Friday, September 29, 2023

Baru Sampai

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat tiba rumah adik bongsu di Sri Damansara. Hehe hampir ke 11 malam.

Pukul 10:50 Malam



Pengembaraan bermula esok. Banyak tempat untuk disinggah.

Bersambung...

Tuesday, September 26, 2023

Upah Lagi- Vochelle Mixed Berries "Cham" Berry

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lepas dapat produk Sacha Inchi Oil, ikut abah ke Mydin sebab makanan kucing sudah habis. Lagi satu untuk penuhi janji untuk bagi budak-budak kemas balik mainan. 

Hehe kali ini pilihan saya. Tidak boleh gummies lagi. Benda saya pilih mestilah coklat. Apapun ada tolak ansur. Ingat mereka suka merah jambu. Jadi ambil masa pilih-pilih.

Alhamdulillah saya berkenan dengan Vochelle Mixed Berries. Strawberi dan kranberi disalut dengan coklat hitam. Kotakpun cantik macam kotak dapat masa cendera mata kenduri kahwin. Hargapun murah. Tengah ada tawaran harga: RM4.99.

Vochelle Mixed Berries "Cham Berry"



Ini nasib pilih sebiji sama ada dapat kranberi atau strawberi.

Esok harijadi Azim tapi Abah bawa ke kedai cermin mata untuk tukar bingkainya yang patah. Kira haduah harijadi juga. Dapat voucher sepotong kek Secret Resipe secara percuma. Boleh pilih mana-mana. Azim pilih Milo Cheesecake. Bagus dia kongsi dengan kakak-kakak dan adik-adiknya apabila balik. Dia tawarkan pada Mak Longnya juga (saya) tapi saya menolak. 

Seorang lagi saya belikan aiskrim rasberi untuk anak buah yang umur 2 tahun lebih. Upah dia sebut Mak Long. Walaupun ada pelat. Susah betul dia hendak panggil nama orang. Mak cakap jenis malas cakap. Tapi sebut aiskrim dan strawberi punyalah rajin sebut.


Ikhtiar: Beli GNI Sacha Inchi Oil

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah produk selamat sampai dalam kotak dan dalam plastik gelembung. Memang teringin untuk cuba produk yang Ustaz Hanafi Malek jadi duta tapi itulah harga sebotol itu buat fikir banyak kali.

Apabila ada tawaran harga sempena Hari Malaysia dari 16 September-30 September dapatlah cuba. Lagilah ada barang-barang percuma. Terus rambang mata. Hehe siapa yang tidak suka barang percuma.

Saya beli GNI Sacha Inchi Oil 3 botol x 60 kapsul lembut percuma 1 botol x 60 kapsul lembut ( jadi 4 botol). Percuma 2 sachet  Kopi Sacha Inchi + Ashwagandha KSM-66 dan 1 Sabun 9 Herba dengan Ekstrak Sacha Inchi.
Harga RM250. Kos COD RM10. Beli masa main Candy Crush Saga ada keluar iklannya.


Produk GNI Sacha Inchi (3 Botol)Dalam Kotak Dan 3 Hadiah Percuma 



Satu usaha untuk jaga kesihatan jantung dan kawal supaya kolestrol jahat tidak melebihi maksima. Bagus untuk mata, otak, tulang, sendi. Supaya cergas dan cerdas. Sebelum ini saya makan minyak Omega (minyak ikan) jadi nampak kesan baik. Cuma minyak ikan ini hanyir. Makanan kesihatan memang tidak sedap. Hehe ini hendak rasa minyak sancha ini bagaimana rasanya. Tapi ini dalam gel lembut memang tidak rasa secara langsung.

P.S: Lega botolnya plastik.
##############


Kemaskini Januari 2024-Habis makan pada 10 Januari 2024. Objektif untuk saya tidak tercapai. Masih ada insiden sakit perut tidak hilang dan sengal di bahagian tapak kaki masih tidak hilang tapi berkurangan. Cari solusi lain. Terima kasih dapat mencuba. Mungkin ada kesan baik dalaman yang saya tidak tahu.

