Nuffnang

Saturday, October 21, 2023

Buah Tangan Dari Tanah Suci

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sabtu 7 Oktober, Makchek ajak ke rumahnya lepas Asar untuk sambutan harijadi cucunya Aniq yang mencecah setahun. Gembira sebab dapat makanan sedap.

Sebelam itu singgah di rumah Uwan. Chik Ya dan Mok hendak jumpa Emak dahulu.

Rupa-rupanya mereka hendak beri buah tangan dari Tanah Suci. Saya pernah tulis pasal ini. Boleh klik SINI.

Banyak juga buah tangan yang diberi. Ada coklat, kurma pelbagai jenis, sejadah, jubah dan minyak kasturi.

Minyak Kasturi


Tidak sangka saya dapat sehelai jubah berwara biru keunguan. Hehe gembira. Memang muat betul. Asalnya ingat tiada khas untuk saya maka saya minta daripada Emak minyak kasturi. Memang teringin untuk pakai. Ada niat untuk beli asyik tangguh jadi sekarang dapat secara percuma. 

Jubah Dari Tanah Suci




Alhamdulillah.



Sunday, October 15, 2023

1 Oktober: Menghadiri Majlis Resepsi Di Pusat Komuniti Tmn. Tun Dr. Ismail

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

1 Oktober, Ahad bergerak keluar pukul 11 pagi lebih dari Sri Damansara ke Pusat Komuniti Tmn. Tun Dr. Ismail. Sampai dalam pukul 11:30 pagi. Tidak ramai orang tapi pengantin sudah berada di pelamin bergambar. Kami terus ke bufet makan dan tengok makanan lain. Ada kuih-muih (maaf ini selalu memang tidak selalu dipilih), aiskrim.

Pusingan pertama makan nasi beriani dan laksa Melaka. Susah jumpa laksa Melaka. Selalu keluarga Abah yang buat terutama Makcik Masitah atau Mak Busu. Ambil teh tarik juga.

Nasi Beriani, Laksa Melaka Dan Teh Tarik



Pusingan ke-2 ambil char kuetiau basah. Sebelahnya ada gerai apam balik nipis itu tapi saya tidak ambil.

Char Kuetiau Basah



Lepas itu orang sudah ramai datang jadi bangun beri orang lain duduk. Sementara saya pusing sekitar dewan untuk ambil gambar.

Depan Dewan

Sebelah Kiri Dewan: Lori Ekhwan Catering & Services 



Sebelah kanan dewan ini ada perpustakaan tapi tidak ambil gambar pula. Adik-adik saya yang datang kemudian mula-mula makan lepas itu mereka pergi ke sana dengan anak-anak buah. Saya masih di dewan. Kadang-kadang duduk sebelah Mak Uda, kadang-kadang berdiri tengok saudara-mara jauh yang kenal gitu-gitu dan jiran-jiran di Kampung Sg. Penchala. Senyum dan salam.

Pukul 2 petang lebih baru minta diri. Rasa penat jumpa ramai orang. Macam saya seorang introvert yang bergaul dan bersalam.

Apapun saya hargai dan nikmati keadaan ini. Ini ada majlis perkahwinan anak lelaki kepada sepupu (Kak Ani). Kak Ani anak kepada Mak Uda (kakak kepada Abah).

Saya dapat buah tangan kek coklat ada taburan badam.

Raikan Cinta Arif & Iman 1 Oktober 2023

Kek Coklat Dengan Hirisan Badam



Balik baru dapat tangkap papan tanda menuju ke Pusat Komuniti Tmn. Tun Dr. Ismail.

Papan Tanda Menuju Ke Pusat Komuniti Tmn. Tun Dr. Ismail



Trafik lancar. Sampai rumah di Melaka pukul 4 petang lebih.

 

Saturday, October 7, 2023

30 September: Melawat Kebun Dan Menghadiri Sambutan Harijadi Anak Saudara

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hehe hampir seminggu baru sambung cerita. Buang rasa serabut menjadi seorang introvert yang kena bergaul ramai orang selain layan siri Korea lama.

Esok pagi hampir pukul 7 sudah keluar untuk ke Sungai Besar melalui Kuala Selangor. Trafik berjalan lancar. Pagi tidak banyak kereta.

Sarapan pagi di  gerai tidak bernama di tepi jalan Kuala Selangor. Pelanggan boleh tahan ramai. Lauk-pauk sudah terhidang tapi saya tidak berminat makan nasi. Saya cuma ambil koci, tauhu berlauk dan bergedil besar. Sayang kuah soto belum tersedia ketika sampai pada pukul 8 lebih. Apa boleh buat.

Kuih Koci, Tauhu Berlauk Dan Bergedil Bersama Teh Tarik


Sampai ke Sungai Besar. Singgah ke Lubuk Pusing. Melawat kebun pisang Abah. Ada pekerja Bangla tukang jaga. Kali terakhir pergi ketika raya pertama. Tinggi sudah pokok pisang dan ada beberapa batang pokok sawit. 3 ekar. Luas juga. Haha bolehlah jual pisang banyak-banywk.

Kebun Pokok Pisang


Tersesat Pokok Kelapa Sawit



Sebelah kebun Abah ada perkuburan Islam. Mungkin Abah patut wakafkan tanah ini kalau tiada pembeli beli tanah ini.

Sebelah Kebun Pisang Terletaknya Perkuburan Islam



Ada singgah beberapa tempat macam jumpa kawan Abah untuk berborak, ke pasar Sungai Besar, makan tengahari dan singgah solat di masjid. Cuaca di Sungai Besar sangat cerah dan nampak awan berarak di langit biru.

Pukul 4 petang sampai di Seri Damansara tiba- tiba cuaca mendung dan ketika masuk ke rumah adik, hujan turun lebat beserta guruh.

Berehat seketika tunggu hujan reda sebelum keluar semula pukul 5 lebih ke Anggun Residences Serviced Suites di Jalan Medan Tuanku Utama, Chow Kit, KL. Adik perempuan buat majlis sambutan harijadi Azim (27 September) dan Adiva  (18 Oktober). 

Papan Tanda Anggun Residences

Menghadap Bangunan Balai Polis Dang Wangi ☺


Tidak Pasti Bangunan Apa


Sekarang ini perkembangan buat harijadi di tempat inap sewakan? Selesa. Alhamdulillah. Budak-budak yang terlebih gembira. 

Ini Bukan Adiva. Haha Tiup Banyak Kali Lilin


Pukul 10 malam sampai di Sri Damansara. Memang tidak ada masa merayap KLCC. Ingat boleh berjalan 🙁 Kena rancang rancangan sendiri.

Bersambung...