Nuffnang

Saturday, November 18, 2023

Sambut Harijadi Di Hotel Bayview

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Cerita bulan lepas. Tanggal 22 Oktober, kami mencuba bufet makanan tengahari di Hotel Bayview. Tukar angin asyik di Hotel La Crista kan? Lagipun harga berpatutan. Ada promosi seperti di bawah. Bolehlah klik gambar untuk lihat secara lanjut.

Promosi Jom Lunch Buffet


Promosi Beli 5 Percuma 1

Menu-Menu Yang Ada




Promosi Harga: RM48 bersih untuk dewasa, RM37 bersih untuk warga emas dan RM33 untuk kanak-kanak.

Beli 5 Percuma 1. Kami ada 10 orang. Patutnya adik bongsupun hendak diraikan harijadinya tapi dia ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan maka sudah tempah awal maka sambut harijadi cucu sulung emak dan abah. Tengok menunya memang menggiurkan. Pertama kali hendak mencuba jadi teruja lebih.

Kami pergi awal. Sampai pukul 11:30 pagi. Jadi kena tunggu depan Pallette Cafe tingkat 4. Ruangnya selesa untuk tunggu depan kaunter masuk. 

Papan Tanda Jom Lunch 2.0 Daripada Pukul 12-3 Petang

Dekorasi Tepi Dinding Tempat Kami Duduk Menunggu

Adik Perempuan Dengan Anak-Anaknya Menunggu D Pintu Masuk

Staf Yang Masih Menyiapkan Kawasan Bufet



Tepat pukul 12 tengahari, kaunter dibuka. Haha tapi kami lambat beratur jadi duduk belakang. Apapun kami diberi meja bulat besar. Seronok sedikit sebab banyak makanan boleh diletakkan dengan selesa. Saya tidak ambil gambar makanan setiap stesyen sebab ramai orang dan kelaparan. Ambil makanan sendiri dan ahli keluarga. Jom tengok.
Asal saya ambil buah dan salad serta lasagna sebab tempat itu tiada orang lagi. Orang ramai beratur di tempat nasi dan lauk-pauk.

Nasi Dan Lauk-Pauk Diambil Beserta Teh Tarik

Chawanmunshi Dan Coklat Krim Paf


Azim (Anak Buah) Hendak Makan Stimbot. Orang itu Sediakan Dimeja. Masa Ini Saya Sudah Kenyang Sangat. Depan Saya Ada Seketul Sushi Tinggal.



Secara keseluruhan, oklah. Biasalah ada sedap ada tidak. Macam sushi itu tidak berapa sedap. Nasi dan lauk-pauk ok. Coklat krim puf ok. Teh tarik kurang mengancam tapi masih boleh diminum. Lasagna sedap. Cuma saya perasan makanan sekarang kuat letak garam.

Insya Allah bulan ini hendak pergi lagi bawa adik bongsu sekeluarga. Hari ini harijadi Nuha, anak kepada adik bongsu. Nanti tengok kalau menu ada berubah.

Jumpa lagi.


Wednesday, November 15, 2023

Perjuangan Yang Sentiasa Diberi Pertolongan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Renungi kekentalan perjuangan rakyat Palestin.

Hadis Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:  "Ada satu kelompok daripada umatku yang sentiasa zahir di atas agama ini dan mampu mengalahkan musuh mereka. Tidak akan dapat memudaratkan mereka sesiapa yang menentang mereka melainkan kesempitan hidup yang menimpa mereka sehinggalah tiba perintah Allah (hampirnya Hari Kiamat) dan mereka tetap seperti demikian." Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, di manakah mereka itu?
Rasulullah SAW mrnjawab "Di Baitul Maqdis dan di pinggir-pinggir Baitul Maqdis."

(Riwayat  Ahmad dan al-Tabarani. Hadis hasan) 



Dalam hadis Abu Hurairah RA pula diriwayatkan Nabi SAW bersabda: " Ada satu kumpulan daripada umatku yang sentiasa berperang di pintu-pintu Dimasyq (Syria) dan kawasan sekitarnya serta di pintu-pintu Baitul Maqdis (Palestin) dan kawasan sekitarnya. Tidak akan dapat memudaratkan mereka pemulauan orang yang memulaukan mereka. Mereka tetap zahir di atas kebenaran sehinggalah berlaku Hari Kiamat.

(Riwayat Abu Ya'ala dan al-Tabarani dengan sanad daif) 



Qurrah bin Iyas RA pula meriwayatkan, sabda Rasulullah SAW: "Sekiranya binasa ahli Syam (wilayah besar yang melipuri Palestin, Jordan, Syria dan Lubnan), makatiada lagi kebaikan pada kamu sekalian. Ada satu kelompok daripada umatku yang sentiasa diberikan pertolongan. Tidak akan dapat memudaratkan mereka sesiapa yang membiarkan mereka sehinggalah berlaku Hari Kiamat."

(Riwayat al-Tarmizi, katanya: Hadis sahih)



Palestine Pasti Menang. Insya Allah.






Friday, November 3, 2023

1010: Kenduri Tahlil

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar-sedar sudah masuk bulan November.

Mak Lang ajak ke kenduri tahlil pada 10 Oktober iaitu 10.10. Memandangkan hari Selasa bukan waktu cui umum maka tidak ramai saudara-mara datang tapi jiran-jiran Mak Lang di Jelai ramai menghadirkan diri.

Kenduri bermula pukul 2 petang tapi pukul 2:30 petang baru bermula.

Uwan Di Tengah Bertudung Coklat



Uwan bertudung coklat. Waktu ini belum ramai orang. 

Tempat Letak Buku Yasin Dan Air Kosong



Tempat letak buku Yasin dan air untuk dibaca. Menjelang pukul 2:20 petang sudah ramai orang yang duduk di dalam. Jadi ada yang terpaksa duduk di luar dekat tempat makan bufet.

Tempat Bufet Di Beranda Rumah



Pukul 3 tamat dan jamuan bermula. Saya makan di beranda duduk bersila sambil menikmati cahaya matahari dan sesekali angin bertiup.

Saya mula-mula ambil bihun soto.

Bihun Soto. Tidak Nampak Bergedil Pula Padahal Ada Ambil




Spageti goreng.

Spageti Goreng. Auliya Punya Asalnya Tapi Dia Tidak Tahan Pedas



Pulut bersama sambal. Ini paling sedap. Pulut secukup lemak dan lembut. Sambal yang tidak terlalu masin dan pedas.

Pulut Bersama Sambal



Sup cendawan. 

Sup Cendawan



Ada juga kuih-muih. Ingat hendak ambil koci apabila sudah makan semua di atas tapi koci sudah habis. Ada kuih lain macam popia sira, kuih keria tapi tidak ambil.

Air pula saya cuma minum air yang diletakkan untuk bacaan Yasin. Tidak berani minum air sejuk atau cendol waktu panas terik.

Hampir Asar kami minta diri daripada Mak Lang untuk pulang.