Nuffnang

Saturday, May 1, 2021

Kad Raya Fizikal Dan Rantai Kunci

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rasanya lebih 10 tahun tidak dapat kad raya. Alhamdulillah tahun ini dapat satu petang semalam. Itupun teringat hendak tengok peti surat lepas baca tulisan Fiza yang dia telah terima kad raya dan  rantai kunci daripada Shida Radzuan. Bergegas keluar pada pukul 4 petang. Memang semalam hari macam tidak cukup masa sahaja. Rasa fikiran kosong, tidak fikir apa-apapun.

Kad Raya Dan Rantai Kunci




Terima kasih  Shida atas susah payah beri kad raya. Rantai kunci sebab jadi geng kuat komen Januari- Mac 2021. Tertulis nama saya!

Monday, April 26, 2021

Perlahan Dan Tetap

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selamat berpuasa. Lebih seminggu tidak menulis. 

Sebenarnya dalam belenggu dugaan. Dugaan hadir 2 hari sebelum puasa. Ingatkan ujian itu selesai dalam tempoh sekejap rupanya berlarutan hingga kini. Rasa ada batu besar hempap atas kepala sekarang.

Saya menghitung sehingga bila ia akan selesai. Harap tidak berpanjangan hingga bertahun- tahun. Allah tahu saya mampu bertahan hingga ada berbelas tahun ujian saya hadapi hingga selesai 100%. Perlahan dan tetap (slow and steady) sedikit satu-satu selesai.

Lebih baik perlahan dan tetap selesaikan sempurna walaupun ambil bertahun-tahun? Korang pernah hadapi ujian yang ambil masa bertahun-tahun untuk selesai? Lepas sudah selesai rasa macam hendak lompat bintang.

Biasalah rasa tidak sabar untuk ujian selesai.

P.S: Ujian Covid-19 ini pun ujian perlahan dan tetap.