Nuffnang

Tuesday, December 3, 2013

Peraduan Syok Sabtu! Lagi Mudah Menang Harian Metro


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

*Maklumat terkini 22 Disember. Keputusan senarai pemenang dah keluar pada hari Sabtu 21 Disember dalam suratkhabar Harian Metro. Boleh klik di sini untuk mengetahuinya.*

Lama tak cerita pasal peraduan yang saya sertai. Adalah satu dua peraduan yang saya sertai tapi tak tulis sebab peraduan kecil dan sebab tak menang. Ahaks.

Tadi baru sahaja hantar borang penyertaan peraduan Syok Sabtu! Lagi Mudah Menang Harian Metro melalui pos. Peraduan ni borang asli keluar sehari sahaja iaitu hari Sabtu 30 November ialah sempena muka baru suratkhabar tersebut. Harap-harap sempat sampai sebelum 6 Disember. Saya lambat hantar. Ingat abah yang poskan, tengok-tengok surat tu kat meja lagi petang tu. Terkial-kial saya pergi peti pos lepas hujan. Memang nasib baik tak kena hujan. Cuma balik tu saya terkena semburan nyamuk aedes. Kawasan kitaorang ni memang popular dengan kes aedes. Sabar jerla menahan bau tu.

3 soalan dengan bentuk silangkata. Memang keliru juga dengan jawapan antara lompang dan lompong. Kemudian slogan. Nasib baik pendek tak melebihi 5 patah perkataan. Nantilah saya bagitahu jawapan kalau menang :) Nanti bagitahu awal-awal takut salah. Pemenang kena tuntut hadiah pada atau sebelum 14 Januari 2014 (ingatan pada diri untuk semak supaya jangan lupa)

Hadiah memang lumayan. Hadiah pertama sahaja dah RM 100 000.Kedua pula 20 pemenang dapat RM5 000. Ketiga pula 100 pemenang dapat RM1 000. Ada hadiah sampingan daripada Petronas Gift Card. Bolehlah tampung perbelanjaan minyak kan? Hehe

Ok itu sahaja nak beritahu setakat ini. Jumpa lagi. 

P.S: Kalau memang RM100 000 tu dapatlah memenuhi senarai hajat untuk melancong dan banyak BUKU yang boleh dibeli. Chicago, Prince Edward Island, Cordoba. Hoyeah banyak tempat boleh pergi.


 

15 comments:

Syazana Zainn said...

As-salam kak wina ;)


RM100k? memang WOW!
macam nak masuk juga, tapi kat rumah x beli paper metro :(

Btw goodluck kak wina! nnti dah mng jgn lupa kite tau hihi

NA said...

@Schaze: Waalaikumussalam...hehe terima kasih doakan. Insya Allah.

-wina1979-

Unknown said...

bila keputusan peraduan nie diumumkan?

NA said...

@Unknown: Saya tak pasti tapi kalau saya nampak keputusan keluar di Harian Metro,saya akan tulis. Insya Allah. Semoga berjaya :)

-wina1979-

Hunoaz azmi said...

Jgn lupe tlis ye.bile dh klua. ;-)

NA said...

@Unknown: Ok nanti saya emelkan. Insya Allah. Saya tak terbitkan nama emel awak takut orang lain 'spam' emel awak nanti.

@Hunoaz: Ok jangan lupa ikuti :)

-wina1979-

mrs said...

saya pon join gak contest ni..harap2 ada la rezki....dia tak inform by call ea kalo menang?dia terus kua paper je?

NA said...

@mrs: rasanya dia akan hubungi kita kalau menang. Kalau tak buat apa dia minta nombor telefon ya tak? :)

-wina1979-

Hunoaz azmi said...

tlg emailkn dkat sy skali kputusan nnti

NA said...

@Hunoaz: Mana emel awak? Awak tak sertakan emel awak. Camne nak bagitau? :)

Hunoaz azmi said...

Dh kluar kputusan?

NA said...

@Hunoaz: Dah pergi nama awak ada atau tidak.

-wina1979-

Intan Maizura said...

Pemenang rm1000 bila akan disiarkan ye:)

Intan Maizura said...

Pemenang rm1000 bila akan disiarkan ye:)

Intan Maizura said...

Pemenang rm1000 bila akan disiarkan ye:)