Nuffnang

Showing posts with label Pemberian/Gift. Show all posts
Showing posts with label Pemberian/Gift. Show all posts

Friday, April 17, 2026

💤Akhirnya... 'Mimpi' Itu Tiba💤

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Penantian suatu penyeksaan. Petang 4:30 petang baru dapat dengan tunggu lama. Orang J&T itupun bukannya dia hon (saya suruh dia hon untuk bagitahu sudah tiba untuk saya ambil terus). Tahu-tahu sudah letak dalam rumah (buka pagar awal siap-siap)


Parcel Biru



Harinya telah tiba. Jeng-jeng mari kita buka plastik biru 'Mimpi' ini. Agak besar dan ada satu bahagian keras. Mula-mula terdetik selimut sebab pernah dapat selimut dengan saiz parcel begitu.

Rupanya tekaan pertama saya betul dalam pos sebelum ini iaitu bantal. Ia disertakan dengan sarung bantal warna biru tua. Inilah sebab ditanya warna kegemaran. Warna kegemaran saya ialah hijau zaitun dan biru pekat.


Bantal Itu Dilipat Dua. Ada Lining Keliling Bantal. Atasnya Sarung Bantal



Bantal jenama 'Kun' bermakna dalam Bahasa Hokkien ialah tidur. Ya lepas buka sahaja parcel itu rasa mengantuk sangat tapi tunggu solat Maghrib dan Isyak dahulu. Lepas itu boleh cuba tidur guna bantal baru. Hehe bantal lama saya sudah kempis, tidak gebu lagi.

Lepas solat terus rasmikan dengan buka plastik. 


Bantal Kun Gebu 💤 



Selepas disarungkan bantal.

Bantal Berbaju Biru Tua





Bahagian keliling bantal ada 'lining' warna biru tua.

Pandangan Atas Bantal




Bersedia untuk tidur 💤

Terima kasih SK, saya hendak tidur awal  untuk bermimpi.






Thursday, April 16, 2026

Misi Menangkap 'Mimpi' 36,373,839

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

Tanggal 15 April 2026 (Rabu) Puan SK buat lagi misi mencari pembaca angka ke- 36, 373, 839.
Memang mimpilah hendak tangkap angka 36, 373, 839. Paling hampir seperti di bawah:

Tangkapan 36373843



Tangkapan  bersejarah pada 15 April 2026 pukul 4:46 petang.

Sebelum ini saya pernah menang dalam menangkap angka anjuran SK sebelum ini. 




Kali SK suruh whatsapps kepadanya beserta tangkapan layar. Soalan tambahan selain nama, alamat dan nombor telefon ialah warna kegemaran.

Whatsapps Puan SK



Kemudian SK kata 'mimpi' akan diposkan. Terbayang bantal kemudian minyak aromaterapi, lampu tidur dan selimut. Semua kaitan untuk tidur dan kemudian bermimpi. Korang agak saya dapat apa? Penantian yang mengujakan untuk saya.

Apakah Hadiah 'Mimpi' Itu?



BERSAMBUNG......


###########





Sunday, April 5, 2026

Rezeki Dapat Harumanis

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam hari Sabtu (4 April) hari yang sibuk. Seawal pagi pukul 8 Abah balik dari Tampin ke rumah bawa karipap dan pau kelapa dari kedai Durian Tunggal. Makcik Minah dan suami serta Pak Busu dan isteri hendak datang beraya dari Sungai Penchala.

Mereka datang dalam pukul 11 pagi lebih. Waktu mereka datang tetiba ada dengar bunyi salam. Ingat ada orang lain datang rupanya orang kurier datang bawa kotak kecil berisi harumanis dari Padang Besar. Kejutan daripada kawan Abah bagi harumanis. Rezeki untuk tetamu terus kupas sebiji.

Lepas itu Makcik Minah ajak pergi rumah Kak Nizah di Krubong. Harumanis dan jambu yang dikupas dalam mangkuk yang tinggal terus letak atas meja. Air dalam jag masuk peti sejuk. Takut semut.
Tidak sempat hendak rasa harumanis yang tinggal sebab kemas dan basuh cawan kemudian tukar baju raya.

Keadaan Meja Selepas Tetamu Pulang

Saiz  Sebiji Harumanis



Bawa 3 biji untuk keluarga Kak Nizah. Di sini makan tengahari lauk asam pedas ikan merah, telur masin, telur dadar, sambal picit limau kasturi, timun jepun dan teh o panas ☺ Ini lauk kebiasaan orang Melaka, asam pedas sebab semalamnya kami masak lauk asam pedas ikan ikan siakap. Ada mi jawa tapi saya makan sedikit buat rasa.

