan. Hajat kecil pun tak apa asalkan kita dapat menggembirakan orang atau makhluk lain. Tak percaya cuba amalkan. Insya Allah. Allah akan penuhi hajat kita pula.

Selamat beramal. Jadikan sikap suka memberi itu amalan pada 2014. Biar kecil asal ikhlas dan istiqamah. 

Lagi satu ialah sentiasa sebut kebaikan orang tersebut dan doakan orang yang memberi itu murah rezeki. Doa itu akan diaminkan malaikat dan kembali pada kita.

Jumpa lagi.

P.S: Usaha yang kecil tapi besar kesannya. 

Gembira Dapat Pengisar Lada Hitam Ini
 

Senarai Pemenang Tempat Ke-3 Peraduan Syok Sabtu! Lagi Mudah Menang Harian Metro


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Atas permintaan pembaca suruh saya taip senarai 100 pemenang tempat ke-3 maka dengan gigihnya saya menaip tapi malas nak taip no kad pengenalan. Jadi sila semak kalau nama ada ke tidak. Senarai 100 orang pemenang tempat ke-3.

1. Muhammad Shahid Bin Hashim
2. Goh Lin Lin
3. Syed Najib B Syed Nordin
4. Siti Noor Hanisa Bt Osman
5. Mohd Suhaimi Bin Abu Bakar
6. Syed Khairul Anuar Bin Sharif
7. Zainuddin Bin Hussin
8. Ismail Bin Yahya@Deraman
9. Nurul Haziqah Bt Sulaiman
10. Mohammad Khairul Anuar B Hj Hood
*****************************************
11. Ahmad Sabri Pandak Othman
12. Hamiza Bt Rhazali
13. Mohd Nizam Bin Madon
14. Muhammad Falihin Bin Jasmi
15. Azalila Bt A Samad
16. Jaafar Bt Ishak
17. Che Soffiah Bt Abdul Rahman
18. Aminah Bt Yem
19. Sa'dun Bin Razali
20. Zalifah Bt Shamsudin
*****************************************
21. Rosmi Bin Ramli
22. Aris Bin Jamian
23. Jurinah Bt Jumaat
24. Mat Azlan Bin Mat Ariffin
25. Paida Bt Hassan
26. Rusnani Bt Che Yusof
27. Mohd Faizal Bin Abdul Razak
28. Nik Hassan Bin Nik Jaafar
29. Shahrul Bin Shabah
30. Asma Azziani Abdul Ghani
*****************************************
31. Siti Aisyah Bt Sharipdin
32. Norsidah Bt A Patah
33. Mohd Hata Bin Adon
34. Masri Bin Ismail
35. Mohd Naem Bin Mahat
36. Norhisam Bin Idris
37. Mohamad Shafariz Bin Mophamad Shariff
38. Mohd Rohan B Abd Jalil
39. Noor Farahin Bt Sazale
40. Abdul Amir Bin Abdul Manap
******************************************
41. Muhammad Zuhairi Zainuddin
42. Rabitah Bin Md Yusof
43. Mohd Sofie Abdul Rahman
44. Maizah Bt Md Jai
45. Azlina Bt Abd Aziz
46. Roslan Bin Hamzah
47. Zainal Arif B Ahmad Basri
48. Tun Zarina Bt Ashaari
49. Salehah Bt Daros
50. Maicy Victoria Ng
*******************************************
51. Mohd Faiz Bin Mohd Esa
52. Baharudin Bin Abdullah
53. Jamadi Bin Mat
54. Siti Aishah Bt Geminoh
55. Omar Bin Othman
56. Muhammad Aizam Maula Kamaraman
57. Mohamad Zakaria Bin Saad
58. Nur Fatin Bt Abdullah
59. Salleh Bin Zakaria
60. Suhaida Bt Sulaiman
******************************************
61. Muhammad Shamsul Hazry B Yahya
62. Mohd Ismail Bin Dollah
63. Wan Nor Aniza Bt Wan Jaafar
64. Fuziah Bt Md Yusof
65. Meriam Bt Salleh
66. Nor Haniza Bt Yusoff
67. Mohd Shahrul Azhar Bin Abdul Razak 
68. Mohd Shukri Bin Abdullah
69. Muhammad Rusli Bin Othman
70. Khairu Rashid Bin Mohamad
*****************************************
71. Nor Aizu Bin Mamat
72. Mohamad Nor Shafik Bin Sulaiman
73. Yang Aminah Bt Mohd Arbawi
74. Shamsul Helme Bin Ahmad
75. Syed Idrus Bin Syed Ibrahim
76. Yusof Bin Md Arshad
77. Mohamad Hatta Bin Mahmud
78. Mohd Abdillah Bin Mustapa
79. Azliza Embong
80. Mohammad Razak Bin Ali
*******************************************
81. Nor Anida Bt Sairi
82. Mohamad Rizal Bin Kapandi
83. Abdul Wahid  Bin Khamis
84. Siti Farhana Bt Sayuti
85. Hasnizatul Isma Bin Osmat
86. Halim Bin Ishak
87. Shahrul Nizam Bin Mohamad
88. Ariffin Bin Mat Sah
89. Che Mat Bin Awang
90. Mahyuddin Bin Md Shariff
********************************************
91. Muslim Bin Rosli
92. Noraini Bt Jusoh
93. Sanib Bt Saidon
94. Hazilah Bt Saad
95. Nur Hanis Haslinda Bt Abd Ghafar
96. Abdul Rahim Bin Parmin
97. Abdu Syakur Bin Hamid
98. Khirani@Kharani Bt Alias
99. Zulkarnain Bin Mat Nasir
100. Zulatiasfa Bt Sairan


