بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sesi buka kotak (unboxing)
Pembelian pertama secara dalam talian. Secara spesifiknya beli di Wowshop. Selamat tiba hari ini pukul 11:56 pagi. Pesan pada 7 Januari, selamat tiba pada 12 Januari. Tempoh penghantaran termasuk Sabtu dan Ahad ialah 6 hari (termasuk tarikh pesanan). Harga asal RM129 tapi guna tunai semula (cashback) sebanyak RM6 maka cuma bayar RM123.
 |
| Parcel FG Food Kurma Ajwa Aliyah |
Apabila buka kotak, saya disapa dengan kotak air sarang burung waled. Ini percuma beserta sampul raya (saya tidak buka kotak ini lagi, jadi saya anggap sampul raya di dalamnya)
 |
| Bahagian Atas- Satu Kotak Yang Mengandungi 3 Botol: 1)Air Sarang Burung Dengan Buah Tin Dan Madu, 2)Air Sarang Burung Dengan Madu, 3) Air Sarang Burung Dengan Kurma Dan Madu |
Benda yang utama iaitu kurma ajwa Aliyah, kurma Muhammad Yusuf
 |
| Bahagian Bawah- 3 Kotak Kurma Ajwa Aliyah |
Saya ambil 1 kotak untuk tengok isi di dalam
 |
| Rupa Kotak Kurma Ajwa Aliyah 400g Yang Dibalut |
Isi di dalam. Kurma ajwa yang segar.
 |
| Isi Kandungan Kotak |
Saya cuba cubit tengok isi di dalam. Nampak berisi penuh.
 |
| Dalaman Sebiji Kurma |
Ingatkan boleh dapat ketika harijadi saya, boleh terus cuba. Nanti saya cuba ketika berbuka hari ini. Harap-harap segar dan muai.
Nota untuk diri: DHL tidak hantar pada Sabtu atau Ahad. Ikutkan barang ini boleh hantar hari Sabtu sebab sampai ke Melaka hari Sabtu tapi ditangguhkan hantar hari Isnin.
Tidak seperti PosLaju, barang terus hantar hari Sabtu.