Nuffnang

Thursday, December 5, 2013

Saya Paranoid


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Mengikut definisi Kamus Dewan paranoid bermaksud terlalu takut, curiga atau tidak percaya terhadap orang lain.

Jadi saya rasa saya seorang yang paranoid. Tiba-tiba ternampak ada gambar-gambar dari blog saya ada dalam tab mak masa Adiva buka galeri gambar. Eh macam mana boleh ada dalam tab mak? Lepas tu teringat saya terpaksa daftar akaun google saya untuk ambil beberapa gambar dalam tab. Itupun saya berkira-kira nak buat sebab saya tak suka akaun saya pada alatan orang lain tapi terpaksa sebab saya nak emelkan gambar-gambar dalam tab mak masuk emel saya. Lepas tu takde mekanisme untuk daftar keluar pula. Maka hari ini bertambah kuat paranoid bila tengok tiba-tiba sahaja galeri gambar blogger ada tersimpan. Paranoid takut ada orang buang gambar-gambar dalam blog. Nanti lompong gambar apabila orang datang melawat. Kuat betul imaginasi saya ni. Ni nak kena buang penyelerasan (sync) kat tab tu pun saya takut. Takut saya buang nanti sayalah punca hilang gambar-gambar tersebut.

Dahulu pun orang pernah tawar nak edit templat blog saya tolak sebab kalau saya beri kebenaran, saya kena bagi kata kunci (password) untuk orang tu buka blog saya. Sungguh saya tak percaya pada orang tu. Saya tahu orang tu berniat baik untuk cantikkan dan kemaskan blog saya. Sudahnya sayalah kena betulkan sendiri. Ada iklan hantu tapi tak dapat selesaikan kerana masalah ini juga.

Kagum juga dengan orang yang takde masalah nak bagi kata kunci untuk buka emel atau apa-apa. Tinggi betul kepercayaan dorang pada saya. Hehe. Saya pernah diminta buka emel sorang teman ni sebab dia tak boleh buka. Lagipun penting jawapan temuduga kerja. 

Entah kat pc sendiri pun saya pastikan sebelum tutup pc saya bersihkan sejarah dan saya tak bagi pc ingat kata kunci saya. Biarlah saya kena daftar masuk setiap kali. Bagus untuk saya juga sebab selalu kena ingat kata kunci tu.

Jadi korang macam mana eh? Paranoid macam saya tak? Atau sebab saya ni sangat perahsia sangat? Gabungan perahsia dan paranoid. Kadang-kadang perasaan ni menyusahkan betul.
 

4 comments:

Nor Azimah said...

biarlah bertempat..kot..

NA said...

@Kak Azimah: Tak dapat nak kawal paranoid tu. Mungkin ada pengalaman yang jadikan saya begini.

-wina1979-

Syazana Zainn said...

cuma adik kite je tau password
sbb dia yg create akaun instagram untuk kita

so bila dia dah create kan instagram so semuanya bersangkut dgn facebook, twitter, google, yahoo haha

lagipun adik kite tu jnis buat hal dia je, so mmg tak risau :p

NA said...

@Schaze: Oh takpelah orang yang dipercayai. Hehe :)

-wina1979-