بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
28 Disember 2025
Di kampung di Tampin, saya suka ke pekannya naik bas. Dari perhentian depan Masjid Kariah Repah tambang ke pekan sebanyak RM0.90 atau RM1.00.
Ini coretan untuk pergi gunting rambut. Temujanji pukul 10 pagi tapi keluar awal sebelum pukul 8 pagi. Saja takut hujan lebat (ikut ramalan)
Pukul 8 pagi lebih dah sampai. Singgah Bank Islam.
Kemudian ke Mydin Pulau Sebang. Menyelusuri bawah kedai-kedai sebagai teduhan. Cuaca mendung. Pergi surau di Mydin sekejap. Ketika berjalan, keadaan lengang, kedai-kedai belum buka. Saya suka pergi awal waktu orang kurang.
Selepas laksanakan segala perkara, keluar daripada bangunan Mydin. Hujan sederhana. Terpaksa redah guna beg plastik beli-belah. Berjalan menuju ke kedai gunting rambut yang tidak jauh daripada Mydin. Niat untuk tunggu depan kedai gunting rambut. Belum pukul 10 pagipun ketika itu. Rezeki dapat gunting awal pada pukul 9:15 pagi ketika itu dan selesai pukul 10 lebih. Hujan masih turun. Niat nak pergi ke Richeese. Pergi sana, kecewa sebab menu set yang saya nak tiada. Masa sejuk-sejuk terfikir nak makan bersup atau laksa. Pergi ke Restoran Melati, tiada laksa. Patah balik ke Mydin tetiba rasa perlu habiskan MySara. Masuk beli-belah. Keluar tengok keadaan hujan lebat. Lepak sambil baca suratkhabar. Masa ini sudah pukul 12 lebih. Lapar. Kena cari makan. Pergi ke medan selera Mydin pula akhirnya. Medan selera berbeza daripada lawatan saya sebelum ini. Sudah berwajah baru. Nampak ada stesen jual laksa tanpa fikir panjang terus pesan. Kemudian pesan teh tarik pada stesen minuman.
Laksa itu kuantiti tidak terlalu banyak. Jadi tidak rasa terpaksa habiskan.
Keluar keluar balik keadaan masih hujan. Fikir-fikir baik solat Zohor dahulu sebelum balik. Alhamdulillah lepas solat, hujan berhenti terus. Balik lalu semula ke kedai gunting rambut.
Singgah Mr.DIY. Kemudian masuk kedai kurma, beli kurma madu 3 kotak. Kemudian menapak ke Perhentian Pulau Sebang.
Naik bas, selamat sampai pukul 2:30 petang. Alhamdulillah tujuan utama potong rambut tercapai.🙂
Gembira cara sendiri. Salah satu cara untuk bersendirian dan berjalan banyak.












