Nuffnang

Monday, April 26, 2021

Perlahan Dan Tetap

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selamat berpuasa. Lebih seminggu tidak menulis. 

Sebenarnya dalam belenggu dugaan. Dugaan hadir 2 hari sebelum puasa. Ingatkan ujian itu selesai dalam tempoh sekejap rupanya berlarutan hingga kini. Rasa ada batu besar hempap atas kepala sekarang.

Saya menghitung sehingga bila ia akan selesai. Harap tidak berpanjangan hingga bertahun- tahun. Allah tahu saya mampu bertahan hingga ada berbelas tahun ujian saya hadapi hingga selesai 100%. Perlahan dan tetap (slow and steady) sedikit satu-satu selesai.

Lebih baik perlahan dan tetap selesaikan sempurna walaupun ambil bertahun-tahun? Korang pernah hadapi ujian yang ambil masa bertahun-tahun untuk selesai? Lepas sudah selesai rasa macam hendak lompat bintang.

Biasalah rasa tidak sabar untuk ujian selesai.

P.S: Ujian Covid-19 ini pun ujian perlahan dan tetap.

Friday, April 16, 2021

Buat Teh Chai

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan ke-4. Tadi berbuka di masjid dan terawih. Sekarang tidak rasa mengantuk pula. Selalu waktu begini sudah pengsan.

Oh saya nak beritahu saya baru tahu resipi teh chai atau chai tea. Itupun tengok rancangan masakan 'Camca' hari Sabtu bersama Chef Nabil. Rupanya untuk buat teh chai guna bunga lawang, buah pelaga dan halia. Bahan-bahan itu ditumbuk untuk keluarkan aroma dan rasa.

Terus buat hari Ahad dan puasa pertama. Saya ikut cara cef masak guna api. 3 bahan disebut dididih bersama serbuk teh. Kemudian masuk gula perang, susu segar (saya guna susu tepung). Rasanya ikut suka kalau hendak guna susu sejat atau susu pekat. Jadi secara ringkas bahan diperlukan

Resipi Teh Chai

* Bunga Lawang
* Buah Pelaga
* Halia
* Serbuk Teh/Uncang Teh
* Gula Perang/Susu Segar/Susu           Tepung/Susu Sejat
* Sedikit garam (pertama kali lupa         letak jadi ia pilihan)

Cubaan Buat Teh Chai



Siap dan saya memang suka rasa  teh chai. Saya kenal teh chai apabila  Pak Busu beri teh chai dalam bentuk uncang dari India. Memang guna sampai habis. Tidak terfikir bahan yang terdapat dalamnya boleh buat sendiri.

Lepas ini boleh buat dan minum sepuas-puasnya. Lagipun buat sendiri boleh tentukan sekuat mana rasa chai melalui 3 bahan yang disebutkan.


Thursday, April 8, 2021

Hi-Tea Di Garden Terrace Hotel Swiss Garden Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Alhamdulillah tanggal 3 April, Sabtu dapat pergi makan buffet bersama emak abah di Swiss Garden. Terima kasih Cik Ako atas hadiah ini. Tidak sangka juga sebab ingat hadiah akan dipos memandangkan Cik Ako minta alamat dan nombor telefon. Jadi macam acuh tidak acuh, tunggu sahaja. Sekali Cik Ako WhatsApp beritahu pilihan sama ada tidur di hotel 2H1M atau hi-tea. Cik Ako tanya berapa orang. Terkejut juga dapat hadiah yang sangat besar. Hehe saya minta waktu untuk berunding dengan abah tanya mana dia mahu. Ok dipendekkan cerita maka pilihan hi-tea untuk 3 orang. Untuk mereka yang kurang faham saya menang hadiah apa, boleh klik di sini.

Berdebar juga. Maklumlah jadi ketua kumpulan. Hehe abah pula asyik tanya betul ke ini. Takkan tipu pula. Maka hari ditunggu kami keluar awal juga dalam pukul 11 pagi lebih. Sebelum keluar ada van datang. Pernah cerita di sini tujuan van. Ada urusan abah sedikit itu yang keluar awal. Itupun sampai Hotel Swiss Garden Melaka lambat sedikit sebab cari pintu masuk. 2-3 kali pusing. Tahulah jalan bandar Melaka, jalan sehala. Hehe.

Tempat letak kereta memang di aras 3A. Jadi masuk ambil suhu dan berpecah sama ada ke pusat beli-belah Shore atau ke arah kanan untuk ke Terrace Garden.

Ramai sudah beratur untuk masuk ke kawasan tempat makan. Ambil lagi suhu, kemudian beritahu nama dan jumlah orang yang makan. Gemuruh sungguh. Tengok nama salah eja. Hehe dapat kawasan 3A hujung sekali dekat dengan kawasan kuih-muih, buah-buahan dan kek. Strategik sebab makanan boleh letak atas meja jadi boleh ambil makanan lain tanpa keluar dahulu. Apapun SOP sangat ketat dan dipatuhi. Masuk ikut lorong ditentukan dan keluar ikut lorong lain. Sebelum masuk kawasan buffet, staff akan pastikan kita pakai pelitup muka dan sarung tangan plastik kedua-dua tangan.

