Nuffnang

Tuesday, December 29, 2020

Spiral Crocheted Bag

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya dapat beg ini sebagai hadiah. Beg krocet. Warna-warna pelangi.

Spiral Crocheted Bag



Selain itu dapat magnet peti sejuk dari Pulau Pangkor.


Fridge Magnet



Hadiah ini daripada blogger Iamaslowrunner-> iamaslowrunner.blogspot.com
Cantik hasil tangan Puan Nur.

Sebelum buka bungkusan, ada nota.


Nota Merah Jambu



Magnet peti sejuk telah diletakkan pada peti sejuk.
Saya akan guna beg ini nanti. Terima kasih kerana beri saya peluang untuk terima hadiah ini. Hasil tangan yang cantik.


Monday, December 28, 2020

Lawar Bachang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
 
Julung-julung kali semalam saya dapat makan lawar bachang di kenduri sepupu saya bertunang semalam. 


Buah Bachang



Maklang banyak bawa buah bachang. Maka keputusan untuk buat lawar. Pertama kali tahu dan makan lawar bachang.

Lawar bachang terdiri daripada bachang ditakik pada buah, bawang besar dihiris, cili besar dihiris, sedikit belacan, lada hitam halus dan santan (sama ada dimasak atau guna air masak) dan garam secukupnya. Macam kerabu cuma beza ada lada hitam dan belacan. Kerabu pula guna kerisik.


Lawar Bachang



Rasa ada manis, masam dan wangi daripada bachang. Bolehlah pada tekak tapi sekadar merasa. Hehe. Belum ada rasa suka.


Saturday, December 26, 2020

Bungkusan Sudah Sampai

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Alhamdulillah bungkusan yang ditunggu sudah selamat sampai.  Kotak empat segi tepat yang dibungkus dengan sangat cermat dan kemas. Terima kasih pemberi hadiah ini iaitu Azhafizah MN pemilik blog sihatimerahjambu. Saya memenangi tempat ke-3 senarai pemberi komen tegar. Fizah seorang yang rajin melawat blog orang. Bolehlah sesiapa hendak melawat blog, taip www.azhafizah.com

Kotak  Berwarna Coklat 




Proses membuka kertas minyak dengan teliti. Buka kotak pula, terdapat penanda buku menyapa mata. Rekabentuk kedesaan (rustic) dan unsur kayu (wood). Berbaloi disimpan untuk menanda buku.


Penanda  Buku  Menyapa Mata



Ianya lampu bola raga yang menggunakan USB. Mari kita gunakan sama ada ia berfungsi atau tidak. Letak bola raga itu berhati-hati atas binaan kayu.

Lampu Bola Raga Merah Jambu Setelah Dihidupkan



Berjaya! Ia berfungsi dengan baik. Puas hati. Terima kasih Fizah. I am honored to get your present.


Friday, December 25, 2020

Memori

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Perjalanan hidup sudah jauh ditempuhi. Ada ketika sudah memaafkan tetapi kenangan masih menghantui.

-No matter how far we travel, the memories will follow in the baggage car
August Strindberg

Saturday, December 12, 2020

Restoran Cambodia Sup

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Ahad lepas, kami pergi ke Restoran Cambodia Sup untuk bersarapan. Memang bercadang untuk mencuba semasa kami ke Warung Nasi Ayam Hailam Pak Husin. Memang tidak jauh antara restoran ini dengan warung tersebut. 

Tanda Nama Besar Terpampang Cambodia Sup



Restoran ini senang dilihat tepi jalan TMR 2, Taman Tanjong Minyak Ria. Perhati, insya Allah tidak akan terlepas.

Tanda Batu Taman Tanjong Minyak Ria



Ia menyediakan makanan dari Thailand, Vietnam dan Kemboja. Pelbagai makanan dan minuman disediakan dengan harga berpatutan. Antara hidangan menarik perhatian saya ialah popia Vietnam, nasi ayam daging salai, laksa Thailand, Ban Chew, kuew tiaw Champa, kopi Vietnam

Seleksi Menu (Bahagian Dalam)



Seleksi Menu (Bahagian Luar)


Saya memilih laksa Thailand. Rupa paras macam laksa lemak Melaka. Rasa pula macam laksam. Ia menggunakan bihun. Sedap kombinasi masin dan masam cuma tidak pedas ,menggunakan banyak sayuran dan ulam jadi banyak unsur rangup. Saya boleh katakan makanan sihat. Saya sahaja pilih makanan berat yang berkuah  untuk makan lewat tengahari.

Laksa Thailand



Bercadang untuk datang lagi untuk mencuba ban chew dan popia Vietnam. Tidak lupa kopinya juga.
Abah mencuba mi dan emak pula memilih nasi ayam daging salai. Ada 2 protein utama.

Sesiapa berminat bolehlah datang ke sini di Tanjong Minyak Melaka.

Hadiah Planner Untuk Saya

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selepas berehat-rehat setelah selesai sarapan, terdengar bunyi hon.

Bungkusan Merah Jambu



Abah beri bungkusan. Bungkusan untuk saya. Saya rasa keadaan lekuk bungkusan. Macam buku. Teruja hendak tahu buku apa.

Buka sahaja  nampak tajuk LIVE LIFFE TO THE FULLEST- PLANNER 2021. Saya memang teringin hendak ada jurnal khas. Saya ada jurnal biasa yang beli buku log A5. Wah macam tahu sahaja.

Planner 2021



Terima kasih Shikin Razali. Saya kira saya pengunjung tetap blognya. Semoga murah rezeki. Pembaca, silalah melawat blog Shikin-> www.shikinrazali.com

Bungkusan Besar Dan Berat



Pada cerita lain berkaitan bungkusan, semalam ada barang untuk abah semalam. Sudahlah hantar waktu hampir solat Jumaat (abah sudah pergi masjid), barangnya besar gila dan berat sampai kena tolak masuk rumah.

Saturday, December 5, 2020

Mr. Kerabu Mangga Wan Romeo Gedebak Gedebuk

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Nama gerai agak menarik kan?
Pertama kali melihat ketika masuk kedai 'Nasi Ambeng Mama' pada hari Selasa tengahari. Tidak perlu diperkenalkan kedai 'Nasi Ambeng Mama', selalu bungkus bawa balik sebab nasi banyak. Memang akan dibahagi 2 untuk makan tengahari dan petang.

Seleksi Menu

  • Pecel lele hitam manis
  • Ayam penyet kerabu mangga
  • Daging sate goreng bermadu kasih sayang
  • Butter chicken setia menanti

Memandangkan hendak makan di kedai maka cuba makanan gerai ini. Saya mencuba ayam penyet kerabu mangga. Kacukan masakan Indonesia dan Thailand. Ini pendapat saya. Tertarik hendak merasa kombinasi kerabu mangga dan nasi bersama ayam penyet.

Ayam Penyet Kerabu Mangga



Ok sedap, ayam pun besar. Cuma guna sambal tumis. Saya lagi suka sambal penyet. Kombinasi dengan kerabu buat meriah rasa masam, manis sedikit, masin dan pedas. Ada sup disediakan tapi tidak pasti bersama hidangan saya atau untuk abah. 

Boleh cuba hidangan lain pula.

Seperti saya beritahu, gerai ini dalam kedai 'Nasi Ambeng Mama'. Popular di kalangan penuntut Utem. Bangunan kedai di Taman Tasik Utama berhampiran MITC.