Kalau musykil nama korang ada tapi tak pasti itu nama korang yang menang contoh macam Noraini Bt Jusoh tu ramai nama Noraini kan, boleh tinggalkan no kad pengenalan tapi hujung tu letak -xxxx ok?

Bagi yang nak tahu pemenang tempat pertama dan kedua pula boleh klik sini.

Harap dapat membantu.

 

Sunday, December 29, 2013

Pengumuman Tarikh Keputusan Penuh Senarai Pemenang Peraduan Syok Sabtu! Lagi Mudah Menang Harian Metro


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Cuti 3 hari tiba-tiba tengok banyak komen ditinggalkan untuk keputusan Peraduan Syok Sabtu! Lagi Mudah Menang Harian Metro. Semua bertanyakan bilakah keputusan penuh akan dikeluarkan.

Saya baru baca Harian Metro, esok 30 Disember 2013 bersamaan Isnin keputusan penuh akan dikeluarkan. Oleh itu kalau taknak tertunggu-tunggu boleh dapatkan Harian Metro esok. Insya Allah kalau tiada aral saya akan tulis senarai 100 orang pemenang tempat ke-3 iaitu 100 X RM1 000 esok.

Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi. Kalau ada kemusykilan boleh tinggalkan komen.

Maklumat terkini 30 Disember: Keputusan penuh dah keluar. Atas permintaan ramai senarai pemenang tempat ke-3 saya dah taip. Kalau ada sesiapa nak tahu nama dorang tersenarai ke tidak, klik sini. Malas nak taip no kad pengenalan. Kalau korang tengok nama ada tapi tak pasti itu korang punya bolehlah bagi contoh Ahmad B Abu. K/P: 700110-11-XXXX. Ok itu sahaja.

 

Sunday, December 22, 2013

Kain Pasang Dari Bukit Tinggi


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kain pasang warna pic [klik sini]

Sambungan internet yang kejap elok dan kejap tak elok buat rasa hmm...

Siapa suka pemberian? Semua orang suka terima pemberian orang lain kan? Tanda ingatan orang itu pada kita walaupun tak kenal rapat lagi. Hehe.

Petang tadi, adik si M bawa turun plastik. Ingat apalah dalam bungkusan beg tu. Sekali tengok ada 3 kain pasang untuk baju kurung yang sama corak berbeza warna. Warna pertama ialah coklat, warna kedua ialah ungu dan warna ketiga ialah kelabu. Jadi saya berkenan warna ungu. Saya andaikan 2 pasang kain lagi untuk adik saya si Y dan emak.

"Along orang pertama yang pilih kain," si M beritahu.
"Takpe ke kut mak berkenan along punya," saya tanya M.
"Mak dan abah punya dia dah pilih khas."
"Eh camtu siapa punya lagi satu kain ni?" saya pelik.
"Satu lagi untuk Kak Aqish," M membalas

Tak teringat langsung saya pada seorang adik ipar perempuan itu. Hehe lupa.