Abah posing belakang kawasan pencuci mulut. Dekat antara meja tempat duduk



Alhamdulillah meja tepi tingkap dan dapat pemandangan Sungai Melaka dan Kampung Morten.

Pemandangan Melalui Tingkap: Kampung Morten



Makanan yang menggamit saya untuk ambil ialah sushi dan ladu. Jarang dapat di buffet hotel lain. Ambil sedikit-sedikit untuk rasa. Diakui saya ambil 2-3 kali sushi. 2 kali juga ambil chuka idako. Jeruk dimakan bersama sushi sedap. Minta petugas buat air machiato.

Seleksi Makanan Kami Ambil (Pusingsn Pertama)


Lepas itu tumpu untuk makan. Tidak ingat berapa kali ambil.

Kaunter Sushi Dan Kuih-Muih

Dalam piring putih kecil chuka idako

Kaunter Pencuci Mulut


Ini antara gambar-gambar yang diambil. Lapar katakan. Ambil sekadar cukup syarat. Lagipun mak saya selalu ingatkan nanti habis tidak diganti makanan sama contoh macam ais kacang, saya tidak dapat bahan kelapa laut tapi dapat rasa ais kacang abah yang ada kelapa laut sebab dia ambil itu awal sekali.

Banyak kaunter saya tidak ambil gambar macam kaunter nasi ayam, mihun, salad. Ada dibuat secara panas oleh chef macam sate dibakar ketika diminta, laksa nyonya dibuat chef juga. Tempura digoreng panas-panas. Makan sampai pukul 2.30 petang. Orang pun beransur kurang mengelilingi buffet. Pulang dengan rasa gembira. Mak dan abah ingat hendak datang lagi  pada 11 April untuk sambut ulangtahun perkahwinan tapi tidak dapat sebab adik tidak dapat balik. 

Buffet Ramadhan disediakan juga.

Terima kasih sekali lagi untuk Cik Ako.


Monday, April 5, 2021

Giveaway Sampul Raya Hipster

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

(TAMAT)

Julung kali Azhafizah MN buat peraduan pemberian sampul duit raya hipster. Haruslah sertai. Kata tidak lumayan? Tidak betul, hasil kreatif dan curahan idea sendiri itu bermakna. Saya pernah dapat penanda buku tulis Top Comentator 2020 gaya klasik. Tahan lama dan saya tengah guna untuk tanda helaian muka surat buku yang saya baca.

Oh bebel panjang pula. Mari kita lihat syarat-syaratnya sangat mudah. Klik kain rentang untuk ke blog penganjur.

1. Buat satu entry bertajuk: Giveaway Sampul Raya Hipster 

2. Letakkan banner dan backlink kan kepada link entry ini- Sudah [√]

Giveaway Sampul Raya Hipster 5 April 2021-12 April 2021



3. Publish entry dan letakkan link penyertaan blog dalam entry ini (pos penganjur blog).

Hadiah berupa:

Hadiah Pertama: 50 keping sampul duit raya hipster.

Hadiah Kedua: 40 keping sampul duit raya hipster.

Hadiah Ketiga: 30 keping sampul duit raya hipster.

Banyakkan sampul duit raya? Boleh beri emak dan abah sedikit. Tidak pun guna untuk beri ketika kenduri.

Tarikh tutup: 12 April 2021. 

Pemenang dipilih melalui secara rawak.


Saturday, April 3, 2021

Hadiah Top Komentator Bulan Mac Daripada Blog Anakomak6

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Alhamdulillah selamat sampai bungkusan daripada Cik Ako. Cepat sungguh hantar. Umum senarai 10 pengomen tegar hari Rabu, hari Khamis sudah pos. Saya pula terima hari Sabtu pukul 11 pagi. Saya sekeluarga masa itu bersiap-siap hendak pergi hi-tea di Hotel Swiss Garden Melaka. Memang hari pemberian Cik Ako sebab makan hi-tea 3 orang pun ditaja oleh Cik Ako. Tuah saya menang giveaway anakomak6. Nasib baik van DHL datang tepat pada waktunya. Cantik aturan masa.

Bungkusan Shopee



Jadi buka hadiah petang sedikit.

Kurma Ajwa Dalam Kotak. Kurma Mahal Ini!



Jeng-jeng....Kurma ajwa. Huhu slogan kurma berkualiti pilihan terbaik. 

Terima kasih Cik Ako. Semoga murah rezeki dan diberkati Allah. Dipertemukan bakal suami yang soleh. Amin.

Untuk kenal Cik Ako, boleh lawat blog ini.

Thursday, April 1, 2021

Selamat Datang April

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sudah melepasi pertengahan Syaaban. Tidak lama lagi bulan Ramadhan tiba. 

Alhamdulillah. Semoga diberi peluang untuk bertemu bulan diberkati dan dicintai Allah.

Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik. Harap dapat melaksanakan ibadah dengan baik dan sempurna nanti. Insya Allah.

Selamat pagi semua. Semoga hari anda ceria. Esok Jumaat, penghulu segala hari.