Pinggan Saya



Lepas beraya rumah Kak Nizah, kami balik rumah untuk solat Zohor. Ada rumah terbuka di Jalan AV1 bermula pukul 2 petang. Adik perempuan saya sudah telefon dari rumah kami tanya keberadaan kami.

Balik rumah solat kemudian keluar semula ke jamuan rumah dengan Adik perempuan sekeluarga pula.

Sini saya makan soto dan nasi minyak. Sini tidak ambil gambar. Santai makan sebab tidak lapar sangat.

Hampir pukul 4 petang baru balik rumah. Tengok harumanis tinggal cebisan kecil dan biji. Ini mesti anak-anak buah makan 
masa tunggu.

2 Biji Harumanis Tinggal


Sebiji kupas untuk sahur jaditinggal 2 biji. Tidak lama habislah itu.

Nota: Hari ini puasa ganti dan sunat. Insya Allah.


Friday, March 20, 2026

Lama Dan Baru

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...


30 Ramadan. Saya di kampung sekarang. Balik semalam. Raya hari Sabtu 21 Mac.

Apa yang lama dan baru? Gabungan baju raya dan tudung ada baru ada lama.

Raya pertama pakai jubah ungu yang tempah tahun lepas lepas raya yang belum pakai dengan tudung 4 segi warna ungu.

Raya ke-2 baju kurung moden biru nila buatan Auntie Nani dengan bintik-bintik putih dengan sulam berwarna ungu dipadankan dengan tudung sarung lama warna biru seluar jeans. Tengok keadaan, saya tidak suka sangat tudung sarung, mungkin pakai tudung ungu yang dipadankan dengan jubah.

Raya ke-3 jubah hijau pekat pemberian blogger Shikin Razali yang saya dapat beberapa tahun lalu yang pernah dipakai bersama tudung bawal pemberian blogger Nur.

Baju Raya Dan Tudung 2026. Baru Dan Lama



Satu lagi jubah Auntie Nani belum siapkan 100%. Cakap tidak kisah bila siap. Mungkin guna untuk tahun depan. Alhamdulillah saya beruntung ada makcik yang pandai menjahit.

P.S: Terlebih bawa baju raya sebab ingat raya hari Jumaat. Isnin nak balik ke Melaka ☺.


Wednesday, March 11, 2026

Rabu Kurang Kata: Stokin Comel

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

21 Ramadhan

Merasmikan stokin comel sempena malam istimewa.☺ MasyaAllah.

Stokin Warna Merah Jambu Gambar Beruang Dan Buah Ceri



Terima kasih kepada Puan Nieza yang memberi stokin ini.

Monday, March 9, 2026

Seperti Di Rumah

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Pejam celik pejam celik sudah 19 Ramadhan.

Setakat ini banyak berbuka dan berterawih di surau. Nampaknya saya sangat selesa di situ. Cuma ada beberapa hari berbuka dan bertarawih di rumah. Cuma sehari berterawih di masjid. Hujung Ramadhan tidak pasti atas faktor-faktor lain.

Pergi surau siap bawa termos mini. Kadang-kadang tiada air yang bersusu pada hari itu macam dapat teh o atau kopi o. Saya perlukan air yang bersusu untuk berbuka. Rasa tidak kenyang kalau tidak minum air bersusu. Awal-awal balik daripada terawih baru buat air yang bersusu tapi kadang-kadang masa itu sudah mengantuk.

Termos Mini Hadiah Daripada Fieza Sani



Jadi untuk hadapi keadaan ini kena bawa air sendiri. Hehe macam bawa bekal macam saya bawa kurma sendiri dan air coklat panas. Lagilah surau ini selesa sangat dan sejuk sangat (pasang pendingin hawa) sampai ada masa kena tutup. Jadi air panas ini membantu. Selepas sesuatu solat boleh minum.

Lain orang lain cara berbuka dan bersahur.

P.S: Kalau ada teh tarik hari itu ambil juga dengan cawan plastik saya bawa.


Friday, February 27, 2026

Ada Rezeki Tidak Ke Mana

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Begitulah kalau sudah tertulis rezeki milik saya.

Tangkap Layar 



Saya dapat tangkap layar nombor 2,000,007 pada pemilik blog Roziah Muhammad Nor pada 24 Februari 2025 pukul 8:28. Ada seorang lagi yang dapat dengan tepat iaitu CCL

Alhamdulillah hadiah selamat sampai dalam pagar rumah pukul 2 petang lebih hari ini.

Parcel Ditunggu



Buka berhati-hati.

Kotak Tertulis Vesso



Tengok ada tulisan Vesso. Dalam kotak ada kotak lain. Bagus ada 2 lapisan.