Pemberian kain pasang daripada bakal adik ipar. Harap maklum saya anak sulung. Jadi saya dah ada 2 adik ipar dan seorang bakal adik ipar. Baik betul dapat kain yang cantik ini. Hehe tapi tak tahu bila dapat pakai. Saya ada kain pasang yang pernah diberi oleh emak mertua si Y (masa terima kain tu masih status bakal emak mertua si Y) dan kain pasang daripada seorang chatter Kak Sofi. Hehe. Kena tunggu giliran sebab emak yang buat baju kurung. Selalu nak suakan kain-kain yang saya ada, emak dah pilih kain yang dia nak potong untuk baju kurung saya. Jadi ikut jerla apa emak buat untuk saya.


Kiri Ke Kanan, Atas Kemudian Bawah: Kain Pasang Saya, Kain Pasang Emak, Kain Batik Uwan Dan Kemeja

Emak dapat kain pasang, abah dapat kemeja dan Uwan dapat kain batik. Sedondon warna sama iaitu hijau pekat. Emak berkenan dengan kain pasang saya. Hehe tak kisah kalau emak nak tukar.  

Kain pasang dari Bukit Tinggi. Syukur alhamdulillah dapat rezeki tak disangka.

Oklah jumpa lagi. 

 

Keputusan Pemenang Peraduan Lagi Mudah Menang Harian Metro Syok Sabtu! 30 November


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Seperti dijanjikan untuk saya menulis senarai pemenang. Senarai pemenang ni keluar pada Harian Metro Sabtu semalam. Maaf, saya baru dapat baca.

Ok tanpa bertangguh lagi.

Pemenang hadiah utama wang tunai RM100 000
-Saedah Sabli (690122-01-xxxx)

Pemenang hadiah kedua bernilai RM5 000 setiap seorang (20 pemenang)
-Ishak Ismail (670911-10-xxxx)

-Suraya Adam (721028-05-xxxx)

-Razana Ghazali (680908-10-xxxx)

-Muhamad Suhaimi Mohd Roslan (810523-10-xxxx)

-Intan Marliana Ramli (840311-09-xxxx)

-Mohd Lutfi Ismail (890505-11-xxxx)

-Azmah Kassim (670910-02-xxxx)

-Hadibah Mokhtar (780618-09-xxxx)

-Karen Patricia Lansing (850705-12-xxxx)

-Abd Razak Man (571009-02-xxxx)

-Mohd Faizul Mat Said (770916-03-xxxx)

-Zaini Moin (720816-01-xxxx)

-Muharan Idris (740302-05-xxxx)

-Judy Falicia Anak Sigong@Sigong (690215-13-xxxx)

-Cylency Anak William (880123-13--xxxx)

-Mohamad Zaidi Abd Mutalib (940616-01--xxxx)

-Abd Khalid Masri (610810-10-xxxx)

-Munah Sidek (620212-11-xxxx)

-Islahuddin Misrol (830913-01-xxxx)

-Mohamad Zubir Ali (670517-08-xxxx) 

100 hadiah X RM1 000 akan diberikan juga. Senarai lengkap 121 pemenang akan diberitahu pada minggu hadapan. Jadi bersedia untuk dapatkan Harian Metro untuk tahu lebih lanjut.

Jadi ada tak nama korang dalam senarai? Tahniah yer :)

Jumpa lagi.      

P.S: Maklumat terkini 29 Disember. Keputusan penuh akan disiarkan esok iaitu 30 Disember bersamaan Isnin. Tiada aral saya akan tulis nama lagi 100 pemenang kepada sesiapa yang tak berkesempatan untuk dapatkan Harian Metro esok. Insya Allah.

Maklumat terkini 30 Disember: Senarai 100 pemenang tempat ke-3 boleh didapati di sini.
 

Melancong Memerlukan Kesabaran


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tak jadi pergi Kuala Selangor. Tiba-tiba rasa malas. Rasa nak bersendirian di rumah (alasan sampingan). Hoho sebenarnya tinggal berdua dengan adik. Rupa-rupanya dia taknak pergi atas sebab utama sama macam saya. Rasa serba salah tak pergi tapi fikir dah pergi kali pertama resepsi tu kira lega hati. Entah saya banyak ikut kata hati. Jika rasa tak seronok jangan pergi. Itu prinsip saya di mana emak saya sangat memahami tapi kadang-kadang buat emak jengkel. Maaf mak. I am an annoying person. Kadang-kadang saya buat hal waktu merantau/melancong. Salahkan faktor penat dan jetlag tapi sesungguhnya saya suka melancong.


