Nuffnang

Wednesday, January 7, 2026

4 Jan (Ahad)- Kenduri Kahwin

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sekali lagi dapat jemputan kenduri kahwin daripada adik ipar punya Abang di Dewan Dhuha, Senawang. Bertolak pukul 9:30 pagi dari Tampin. Sampai pukul 11 pagi lebih. Majlis telah bermula. Alhamdulillah belum ramai lagi.

Dewan Dhuha, Senawang



Dapatlah coret bahagian cenderamata untuk tetamu sebab belum ramai orang.

Meja Cenderamata



Teruslah ambil lauk: nasi putih, ayam goreng berempah, sambal tumis petai, masak lemak labu, ulam-ulam, sambal belacan. Di mana-mana kenduri, air teh tarik dipilih. Kalau tiada air teh tarik, pilih air panas atau air mineral.

Pinggan Dengan Lauk-Pauk Diambil Dan Teh Tarik



Makanan-makanan dan minuman terletak di belakang dewan yang tertutup dan berbumbung jadi selesa untuk ambil makanan. Malahan gerai-gerai seperti gerai apam dan cendolpun terletak di sini.

Teduh, Luas Bahagian Hadapan



Lepak sejam juga. Sempat pergi tandas di belakang dewan juga. Emak sempat jumpa kenalan dari Tampin juga.


Kami dapat kotak cenderamata berbentuk rama-rama. Saya dan Abah dapat beras mini manakala Emak dapat senduk merah jambu yang pemegangnya ada pemberat. 

Cenderamata Shukri × Laila



Terus balik rumah di Melaka. Tidak sabar untuk tengok parcel dapat semalam.


Monday, January 5, 2026

Catatan 5 Januari (Isnin)

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari rasa kelam, serba tidak kena. Tidak ada rasa hendak masak nasi dan lauk sayur.

Hari untuk pergi bank untuk tengok ASB. Entah setiap tahun rasa begitu. Rasa berat hati. Mengapa eh? 

Berdoa semoga urusan dipermudahkan.

Pergi ke RHB. Tahun lepas, tahun sebelum itu pergi sini. Ramai orang. Dapat nombor 2094. Nombor ketika itu 2070.

Sabar menunggu sambil rasa gelisah di hati. Sejuk penyaman udara buatkan rasa gelisah bertambah.

Alhamdulillah nombor naik. Urusan dipermudahkan dan cepat. Staf yang layan saya ini baik. Jawab soalan saya tentang zakat yang ASB war-warkan dengan cara baik. Cap ibu jari kanan dapat dibaca sekali sahaja. Transaksi berjaya. Masuk dalam kereta azan Zohor bergema daripada radio. Tiba-tiba rasa lapar. Abah cari gerai makanan untuk makan sebelum pulang.

Cuma tahun ini tidak dapat penyata ASB dalam bentuk kertas tapi staf itu baik siap tuliskan jumlah pada belakang kertas no giliran selepas diminta. Alhamdulillah.🙂

Kena Simpan No Giliran. Ambil No Pukul12:12 Tengahari



Kena simpan ada maklumat penting.