بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah dapat hadiah kerana tangkap nombor 1,111,111 di blog Shikin Razali.
Memula ada drama. Hehe sebenarnya hadiah ini sudah sampai hari Selasa (14 September) Masa itu abah ambil. Saya pula di bilik tidur memang tidak dengar pula van J&T datang.
Rasanya hari itu macam kelam-kabut sedikit. Mak dan abah tiba-tiba ambil keputusan hendak balik kampung. Saya ditinggalkan pesan untuk jaga rumah. Emak kata mungkin barang abah yang akan dihantar secara COD tiba hari itu. Oklah saya tinggal seorang dengan duit. Untuk elak takut van datang saya tidak perasan, saya duduk bawah sahaja, pintu dapur dibuka supaya senang hendak keluar. Sekali sampai esoknya tunggu tiada.
Eh sebelum itu saya nampak ada satu kotak di tepi tangga. Saya ingatkan adik punya sebab abah tidak beritahu. Sebelum itu ada barang adik ada sampai. Saya memang terus letak kotak dalam bilik adik. Tidak tengok nama. Tidak tergerak hati.
Sekali esoknya, Shikin whatsapps tanya barang sampai elok ke. Saya cakap barang tidak sampai lagi. Nanti sampai saya beritahu.
Kemudian Shikin whatsapps status barang saya sudah dihantar dan diterima. Maaflah Shikin otak serabut, fikir benda lain. Haha tunggu barang abah, barang sendiri sudah sampai tidak perasan. Terus terfikir eh kotak yang dapat hari Selasa itu barang saya sendiri ke? Gelabah cepat-cepat pergi ke bilik adik. Tengok nama pada kotak. Memang ya. Cepat-cepat bagitahu Shikin sudah dapat dan terus buka tengok dalam kotak.
Haha hendak pasang lampu tidur pun mencabar sebab hendak keluarkan daripada kotak sangat ketat. Lega barang selamat sampai dan berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. Macam rollercoaster. Lampu tidur ini ada 2 lampu. Satu guna mentol satu memang tersedia di kaki lampu. Lampu dipantulkan melalui kristal.
Tahu tidak barang abah masih tidak sampai. Ini ok lagi sebab COD. Aduh sabar sahajalah menunggu barang tidak sampai.
Maaf Shikin, otak akak serabut hari itu.
Apapun terima kasih Shikin. Hehe harap tidak serik anjurkan peraduan. Maaf atas kelemahan akak.
P.S: Rasa serabut dengan macam-macam perkara. Doakan semoga dipermudahkan urusan ya. Terima kasih.