Kalau Tahu Bahasa Rusia Tahu Apa

Papan Peringatan Perang Dunia Ke-2(betul ke???) ketika di Moscow.Haha sebenarnya tak tahu apa nama batu ni. Mood penat melanda jadi antara dengar atau tidak pemandu pelancong terangkan. Banyak benar fakta sejarah. Cuba teka Rusia di pihak mana? Perikatan atau Fasis? Penat dah ambil gambar tengok saya terkulai layu. Demi kenangan sanggup berposing sakan. Saya rumuskan kena bersedia mental dan fizikal dan pengetahuan sesuatu tempat sebelum pergi.

Apapun saya bersyukur kepada Allah diberi peluang dapat menjejak kaki ke tanah Rusia. Bukan mudah yer tuan-tuan dan puan-puan untuk dapatkan visa. Korang tak boleh saja-saja pergi untuk melancong sana. Kena ada sebab konkrit nak masuk sana. It was not easy.

Oklah itu sahaja. Jumpa lagi.
 

Tuesday, December 17, 2013

Kaitan Dengan Pos-Pos Dahulu


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Bersiaran semula, lama nak hilangkan paranoid tu. Ek lagi satu sambungan internet tak berapa laju faktor tak menulis. Jadi berhibernasi baca tulisan-tulisan di feedly.

Ada yang tanya bila keputusan peraduan "Syok Sabtu". Sejujurnya saya tak tahu sebab tak dinyatakan dalam syarat-syarat peraduan. Tapi insya Allah, saya sentiasa ikuti membaca Harian Metro. Kalau saya dapat maklumat, saya akan tulis di sini.

Ingat tak pos 'Saya Dan Terengganu'? Sabtu ni saya akan ke majlis resepsi belah lelaki pula di Sungai Besar. Harap-harap dapat jalan-jalan nanti. Mungkin akan ke Morib dulu sebelum ke Kuala Selangor.

Cakap pasal kahwin, ingat tak pos 'Peristiwa Hujung Minggu'? Anak Mak Lang, Izam akhirnya telah mendapat tarikh untuk bernikah pada 8 Mac 2014. Tarikh itu kebetulan adik lelaki saya, si M nak nikah juga! Gelabah bila tahu tarikh sama. Terpaksalah adik saya mengalah untuk memilih tarikh minggu depan iaitu 15 Mac untuk belah perempuan dan 16 Mac untuk belah lelaki. Mesti huru-hara tarikh dekat-dekat tapi memang takde pilihan. Mak tak suka buat tarikh jauh-jauh. Asal M nak buat resepsi belah lelaki bulan Julai, lepas raya. Waktu tu rasanya sepupu lelaki yang lain ada nak kahwin lepas raya. Haha berebut-rebut pilih tarikh sepupu-sepupu saya ni. Rasanya tahun depan memang padat dengan majlis sepupu-sepupu kahwin.

Sekarang ni bukan sahaja kena tempah dewan awal-awal malah tempah tarikh untuk nikah supaya tak bertembung dengan tarikh kenduri saudara-mara. Isk pening betul kerja-kerja kahwin ni. Saya yang memerhatikan pun terasa begitu apatah lagi bakal pengantin dan ibubapa pengantin.

Itu sahaja nak luahkan. Jumpa lagi. Wassalam.... 

P.S: Kalau baik hati, tolong doakan saya cepat sampai jodoh yer :D


Thursday, December 5, 2013

Saya Paranoid


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Mengikut definisi Kamus Dewan paranoid bermaksud terlalu takut, curiga atau tidak percaya terhadap orang lain.

