بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Syukurlah benda yang mengganggu fikiran juga akhirnya terjawab. Ingat tidak pos pasal saya daftar zakat khultah ASB? Saya ada tanya pada petugas yang proses permohonan saya. Saya tanya bila mula zakat ini tapi tiada jawapan. Jadi ada perasaan tidak sedap hati.
Tanggal 30 September saya terima sms dalam pukul 12 tengahari lebih. Terkejut pasal bayaran zakat telah diterima MAIWP. Saya mana ada tunaikan zakat di di MAIWP tetapi kalau ada di ZM (Zakat Melaka). Dalam sms itu ada dikatakan ada hantar juga ke emel untuk tengok resit.
Alhamdulillah apabila buka rupanya untuk zakat pelaburan ASNB. Tengok jumlah zakat. Sedikitnya daripada jumlah saya bayar. Kiranya kiraan zakat secara khultah ini lagi rendah daripada kiraan saya buat.
Apapun lega kewajipan telah diselesaikan secara automatik.
Saya tulis ini untuk mereka yang mungkin tertanya-tanya sama ada untuk bayar sendiri atau pihak PNB yang buatkan. Kalau berminat, pergi daftar dahulu di pejabat ASNB atau ejen terlibat.
Oklah sekadar menyampaikan maklumat. Jumpa lagi.
P.S: Ada satu lagi urusan tidak selesai lagi. Orang lain senang sahaja selesaikan, saya banyak pula langkah kena buat. Harap ia dipermudahkan Allah nanti. Amin.


13 comments:
Sikit mungkin pada manusia tetapi ganjarn tetap besar daripada Allah SWT.
Alhamdulillah lega bila sudah selesai.
Masa akak tanya tiada jawapan tapi mereka terus buat kerja senyap2 ya. Bagusnya... dana pun ada buat bayaran zakat pendapatan juga kt maiwp, masa mereka ada buat ceramah dekat pejabat.
Kiranya ASB bayarkan zakat ke MAIWP lah kan?
Alhamdulillah mudah begini. Tak perlu kita nak ingat/buat pengiraan sendiri.
Lega bila semak emel rupanya zakat pelaburan ASNB secara khultah, sekali jumlahnya pula lebih rendah daripada kiraan sendiri.
Alhamdulillah terjawab persoalan. Tahun lepas saya buat bayaran zakat manual sbb katanya simpanan tahun ni baru ASB akan potong zakat bagi pihak pelabur. Jadi saya tunggu je la penyata zakat masuk cukup haul nanti.
Legaaa kalau zakat dah settle kan. Tiap dapat income, bonus atau apapun, saya pun langsung kurangkan 2.5% untuk zakat. Itu dulu, supaya settle kewajiban
Alhamdulilah Allah permudahkan... urusan dunia seldsai di dunia, akhirat esok, lain pula ceritanya
Haah. Saya tidak terfikir, ingatkan auto ke Zakat Melaka tempat saya buat.
Semoga dipermudahkan urusan.
ni kita boleh set sendiri ke kat apps? saya tau pasal zakat asb ni tapi tak pasti ada buat ke tak. kena check balik nii
Syukur
Alhamdulillah...sikit pun membantu..
Post a Comment