Nuffnang

Friday, January 9, 2026

9 Januari 2026

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Genap setahun umur. Tiada rasa hendak sambut harijadi.

Mula-mula buka whatsapps sebelum Subuh tengok tiada ucap rasa gembira sebab orang tidak ingat.

Hehe Emak ucap selamat harijadi di whatsapps borak-borak keluarga. Abah ajak pergi balik kampung untuk sambut tapi saya tolak dengan baik.

Tahun ini saya memilih untuk bersendirian di rumah. Kebetulan tiada kenduri minggu ini.

Jadi tiada kek dan makanan istimewa. Saya tahu saya patut terima. Tidak mengapa. Saya perlukan doa sahaja. Tq Emak dan Abah sebab tidak pernah lupa harijadi anaknya.

P.S: Masak mi kari Opah. Huhu nasib baik sedap kali ini masak.


Wednesday, January 7, 2026

4 Jan (Ahad)- Kenduri Kahwin

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sekali lagi dapat jemputan kenduri kahwin daripada adik ipar punya Abang di Dewan Dhuha, Senawang. Bertolak pukul 9:30 pagi dari Tampin. Sampai pukul 11 pagi lebih. Majlis telah bermula. Alhamdulillah belum ramai lagi.

Dewan Dhuha, Senawang



Dapatlah coret bahagian cenderamata untuk tetamu sebab belum ramai orang.

Meja Cenderamata



Teruslah ambil lauk: nasi putih, ayam goreng berempah, sambal tumis petai, masak lemak labu, ulam-ulam, sambal belacan. Di mana-mana kenduri, air teh tarik dipilih. Kalau tiada air teh tarik, pilih air panas atau air mineral.

Pinggan Dengan Lauk-Pauk Diambil Dan Teh Tarik



Makanan-makanan dan minuman terletak di belakang dewan yang tertutup dan berbumbung jadi selesa untuk ambil makanan. Malahan gerai-gerai seperti gerai apam dan cendolpun terletak di sini.

Teduh, Luas Bahagian Hadapan



Lepak sejam juga. Sempat pergi tandas di belakang dewan juga. Emak sempat jumpa kenalan dari Tampin juga.


Kami dapat kotak cenderamata berbentuk rama-rama. Saya dan Abah dapat beras mini manakala Emak dapat senduk merah jambu yang pemegangnya ada pemberat. 

Cenderamata Shukri × Laila



Terus balik rumah di Melaka. Tidak sabar untuk tengok parcel dapat semalam.