Jadi saya rasa saya seorang yang paranoid. Tiba-tiba ternampak ada gambar-gambar dari blog saya ada dalam tab mak masa Adiva buka galeri gambar. Eh macam mana boleh ada dalam tab mak? Lepas tu teringat saya terpaksa daftar akaun google saya untuk ambil beberapa gambar dalam tab. Itupun saya berkira-kira nak buat sebab saya tak suka akaun saya pada alatan orang lain tapi terpaksa sebab saya nak emelkan gambar-gambar dalam tab mak masuk emel saya. Lepas tu takde mekanisme untuk daftar keluar pula. Maka hari ini bertambah kuat paranoid bila tengok tiba-tiba sahaja galeri gambar blogger ada tersimpan. Paranoid takut ada orang buang gambar-gambar dalam blog. Nanti lompong gambar apabila orang datang melawat. Kuat betul imaginasi saya ni. Ni nak kena buang penyelerasan (sync) kat tab tu pun saya takut. Takut saya buang nanti sayalah punca hilang gambar-gambar tersebut.

Dahulu pun orang pernah tawar nak edit templat blog saya tolak sebab kalau saya beri kebenaran, saya kena bagi kata kunci (password) untuk orang tu buka blog saya. Sungguh saya tak percaya pada orang tu. Saya tahu orang tu berniat baik untuk cantikkan dan kemaskan blog saya. Sudahnya sayalah kena betulkan sendiri. Ada iklan hantu tapi tak dapat selesaikan kerana masalah ini juga.

Kagum juga dengan orang yang takde masalah nak bagi kata kunci untuk buka emel atau apa-apa. Tinggi betul kepercayaan dorang pada saya. Hehe. Saya pernah diminta buka emel sorang teman ni sebab dia tak boleh buka. Lagipun penting jawapan temuduga kerja. 

Entah kat pc sendiri pun saya pastikan sebelum tutup pc saya bersihkan sejarah dan saya tak bagi pc ingat kata kunci saya. Biarlah saya kena daftar masuk setiap kali. Bagus untuk saya juga sebab selalu kena ingat kata kunci tu.

Jadi korang macam mana eh? Paranoid macam saya tak? Atau sebab saya ni sangat perahsia sangat? Gabungan perahsia dan paranoid. Kadang-kadang perasaan ni menyusahkan betul.
 

Tuesday, December 3, 2013

Peraduan Syok Sabtu! Lagi Mudah Menang Harian Metro


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

*Maklumat terkini 22 Disember. Keputusan senarai pemenang dah keluar pada hari Sabtu 21 Disember dalam suratkhabar Harian Metro. Boleh klik di sini untuk mengetahuinya.*

Lama tak cerita pasal peraduan yang saya sertai. Adalah satu dua peraduan yang saya sertai tapi tak tulis sebab peraduan kecil dan sebab tak menang. Ahaks.

Tadi baru sahaja hantar borang penyertaan peraduan Syok Sabtu! Lagi Mudah Menang Harian Metro melalui pos. Peraduan ni borang asli keluar sehari sahaja iaitu hari Sabtu 30 November ialah sempena muka baru suratkhabar tersebut. Harap-harap sempat sampai sebelum 6 Disember. Saya lambat hantar. Ingat abah yang poskan, tengok-tengok surat tu kat meja lagi petang tu. Terkial-kial saya pergi peti pos lepas hujan. Memang nasib baik tak kena hujan. Cuma balik tu saya terkena semburan nyamuk aedes. Kawasan kitaorang ni memang popular dengan kes aedes. Sabar jerla menahan bau tu.

3 soalan dengan bentuk silangkata. Memang keliru juga dengan jawapan antara lompang dan lompong. Kemudian slogan. Nasib baik pendek tak melebihi 5 patah perkataan. Nantilah saya bagitahu jawapan kalau menang :) Nanti bagitahu awal-awal takut salah. Pemenang kena tuntut hadiah pada atau sebelum 14 Januari 2014 (ingatan pada diri untuk semak supaya jangan lupa)

Hadiah memang lumayan. Hadiah pertama sahaja dah RM 100 000.Kedua pula 20 pemenang dapat RM5 000. Ketiga pula 100 pemenang dapat RM1 000. Ada hadiah sampingan daripada Petronas Gift Card. Bolehlah tampung perbelanjaan minyak kan? Hehe

Ok itu sahaja nak beritahu setakat ini. Jumpa lagi. 

P.S: Kalau memang RM100 000 tu dapatlah memenuhi senarai hajat untuk melancong dan banyak BUKU yang boleh dibeli. Chicago, Prince Edward Island, Cordoba. Hoyeah banyak tempat boleh pergi.