Nuffnang

Sunday, September 18, 2011

Pendapat: Tahi Lalat Di Tapak Kaki



(Tulisan Kehadapan- Auto post)

Pada suatu hari pada tahun 2001 masih di bulan Syawal, saya ke Ampang Point untuk mendapatkan urutan refleksologi.


Pengurut: Kuat berjalan dan suka berjalan kan?


Saya: Haah. Mana tahu?


Pengurut: Tahi lalat pada tapak kaki.


Saya: Oh ya ke? (Dalam hati: Ingatkan dia urut tu boleh rasa kaki banyak digunakan untuk berjalan ke, rupanya tengok tahi lalat)



Betul ke kalau ada tahi lalat di tapak kaki maksudnya orang tu suka dan rajin berjalan?



Rehat Sebentar Dan Pemberian



Assalamualaikum...


Lepas kemaskini blog tengah hari tadi, ingatkan saya melepak kat rumah. Sekali abah balik rumah dan saya dengan spontan menanya "Dah pergi keempat-empat rumah ke?" Abah menjawab "belum, lepas Zuhur lagi 2 rumah."


Tidak semena-mena saya menjawab lain seperti saya nyatakan di blog NAK rehat sahaja, sebaliknya saya nak ikut serta. Lepas solat terus ke Taman Rumpun Bahagia dan Bukit Rambai. Nampaknya senak perut tu dah hilang maka makanlah seperti orang lapar. Lepas tu pergi rumah Uwan, pergi Cowboy, Mydin untuk beli barang-barang untuk rumah terbuka. Maghrib baru sampai rumah. Susun pinggan mangkuk cawan plastik. Potong bawang putih, bawang merah, kentang untuk persiapan masak mi kari.


Ahad sibuk lagi. Kali ini kena layan orang datang rumah. Apapun insyaAllah blog anda yang rajin singgah sini akan saya lawat.


Kepada Umi, terima kasih memberi pemberian tidak disangka. Nak edit kain rentang (header) Kak Wina. Suka ada orang sudi nak buatkan. Kepada Mimito, hadiah teka-teki koordinat Mimito dah selamat sampai. Masih tak buka lagi tau sebab nak menghayati waktu buka hadiah. Sekarang tengah sibuk beraya, pergi kenduri. Jadi biar simpan keterujaan tu.


Korang semua singgahlah blog si Umi dan Mimito. Umi ni blog dia kalau anda masuk terus rasa patriotik. Cantik sangat. Mimito pula blog dia banyak maklumat berguna untuk renungan. Bolehlah baca sambil muhasabah diri. Tak rugi ikut blog mereka.


Ok itu sahaja. Jumpa lagi.


P.S: Suka betul perasaan ni dapat pemberian atau hadiah. Hehe. Rezeki jangan ditolak. Kecil atau besar pemberian bukan ukuran. Penting orang itu sudi beri pada kita. Hargainya.