Friday, September 15, 2023

9 September: Youtube Dr. Jeffrey Lang Menginsafkan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rasa kecamuk dan mimpi buat saya sedih. Maka mencarilah ceramah agama untuk hilangkan rasa serabut. Mula-mula terpacul untuk tengok Ustaz Dato' Badlishah. Kebetulan hangat pilihanraya, maka topiknya berkaitan itu dan ada juga ceramah lain. Ustaz Dato' Badlishah kata dengar semua penceramah. Maka baiklah saya cari penceramah lain dalam Dr. Maza. Cerita pasal agama Islam. Pendengar ada yang bukan Islam. Dakwahlah ini. Tengok pada komen ada yang komen yang pandai berdebat dan bersyarah ada seorang mualaf Cina (maaf lupa nama), Dr. Zakir Naik dan Ahmad Deedat.

Mula-mula cari ceramah mualaf. Menarik. Kemudian Dr. Zakir Naik. Bolehlah tapi slang itu mengganggu. Ok tengok gurunya, Ahmad Deedat. Memang menarik. Debat dengan orang Kristian. Tapi tidak seronoknya dalam komen, Islam kena kutuk. Rasa tidak seronok juga.

Lepas itu cari video lain. Ada ditulis yang debat dengan Ahmad Deedat seorang profesor Matematik (tidak silqp, seorang ateis) masuk Islam. Masuklah video klip itu tapi bukan tengok perdebatan itu tapi orang cerita pasal profesor itu.

Dalam komen ada orang tanya jika ada yang macam profesor itu. Cadangan salah seorang tukang komen suruh tengok Dr. Jeffrey Lang, profesor Matematik Universiti Kansas. Memeluk Islam pada tahun 1982. Video klip yang dicadangkan ' The Purpose Of Life'. Masa itu ada nampak cadangan Youtube tapi masa itu musykil ini ceramah tentang agama Islam ke? Sebab ada campur video klip yang masuk Kristian sebab apalah. 

Apapun pilih tengok video klip Jeffrey Lang yang pendek dahulu sebab takut tidak faham atau bosan. Memeranjatkan menarik. Hehe. Terus cari video klip 'The Purpose Of Life' berdurasi lebih sejam setengah. Menariklah. Bahasa Inggerisnya mudah difahami. Kalau yang baru masuk Islam atau yang belumpun boleh faham. Ada tengok dia bersyarah pada yang ateis, altruistic, Kristian. Tenang sahaja jawab soalan. Kalau saya gelabah soalan-soalan aras tinggi. Sebenarnya saya tahu jawapan tapikan sebab sudah lama dan persoalan itu bukan soalan-soalan orang yang sudah lama bergelar Muslim.

Oklah sebab dia (Dr. Jeffrey Lang) dibesarkan dalam keluarga Kristian. Sekolah lagi di sekolah Kristian. Tapi masalahnya soalan-soalan yang ditanya pada clergy tidak dapat dijawab baik. Lepas itu jadi ateis (tidak percaya tuhan) masa umur 16/17 tahun. Ya, dia ada kelukaan. Jadi child abuse. Minta pada Tuhan supaya bapa dia mati tapi bapa dia tidak mati.

Huh panjang cerita tapi ceritanya meruntun jiwa. Kalau sesiapa berminat boleh cari youtube Dr.Jeffrey Lang. Video klip yang ada itu lama masa saya tingkatan 3 tahun 1994. 12 tahun setelah memeluk Islam. Ada juga dia cakap terfikir hendak tinggalkan Islam (dalam video klip lain. Saya simpulkan kebanyakan video klip saya tengok). Selepas dia masuk Islam, dia hadapi cabaran mencabar daripada komuniti Islam. Pada pendapat saya masa itu tiada yang membimbing mualaf dengan betul. Ada dia cakap awal ketika Islam dia jadi ekstrem. Nasib baik dia sedar awal. Masa itu dia rasa solatnya kosong, kurang rasa seronok. Tidak seperti mula-mula dia Muslim. Jadi dia buat pencarian jiwa. Hijrah ke tempat lain untuk kebaikan. Jadi alhamdulillah dia bertahan tapi kawan-kawan Amerika yang dia cerita Grant dengan Matthew kecundang. Mereka tinggalkan Islam. Masa saya dengar itu, saya berhenti sekejap dan menangis. Boleh bayang lagi sedih Dr. Jeffrey hadapi secara depan. Dia ini nasib baik sebab masuk Islam dengan sebab yang kuat. Dia cakap dia tidak sanggup tinggalkan Allah. Kalau dia tinggalkan Allah, dia tiada apa-apa.

