Nuffnang

Wednesday, January 21, 2026

17 Januari 2026: Majlis Tahlil Dan Doa Selamat - Tok Rosli

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

Satu lagi majlis tahlil dan doa selamat diadakan pada hari yang sama tapi sebelah malam dan dibuat di Masjid Kariah Repah. Tok Rosli ini kira sepupu Uwan yang duduk sebelah rumah Uwan. Saya pernah cerita saya pergi kendurinya tahun lepas. 

Petang itu tanya saudara-mara, Emak dan adik-adik. Adik perempuan saya, saya, Abah dan seorang anak buah pergi. Mereka yang lain yang ada mungkin penat. Adik perempuan cakap serba salah tidak pergi sebab Tok Rosli dan Wan Safiyah itu hadir masa majlil tahlil kami.

Dekat Maghrib saya berjalan menuju masjid. Adik dan suami, Abah dan anak buah naik kereta masing-masing.

Tengok sudah ada jemaah wanita yang menunggu azan.

Menunggu Azan Maghrib




Lepas solat Maghrib baru dimulakan bacaan Yasin dan tahlil.

Bacaan Yasin Beramai-Ramai



Lepas solat Isyak barulah ke jamuan makan di sebelah tempat solat. Lapar sebab memang tidak makan berat waktu petang. Jemaah sudah ada yang makan.

Meja Makan Jemaah Wanita

 
Jemaah Lelaki Beratur Ambil Makanan


Makanan yang saya ambil- nasi beriani, ayam masak merah, daging kambing masak hitam dan papadom. Tidak lupa sepotong tembikai. Air pula teh tarik. Ringkas tidak banyak lauk untuk dipilih. Hari itu hari minum teh tarik sahaja. Saya suka air teh tarik ini sebab tehnya kuat. ☺ Saya makan di kawasan solat tapi pelik tiada yang masuk makan sebab dekat meja makan wanita penuh. Jadi saya keluar semula rupanya ada yang makan di tikar. Memandangkan saya nampak kerusi kosong sebelah adik, saya sambung makan di situ.

Pinggan Saya


Lepas ambil makanan, salah seorang keluarga Tok Rosli bagi cenderamata. Rajin betul mereka sediakan walaupun untuk majlis tahlil. Semoga diberkati keluarga Tok Rosli sekeluarga.

Mini Sejadah Gebu Dan Tasbih Elektronik



Alhamdulillah kenyang betul makan. Banyak nasi yang Makcik Malini *sebaya umur tapi pangkat 2 pupu dengan Emak* Balik jalan kaki juga.



Tuesday, January 20, 2026

17 Januari 2026: Majlis Tahlil Dan Doa Selamat - Uwan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

(TULISAN INI BANYAK GAMBAR. IA SEBAGAI KENANGAN UNTUK SAYA SEMENTARA UWAN MASIH ADA)

Majlis tahlil dan doa selamat diadakan di rumah Uwan seperti biasa sebelum Ramadhan. Istimewa dibuat sempena peristiwa Israk Mikraj. Satu khemah diletakkan bersebelahan kawasan tempat letak kereta bertutup. Ada juga tempat makan berbumbung di hadapan rumah Mok.

Sarapan pagi disediakan untuk mereka yang datang awal sebelum majlis tahlil dijangka bermula pukul 11:30 pagi.

Meja Khemah




Meja Makan Sebelah Kanan (Depan Rumah Mok)


Sarapan Pagi ini ketika awal pagi. Ketika hampir waktu tahlil beranak-pinak makanan dengan cheesekut, seri muka, spageti bolognese dan lain-lain. Makanan disediakan secara potluck oleh anak-beranak Uwan.

Pulut Kuning, Sambal Ikan Bilis, Lempeng, Serawa Durian (Bekas Bertutup Pinggan), Kuih Lapis, 

Koci, Karipap, Donut



Tengahari pula nasi dengan lauk-pauk. Kebanyakan lauk Makchek sediakan macam sambal daun kayu, sambal udang, ayam kampung masak cili api. Lauk-lauk lain anak-anak Uwan yang lain sediakan sekurang-kurangnya 1 lauk. Permulaan lauk-pauk yang ada. Macam biasa beranak lagi lauk-pauk menjelang majlis tahlil macam rendang betik muda, kari daging. Lauk memang banyak.

Sambal Kayu Dan Masak Lemak Pucuk Tangkis


Pucuk tangkis atau Neptunia olaracea


Pandangan Dekat



Pucuk Ubi Dengan Sambal Gila


Dari Dekat Ke Jauh: Sambal Udang, Beefstick, Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api, Labu Masak Lemak


Ayam Goreng Tepung


Air: teh tarik, kopi o, sirap ais dan lemon soda biru.

Majlis tahlil dan doa selamat bermula dengan dipimpin Imam Masjid Repah. Majlis bermula sedikit awal pada pukul 11 pagi kerana orang sudah ramai dan Imam datang awal. Alhamdulillah selalu merungut majlis bermula lewat tapi kali ini awal 

Bacaan Tahlil Bermula

Bacaan Tamat




Orang Bersurai Ke Khemah


Kali ini ramai orang yang menghadiri majlis tahlil sampai nasi tidak cukup mungkin sebab kami buat bukan cuti sekolah tapi cuti hujung minggu yang buat orang boleh melapangkan masa untuk datang. Beberapa kali masak nasi sampai pukul 1 lebih baru orang beransur kurang.


Orang Ramai Beratur Ambil Makanan



Sebenarnya buat doa selamat mohon kesembuhan untuk Uwan yang didignosis kanser tekak. Sedih juga.

Makcik Cupik Menangis Peluk Uwan


Makanan saya anbil apabila orang ramai sudah reda. Tidak mampu ambil semua lauk.

Nasi, Sambal Udang, Bifstik, Labu Masak Lemak, Pucuk Ubi Celur Dengan Sambal Gila, Ikan Masin, Sambal Belacan Dan Teh Tarik



Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Lauk ada yang habis. Lauk tinggal boleh bagi bungkus untuk saudara-mara dan kami di rumah Uwan. Saya bawa termos air ingat nak ambil teh tarik tapi habis. Beza macam tahun lepas air teh tarik banyak. Kali ini air semua habis kecuali kopi o panas ada banyak baki.