Bahagian Atas

Pandangan Hadapan VESSO Abstract Motion Tumbler 1000 ml



Tadaa. Tumbler hitam dengan penutup oren. Edisi VESSO Abstract Motion Tumbler 1000 ml. Bertambah koleksi saya dengan tumbler dengan kapasiti air yang berbeza dan jenis penutup.

Terima kasih Cie--> www.roziahmuhammadnur.com kerana anjurkan pertandingan menangkap skrin layar 2 juta. Korang boleh terjah baca blog kehidupan  seharian Cie sekeluarga. Korang bolehlah rajin-rajin komen sebab Cie akan memilih blogger yang paling banyak komen setiap bulan.

Ini tangkapan nombor yang pertama untuk 2026. Siapa selepas ini?


Monday, February 16, 2026

Kembali

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi. Lama berhibernasi. Baru sembuh selsema dan batuk selain ada kekalutan lain. Masa kenduri Makcik Cupik yang rumahnya depan sebelah rumah Uwan di Tampin pada 1 Februari itu sudah rasa tidak sedap tekak dan badan.

Ini ok sedikit ada tinggal batuk ringan. Kepalapun tidak kabur bolehlah tulis. Jadi sebagai pemanas tulisan, saya letak bunga telur yang saya dapat masa pergi majlis resepsi perkahwinan di Balai Panjang pada Sabtu lepas (14 Feb). Bunga telur dengan riben warna hijau zaitun dan putih. Cantik sebab ada reben warna kegemaran hijau zaitun. Sebenarnya bunga telur ini dapat bersama bertih jagung dan tisu berbentuk silinder.

Bunga Telur



Oklah tengoklah kalau saya rajin untuk tulis pasal saya pergi makan di Nasi Ayam Pak Mus dan kenduri tahlil (satu sebab banyak gambar pula ambil). Hehe sebab hendak dekat puasa tapi boleh sahaja tulis campak belakang nanti. Tengok keadaan .

Selamat menyambut Ramadhan semua. Macam biasa mesti rasa gemuruh hendak tempuh bulan Ramadhan.


Thursday, February 12, 2026

Kain Mango Vietnam

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Pos tertunda sebab tidak sihat ketika itu.

Parcel PosLaju



Alhamdulillah dapat kain pasang ke-2 daripada Cik Notie. Sebenarnya saya minta sebab penyertaan daripada orang lain masih tidak cukup 10.

Kain Mango Vietnam



Kali ini dapat kain mango Vietnam berbunga warna merah jambu. Cantik. Insya Allah akan dibuat untuk raya tahun hadapan.

Itu sahaja. Jumpa lagi.

Kain pertama saya dapat boleh klik SINI

 

Monday, January 19, 2026

Terima Hadiah Kerana Menjadi Kamu Yang Mesra Untuk Tahun 2025

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Hadiah ke-4 untuk tahun ini. Alhamdulillah. Kali ini menjadi antara kamu yang mesra 2025 untuk blog Titian Perjalanan-- ujieothman.blogspot.com. Maknanya saya antara paling banyak komen.

Maaf buka lambat kotak. Hujung minggu yang sibuk dengan kenduri dan program. Terkejut dapat emel Puan Ujie pada hari Ahad. Tengok pada status barang eh dalam proses penghantaran. Cepat betul J&T ada buat penghantaran hari Ahad. 

Sampai Rumah Hampir 10:30 Malam- Parcel Dalam Pagar



Hehe waktu tunggu barang, barang ditangguh hantar, hantar hari biasa tapi waktu tidak tunggu cepat betul sampai.

Buka Kotak Disapa Dengan Plastik Gelembung



Mari kita tengok isi di dalam.

Stokin Kaki Naelofar, Beg Tangan Gugu Dan Beg Untuk Barang Runcit



Saya dapat stokin kaki Naelofar, beg tangan Gugu dan beg untuk beli barang runcit.

Isi Dalam Beg- Ada Tali Pendek, Tali Panjang



Alhamdulillah terima kasih Puan Ujie sebab bersusah payah sediakan hadiah untuk mereka yang mesra. Saya terima dengan tangan terbuka. Tidak sabar untuk rasmikan.

Sebelum ini saya pernah menjadi kamu yang mesra. Boleh klik SINI- 2021, SINI- 2023 dan SINI- 2025. Kiranya saya dah dapat kali ke-4 untuk tahun 2026. Masya Allah.


