Nuffnang

Wednesday, February 16, 2011

Renungan

"Sebaik-baik manusia adalah orang yang baik perangainya."


                                                           -Hadis Riwayat Tabrani-









Monday, February 14, 2011

Cinta, Keghairahan dan Tumpuan



(Ini bukan tulisan jiwang tapi tulisan menyatakan pendapat sendiri berdasarkan pengalaman)

Gambar hanyalah hiasan semata-mata diambil daripada kamera sendiri

 

Assalamualaikum....

Pada saat ini terfikir mengenai CINTA dan KEGHAIRAHAN (LOVE and PASSION).  Mula-mula kerana tengok siri di Travel Channel tajuk "Cruises We Love". Kemudian terfikir pula pasal Carla, peserta Top Chef. Saya rasa dia atau Richard yang akan memenangi Top Chef All Stars. Carla dengan watak gila-gila, ceria dengan moto "Cooking With Love".

Bagi saya memang begitulah, apa-apa yang kita lakukan perlu ada rasa CINTA, KEGHAIRAHAN sepenuh JIWA. MINAT terhadap sesuatu yang akan menzahirkan KEGHAIRAHAN.Tapi jangan lupa NIAT dalam segala perbuatan yang akan kita lakukan AGAR terkawal perbuatan. Walaupun hanya perkara-perkara yang kita anggap kecil atau remeh seperti bercakap (eh bercakap perkara PENTING kan? Salah satu cabang komunikasi) Bercakap sesuatu mesti daripada lubuk hati (maksudnya apa yang kita cakap sama dengan HATI), menumpukan apa yang kita nak luahkan disampaikan dengan penuh makna ( BUKAN merepek) dan mendengar jawapan balas daripada orang yang kita lawan cakap dengan TELITI supaya kita tidak dianggap tidak mengambil perhatian. Saya pun kadang-kadang lepa dengan hal ini bila kadang tak dapat memberi perhatian kerana fikir hal lain ketika itu. Saya ambil jalan penyelesaian kalau saya rasa saya tak dapat TUMPUKAN perbualan apabila ada orang ajak berborak, saya tak akan terlibat untuk berbual. Saya akan minta diri dan apabila saya dah bersedia barulah saya teruskan. Harap-harap itu adalah cara terbaik untuk tidak mengguris perasaan orang.

Pada situasi lain pula, mengenai emel yang dikehadapankan (e-mail forward). Setiap orang ada pandangan dan penerimaan. Baiklah untuk saya pula, saya tidak kisah terima emel yang dikehadapankan asal emel itu sangat berguna dan baik untuk memperbaiki diri saya. Cuma bila dapat emel daripada orang yang tidak dikenali yang memberi emel dikehadapankan, saya tertanya sapa ni? Tidak boleh ke dia perkenalkan diri dan juga saya harap emel dikehadapankan itu orang tersebut menulis sedikit tentang emel yang dihantar. Kadang-kadang takut nak buka emel yang ada dilekatkan dokumen. Kalau tak terangkan, memang saya terus buang. Saya rasa kita kena adab untuk menghantar emel yang dikehadapankan supaya orang yang menerima tak rasa menyampah dengan kita. Kita tiada diajar hal ini mengenai Internet/Cyber Ethics tapi cuba kalau kita bayang dalam alam nyata, orang bagi sampul surat kat peti surat dengan nama dan alamat (kita tak kenal) dan kita tidak tahu kandungannya. Adakah kita akan membuka atau terus buang? Macam saya, buka jugalah nak tahu kandungannya tapi risiko juga kan tak tahu apa kandungan surat tu. Ini pandangan saya. Hal ini subjektif sebab macam saya kata kita tidak belajar Cyber Ethics, adab berkomunikasi di alam maya. Mungkin juga orang berpendapat tak boleh samakan adab di dunia nyata dengan adab di alam maya. Ya mungkin juga kerana persekitaran berbeza antara 2 DUNIA. Cewah. Tapi rasanya PRINSIP tetap sama. Kita tegur orang mula-mula beri salam (prinsip). Kalau di alam nyata:kita bersalam (mahram) dan memberi salam (lontaran suara). Kalau di alam maya: kita menulis perkataan salam. SAMA tapi TAK SERUPA. Haha, jangan pening dengan tulisan saya.

Jadi apa pandangan anda?