بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Hari rasa kelam, serba tidak kena. Tidak ada rasa hendak masak nasi dan lauk sayur.
Hari untuk pergi bank untuk tengok ASB. Entah setiap tahun rasa begitu. Rasa berat hati. Mengapa eh?
Berdoa semoga urusan dipermudahkan.
Pergi ke RHB. Tahun lepas, tahun sebelum itu pergi sini. Ramai orang. Dapat nombor 2094. Nombor ketika itu 2070.
Sabar menunggu sambil rasa gelisah di hati. Sejuk penyaman udara buatkan rasa gelisah bertambah.
Alhamdulillah nombor naik. Urusan dipermudahkan dan cepat. Staf yang layan saya ini baik. Jawab soalan saya tentang zakat yang ASB war-warkan dengan cara baik. Cap ibu jari kanan dapat dibaca sekali sahaja. Transaksi berjaya. Masuk dalam kereta azan Zohor bergema daripada radio. Tiba-tiba rasa lapar. Abah cari gerai makanan untuk makan sebelum pulang.
Cuma tahun ini tidak dapat penyata ASB dalam bentuk kertas tapi staf itu baik siap tuliskan jumlah pada belakang kertas no giliran selepas diminta. Alhamdulillah.🙂
Kena simpan ada maklumat penting.


6 comments:
Semoga dipermudahkan apa2 yg digelisahkan tu
Kenapa rasa berat hati tu ..Semoga ditenangkan hatimu ya...
Boleh check baki pada app myASNB, NA. Jadi, tak perlu ke bank, melainkan NA bawa keluar dividen. Alhamdulillah, urusan ASB berjalan lancar di bank.
Alhamdulillah..sekarang semua online dah...penyata pun dia tak bagi..
Apapun yg tengah terjadi, semoga dilancarkan segala urusan kak na yaa 🤗☺️
Tulisan ni memang terasa dekat di hati, ada aura yang menenangkan. Kadang-kadang bila baca, terus rasa macam bercakap dengan diri sendiri.
Post a Comment