Nuffnang

Monday, October 17, 2022

Tentang Pasport Dan Semoga Dipermudahkan Urusan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selasa minggu lepas hari mendebarkan sebab Abah tidak jumps pasportnya. Pada hal hendak terbang hari Ahadnya. Abah yakin pasport ada di rumah kerana dia baru ambil gambar. Puaslah cari di setiap pelusok rumah masih tidak jumpa. Saya suruh abah ingat semula di mana dia letak.

Saya sudah cemas. Rasa macam diri sendiri kena. Terimbau beg belakang saya dicuri ketika saya solat di masjid ketika di universiti. Meraung menangis masa itu. Masa itu kunci kereta ada pada beg. Pergi ke kereta tengok ada kunci kereta pada pintu. Nampaknya pencuri geladah juga kereta. Nasib baik tinggalkan kunci pada pencucuk kunci pada pintu kalau tidak jalan kaki balik hostel. Penat juga kalau jalan. Sudahlah malam.

Lepas itu terpaksalah buat semua. Lapor pada polis, kad digantung, kunci sewa hostel. Eh lalut cerita saya.

Cerita pasal pasport Abah. Abah tidak jumpa sampai Rabu pagi. Maka abah pergi laporan polis. Pada hal saya sudah nazar kalau jumpa paspot Abah sebelum Jumaat Subuh, saya akan tunaikan nazar.

Abah takut tidak sempat jumpa pasport. Apabila lepas buat laporan polis, abah terus ke pejabat imigresen. Dikatakan siapa 5 hari bekerja. Memang tidak sempat! Saya dengarpun berdebar-debar. Tidak berani tanya pada Abah secara terperinci. Tidak mahu menambah tekanan. Mampu doa sahaja.

Alhamdulillah dapatlah esoknya sebab merayu. Ya tidak sangka saat-saat akhir hendak terbang ada peristiwa begini.

Jumaat selepas Subuh dari masjid Abah ceria tanya saya barang keperluan masak yang saya hendak sebab saya tinggal seorang jaga rumah selama 11 hari. Hati saya ada rasa lega sedikit. Sebelum itu saya rasa risau sama ada Abah dapat pergi atau tidak.

Apapun semoga dipermudahkan urusan Abah dan Emak ke Maghribi dan Sepanyol. Lancar segala-galanya terutama dengan pihak kastam dan imigresen luar negara.

Tiket Dan Pasport



Abah tunjuk tiket dan passport dalam whatsapps keluarga ketika di KLIA. Dalam penerbangan ke Maghribi atau Morrocco.

Harap-harap indah kenangan dikutip.

Masa saya akan tiba nanti untuk melancong. Insya Allah.  Tapi saya seriau juga melancong seorang. Hehe tapi pernah buat. Seriau dengan kastam.

 

20 comments:

Vanilla Maple said...

Kesianya passport hilang pulak last minute aduhh.
Yang kejadian kereta tu nasib la dia tak ambil kereta..
Btw semoga dipermudahkan melancong sorang nanti hehehe

Azhafizah MN said...

Allahuakbar. Kalau saya pun berdebar rasa. Alhamdulillah Allah permudah urusan semuanya. Selamat bercuti untuk mak dan abah akak.

Puan Hazel said...

Alhamdulillah selesai...
Seronoknya melancong... Insha Allah ada rezeki kita nanti juga NA 🤲

nohas said...

Alhamdulillah, dah berlepas ayah bonda...semoga dipermudahkan urusan di kedua-dua negara...selamat pergi & kembali..

norhidana said...

alahai nasibla sempat juga buat pasport baru kan, kalau sedar dah tinggal sehari dua nak pergi lagi haru. Moga mak abah akak yang bercuti ke Maghribi seronok dan selamat, begitu juga dengan akak yg dirumah sorang. Jaga diri ya kak

Amie said...

Alhamdulillah. Akhirnya dapat selesaikan passport. Selamat melancong emak dan ayah NA.

anamizu said...

Alhamdulillah mujur dapat juga abah & emak pergi ya.
moga dipermudahkan semua urusan kedua mereka. aminnn

SalbiahM said...

Kalau takut melancong seorang, saya boleh teman. Eh. Hehe. Semoga urusan Abah dan Emak akak dipermudahkan. Aduh seriau lah, dahlah sekarang proses buat passort lama

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Alhamdulillah settle juga akhirnya. Memang begitu la selalunya kalau nak happy2. Diberi dugaan dulu.

mrhanafi said...

saya baca atikel ini pun rasa seriau dan neves hehehe

I am LZ said...

Dugaan sungguh NA.. Semoga urusan ibubapa NA dipermudah dan sentiasa dilindungiNya selalu.. Selamat pergi dan balik..

Ujie Othman said...

Fuh…Syukur dapat diselesaikan segera.
Terus terfikir di mana pasport saya, maklumlah dah bertahun tak pakai.

Seronoknya mak abah NA dapat mengembara ke Maghribi dan Sepanyol.
NA tak ikut sama?

Wak Lat said...

wahh bestnyer mak abah gi me lancong spt cintaku tertinggal di Andalusia.. 👍👍

mama tisya said...

bila melibatkan passport dan nk fly dlm masa terdekat, maunya tk cemas kan...alhamdulillah dipermudahkan segala urursan abah NA

dear anies said...

huiiii kalau jadi kat sesapa mcm ni mmg cuak habissss... alhamdulillah dpt juga...
cerita NA ni buatkan sy teringat ada seorg jemaah umrah. dia 'terbuang' passport dia dlm tong sampah kat KLIA. habis melilau pihak agensi carikan passport n geledah semua bakul sampah yg ada... sama ada jumpa atau tak tu sy x pasti..

Fieza Sani said...

cuak bila jadi macam ni..time kita nak guna lah, boleh hilang pulak...

mamapp said...

eee jahatnya org tu dah le curi beg siap geledah kete lagi.. alhamdulillah selesai hal abah NA

fanny_dcatqueen said...

Pasport hilang tuh memang masalah 😅. Kalo di Indonesia pasport hilang bakal kena penalty yg lumayan besar. Hilang ataupun rusak sama kena penaltynya.

Senangnya Abah dan Mak jalan2 nih 😍. Saya sendiri cinta mati dengan traveling kak, tapi tak pernah pergi sendiri. Pasti ada temannya 😄. Soalnya saya tipe yg ga suka sendirian. Kalopun teman dan suami tak bisa ikut, berarti pilihan trakhir pakai jasa travel agent. Jadi ramai dengan peserta kan 😄

Nina Mads said...

selamat terbang semuanya selesai dan dipermudahkan urusan pergi dan balik..

Nur said...

Suspen saya baca entri NA ni. Nasib baik dapat passport juga.
Cerita beg kena curi masa belajar tu pun seram juga. Naya jer..