Wednesday, January 14, 2026

Terima Kain Ela Renda Daripada Blog Saje Suka-Suka

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Hadiah ke-3 terima tahun ini daripada dunia blog. Kali ini daripada Sis Notie- Blog Saje Suka-Suka. Tq sebab anjurkan pemberian 'Give Away Baju Raya Berlace'.
Tidak sangka cepat dapat. Keputusan diumumkan 9 Januari, parcel dapat 14 Januari 11:50 pagi.


Parcel PosLaju



Mari kita buka, tengok isi dalam. 

Depan- Renda

Kain licin! Jenis renda yang saya dapat.



Belakang- Warna Pic



Belakang. Warna pic berbeza yang saya bayangkan. 

Perbandingan Warna Pic

Ini bandingan tanpa lampu cuma lampu daripada telefon bimbit.

Saya ada baju kurung kain licin warna pic tapi berbeza bayang (shade) dengan kain renda kosong pic yang diterima. 

Perancangan saya hantar buat jubah. Tengoklah kalau ada yang terima kain ini untuk buat raya tahun ini. Kalau tidak mungkin buat lewat untuk raya tahun depan.

Semoga Allah melimpah rezeki yang berkat untuk Sis Notie.

P:S: Tidak sabar tengok kain ela blogger lain dapat.

 

Friday, January 9, 2026

Terima Hadiah Pengomen Utama Blog CCL Bulan Disember 2025

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Terima hadiah kedua untuk tahun ini.

Kali ke-3 dapat hadiah daripada CCL sebab jadi pengomen bulanan. Penutup tahun 2025 jadi pengomen UTAMA bulan Disember

Kali pertama klik SINI
Kali ke-2 klik SINI

Alhamdulillah hadiah selamat tiba daripada Shopee Express. Mula-mula macam ada drama sebab parcel tidak bergerak. Kena bagitahu CCL sebab nanti dia pelik saya diam sahaja pasal barang. Rupanya barang saya itu kena batalkan oleh si penjual pertama.

Jadi ini pesanan kedua CCL buat dan ia berjalan lancar.

Shopee Express hantar senyap sahaja. Tengok-tengok sudah hantar. Tengok depan pintu pagar tiada. Maka kenalah jenguk pada peti surat yang ternganga besar tidak ditutup. Adapun.

Parcel Shopee Express



Wah ikut perkembangan dapat termos besar. Tengok adik saya guna bawa jalan dalam kereta. Tidak sangka saya dapat satu. Nanti hendak guna. Mungkin bawa jalan dan tinggalkan di kampung Tampin. Hehe mungkin bawa jalan naik bas dengan guna beg-beg para blogger bagi.

Termos Hitam Besar



Tq CCL. Semoga murah rezeki dan diberkati Allah.


Sunday, January 4, 2026

Terima Hadiah Top Commentators 2025 Daripada Blog Secawan Kopi, Sekebun Cerita

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...



Alhamdulillah konsisten komen di blog Nur sepanjang 2025 maka menjadi orang ke-2 yang komen terbanyak. Semua dengan izin Allah jua bagi kelapangan dan kemudahan untuk saya rajin komen blog Nur. Bukan semua blog saya rajin komen.

Top Commentators-292 Komen



Cepat betul barang yang Nur pos guna PosLaju sampai. Saya bagi maklumat peribadi hari Khamis, Nur pos hari Jumaat dan semalam (Sabtu) pagi sampai. Cuma saya tiada di rumah kerana balik kampung maka hari ini baru dapat buka parcelnya. 

Beg Kecil Dengan Nota Terima Kasih 



Mula-mula buka nampak beg kecil dan nota terima kasih. Ingatkan itu sahaja. Beg ini banyak zip. Macam beg doraemon. Seluk-seluk setiap bahagian ada isi.

Dari Kiri: Buku Perancang 2026, Tudung Bawal Hijau, Beg Duit Pangkor, Bekas Makanan. Tengah Nota Terima Kasih



Seluk sekali lagi di poket lain tengok ada rantai kunci comel dan berbulu lembut.

Terlupa Ambil Gambar Beg Coklat. Barang-Barang Yang Dapat. Tengah Berwarna Merah Jambu Ialah Rantai Kucing Comel



Terima kasih Nur atas susah payah menghantar, membalut dan beri ingatan kasih sayang barang yang dihantar. Ada makna setiap barang yang diberi. Semoga Allah murahkan rezeki Nur dan dirahmati Allah sekeluarga.

P.S: Benda saya hendak, saya dapat. Segala Puji Bagi Allah.
Teruskan rasmikan buku perancang itu.

Saya sudah terima 2 kali sebagai tukang komen utama pada tahun 2020- klik SINI dan 2024- klik SINI. Jadi ini yang ke-3.
Harap ada rezeki lagi untuk jadi tukang komen utama tahun 2026. Amin.