بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sekarang ini alhamdulillah demam tiada lepas dapat termometer daripada adik. Memang perhati suhu diri sendiri selalu.
Cuma sekarang masih hidung tersumbat. Tiadalah saya pergi jumpa doktor lagi. Sekarang usaha dengan cuba secara bahan semula jadi. Kena sabar tunggu hasil.
Dahulu saya kena terseliuh teruk sampai tidak dapat jalan betul. Solatpun pernah solat duduk atas kerusi. Lama juga proses sembuhnya. Sembuh perlahan-lahan bukan terus elok. Saya pernah nazar tapi saya hendak keputusan cepat jadi tidak berjaya elok. Saya jumpa doktor, jumpa doktor pakar, urut dan makan vitamin. Guna segala minyak, minyak pati. Akhirnya sembuh dengan izin Allah. Sekarang boleh jalan lama, berdiri lama dan lari. Tidak tahu mana satu cara yang buat berkesan. Usaha sahaja apa terdetik dan doa tentunya. Ia mengambil masa 3 tahun, 2016-2019.
Jadi saya kena ingatkan diri supaya sabar. Kesembuhan 100% dengan izin Allah. Apapun saya kena bersyukur sekarang, saya tidak demam, selera makan kembali. Memang ikut hati hendak sembuh betul dengan cepat.
Nanti saya coretkan apabila saya sembuh 100%. Saya tidak buat nazar sebab jenis saya hendak cepat. Takut ambil masa dan saya lupa nazar saya. Hehe.
Doakan saya ya.
P.S: Manusia selalu hendak cepat dapat hasil.
25 comments:
lama.tu NA sembuh dr terseliuh. jatuh kat mana tu? skrg kalau buat kerja berat / byk berjalan ada tak kesan sakit tu?
syafakillah NA
Semuanya dengan izin Allah. Usaha, doa dan tawakkal.
Usaha milik insan, berjaya @ tidak kehendak Allah. Apapun tetap ada hikmahnya. Take care NA..
allah uji tanda sayang, kena byk bersabar ye
lama juga ye NA tak sihat...InsyaAllah semuanya dengan izin dari Allah,kita hanya mampu berusaha dan berdoa
Betul, bersabarlah dalam menghadapi penyakit.
betul..apa2 usaha..doa..sabar...
Semoga NA semakin sihat dan kuat. Betul tu, kena sabar. Visualize diri sendiri dalam keadaan sihat 100 peratus. Insya-Allah.
Untuk hidung sumbat tu NA cuba minum air suam segelas. Kalau ubatan, boleh dapatkan nasal spray di farmasi.
Tq Puan Ujie. Nanti saya cari nasal spray.
Air suam pula saya cuba amalkan dengan madu dan habatussauda.
semoga diberi kesembuhan segera. biasalah kak, mana ada orang suka bila sakit. nikmat sihat adalah nikmat paling mahal
sakit juga salah satu nikmat sbb kerana sakit kita igt Pencipta kita...
semoga kita semua dikurniakan kesihatan terbaik spnjg hayat. aminnn
smoga cpt sembuh dan dipermudahkan segala urusan
moga cepat sembuh kak, moga di beri kekuatan dan kesihatan yang baik. Ye kita ni mana larat nak tahan sakit lama nk yg cepat sihat ya
Semoga sihat sepenuhnya, sabar ye ats dugaan yang allah turunkan..
semiga cepat2 sembuh.. take care NA
kata kata semangat ni.
alhamdulillah berkat kesabaran
semoga Na pulih sepenuhnya ye. Fonts for Android and iPhone - www.fontskeyboard.com/share-nowAaminn
berubatlah bila sakit kerana semua penyakit ada ubatnya kecuali mati...
Memang tengah usaha. Sekarang saya usaha secara makanan sunnah dan herba.
Kalau ikut tidak sabar hendak segera pulih 100℅
Tq semua doakan. Hanya Allah dapat membalas.
Tawakal, usaha dan doa InSyaAllah.
Diadoakan sembuh sepenuhnya dan tidak sakit selepas itu.
Semoga cepat sembuh kak Na. Wajar lah setiap kita pasti ingin cepat mendapatkan hasil , apalagi saat sedang sakit . Tapi memang kadang butuh waktu. Harus banyak sabar kalo dah begitu☺️.
ya Allah, lamanya! semoga cepat sembuh :)
Allah uji kerana allah sayang.. insya allah doa byk2 semoga sembuh ye na
Post a Comment