Oklah itu hendak ulas. Simpan dalam blog. Mana tahu saya ditanya soalan mencabar tentang Islam oleh bukan Muslim boleh rujuk balik.

P.S: Insaf dan rasa bertuah dilahirkan Muslim tanpa hadapi masalah jadi minoriti. 

Tuesday, September 12, 2023

About True Dream

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


True dream = 1/46 prophecy

Sumber: https://hadeethenc.com/en/browse/hadith/3564

When the end of time draws near, the dream of a believer can hardly be false, and the dream of a believer is one part from forty-six parts of prophet-hood

Monday, September 11, 2023

Serah Pada Allah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya hendak cakap satu perkara pasal diri ini. Kalau orang sudah sakitkan hati saya sangat, saya akan serahkan urusan tersebut pada Allah. Ketika itu biar Allah buat dan tentukan. Dia Maha Adil dan Bijaksana. 

Pada ketika itu, saya tidak endahkan orang itu dalam apa cara sekalipun. Pada saya urusan kita telah diberi pada Allah. Jadi saya tidak mahu ada kaitan. Sila merayu pada Allah. Analoginya seperti saya serahkan hal pada mahkamah dan saya minta pada hakim untuk buat pengadilan. Saya cuma akan selesaikan jika dia ikut syarat-syarat diikuti. Tiada istilah tarik saman. Sorry, you have to ask Allah yourself what should you do to amend your mistakes. 

Apa syarat-syarat saya? Dia kena tanya pada Allah. Selagi tidak betul-betul ikhlas, dia tidak akan dapat tahu apa saya minta. Selagi itu saya tidak akan layan untuk berkomunikasi.

Nampak kejam? Tidak. Pengajaran pada orang itu supaya jangan buat pada orang lain. Jangan sewenang-wenangnya sakitkan hati orang. 

Kalau tidak faham juga, I rest my case. Tidak dapat tolong selain diri sendiri yang dapat buat.

Lagi teruk kena kalau saya jadi orang teraniaya. Penalti lagi tinggi. Ia bukan sebab dendam. Ini untuk pengajaran supaya tidak buat lagi dan orang lain tidak terkena. Ia sangat meyakitkan. Hati-hati berkata-kata dan jaga tingkah laku.

Kemaskini 1 Ogos 2024: Hati rasa tenang. Forgive but not forget. Cuma terfikir kalau buat lagi pada diri ini atau pada orang lain padahnya 2 kali ganda. No jokes.



Tuesday, September 5, 2023

Hari Ini: Adik-Beradik

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ini abah ada temujanji di Hospital Melaka. Masih tidak dapat buat tapak di pergelangan tangan. Maka dialisis di leher lagi.

Hari ini 4 orang adik-adik perempuan emak pergi umrah. Ikutkan emak patut sertai tapi itulah tiada rezeki. Jadi 7 orang pergi termasuk 2 orang adik ipar emak dan anak saudara emak.

Uncle Othman, Cik Ya, Mak Lang, Auntie Nani, Mimok, Uncle Duan Dan Awie(Sepupu Saya)





Hari ini juga adik-adik abah datang. Makcik Minah dan Pak Busu Ali. Datang bersama pasangan masing-masing. Tanya khabar abah dan rupanya wakil  Mak Uda untuk jemput ke majlis persandingan anak lelaki sepupu. Wah tidak sangka ada anak lelaki sepupu sudah kahwin.

Simpan tarikh 1 Oktober di dewan TTDI. Insya Allah akan menyusul nanti.