Nuffnang

Monday, September 23, 2013

Selamat Tinggal


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedih. Esok saya akan pulang ke Malaysia. Penerbangan dalam pukul 6 pagi lebih. Betapa saya seronok di sini. Sukakan suasana yang masih penuh dengan keindahan alam semulajadi: pokok-pokok, bunga-bunga. Cuacanya yang dingin yang sekali-sekala datang angin yang sungguh sejuk dari Antartika. Untuk pengetahuan yang masih belum tahu New Zealand ni sangat dekat dengan Antartika. Saya baru tahu juga apabila hari Rabu lepas saya pergi Pusat Pameran Antartika. Kalau dalam km, jarak Christchurch dan Antartika ialah 4720.20 km. Kalau dalam batu nautika ialah 2548.70. Antartika ni benua yang paling sejuk, paling kering (lebih kering daripada gurun panas) dan paling kuat angin. Hehe pengetahuan diambil daripada pameran. Takde salji cuma air batu. Jadi bayangkan angin dari Antartika ni berhembus ke Christchurch. Sejuk nak mampus. Ada hari saya pakai 2 lapis baju sejuk campur baju biasa. Kira 3 lapis ler. Abah saya macam tak puas hati saya pakai tebal-tebal atau dia kata baju saya pakai bukan baju sejuk menawarkan diri belikan baju sejuk yang sebenar-benarnya. Beli di pasar minggu. Harga NZ$10. Murahlah tu. Hehe saya cakap apsal tak belikan baju sejuk yang betul-betul macam orang Eskimo pakai tu, baju sejuk guna bulu binatang. Banyaklah loyar buruk saya.

Doakan keselamatan saya balik esok. Saya akan rindu layanan baik adik dan adik ipar terutama makanan. Tetap makan nasi hari-hari dengan lauk-lauk seperti di Malaysia. Jadi takdelah pulun sahaja daging kambing dengan pizza. Nyum-nyum. Akan sentiasa dalam ingatan bila rindu dengan tempat ini. 

Tak tahu bila akan lagi ke sini. Kos tambang memang tinggi bagi saya. Kena menabung semula kalau nak datang lagi :)
 

Tuesday, September 17, 2013

Musim Bunga Semakin Hampir


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Masih lagi bersiaran di Christchurch. Tinggal seminggu sebelum pulang ke Melaka. Cepat masa berlalu.

Takde buat apa sangat di sini. Pergi beli barang runcit, pasar minggu, buat BBQ, jalan-jalan petang ambil angin dan melawat Taman Botani Christchurch. Taman ni saya pernah lawat. Masih lagi cantik dan dipenuhi bunga-bunga serta pokok. Ada sebahagian kawasan masih dalam pembaikan selepas gempa bumi 2011.

Ok selamat menjamu mata. Sekarang dah hampir musim bunga.

   




Sunday, September 8, 2013

Nau Mai, Haere Mai Ki Aotearoa


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Nau Mai, Haere Mai Ki Aotearoa dalam bahasa Maori bermakna Selamat Datang Ke New Zealand. Jauh di perantauan. Diri ini di Christchurch. Kawasan spesifik. Papanui. Kesejukan menyapa kami (saya,emak,adik bongsu si M dan abah). Lapar sesangat. Pukul 1 tengahari lebih di sini. Balik rumah adik nombor 3, si H terus balun nasi ayam. Lepas tu tidur sebab tak lena tidur dalam kapal terbang. 

Melawat adik H dengan anak buah buah baru lahir si Aidan. Lahir seminggu awal. 

Saya dijangka tinggal selama 21 hari. Adik M pula sampai visa habis iaitu 90 hari. Dia insya Allah akan ambil peperiksaan. Harap dia berjaya.

Sedut udara yang berbeza memang seronok. Nyaman. Sesuai untuk diri melarikan seketika dari rumah.

 
Lauk Hari Ke-2 Sup Kambing


Aidan Di Pangkuan Emak
 
Ucu Dan Aidan