Nuffnang

Saturday, May 1, 2021

Ramadan 1442H

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Sedar tidak sedar sudah masuk 19 Ramadan. Begitu cepat masa berlalu. Bagaimana Ramadan kalian? Ada bolos? Penuh lagi? Harap-harap puasa dan amal ibadat dilakukan diterima oleh Allah.

Tahun ini puasa berbeza bagi saya. Bagi memastikan saya mudah bangun sahur, saya tidur di ruang tamu. Ia dekat dengan dapur jadi bunyi bising emak abah di dapur buatkan saya terjaga. Alhamdulillah berkesan. Hari-hari sahur. Harap-harap berterusan. Insya Allah. Memang tidak selesa tidur di ruang tamu tapi demi merebut fadilat dan pahala maka ia perlu dibuat. Ini untuk saya. Bagi orang lain mungkin tiada masalah bangun untuk sahur.

Tahun ini dapat solat tarawih jadi dapatlah berbuka di masjid. Mak dan abah memang berbuka di sana hampir setiap hari di sana. Saya kadang-kadang pergi sebab kadang-kadang hendak makan masakan sendiri. Kami bertiga sahaja jadi kadang-kadang tidak berbaloi masak sangat. Saya pula makan sedikit jadi malas berbuka di masjid sebab banyak sangat makanan. Haha pening hendak habiskan. Jadi kadang-kadang selesa berbuka di rumah, makan sedikit, solat Maghrib, sambung makanan berat. Kemudian baru solat Isyak, tarawih dan solat sunat lain.

Tahun ini nampaknya beraya bertiga, tiada 2 orang adik di perantauan dan seorang lagi di Selangor.

Malahan saya tidak belum berkesempatan berjumpa dengan anak buah baru. Adik saya lahirkan anak lelaki bernama Aqil pada Februari di Brunei. Ini gambar terkini.

Muhammad Aqil

Harap istiqamah buat terbaik untuk Ramadan. Saya hendak banyak berdoa terutama waktu hampir berbuka dan bersahur. Insya Allah.

Jumpa lagi.

22 comments:

Atiqah Najihah said...

Sudah pasti sudah bolos hahaha.
Alaa comelnya si aqil tuu tak ada rambut. Debab hehehe.
Aamiin kak NA, semoga kita semua istiqamah buat yang terbaik dalam bulan yang mulia ini.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Salam ramadhan ke 19

NA said...

Botak kena cukur rambut.
Amin. Insya Allah.

fairus said...

Alhamdulillah.. Puasa ok. Tarawih pun belum pernah tinggal lagi. Semoga istiqamah hingga ke akhirnya. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼

Cik nadya said...

alhamdulilah.. sy kalau makan bertiga ngn laki n anak.. mmg makan 1 jenis jaaa. balik kampung jadi berjeniis2 makanan. peninggg. tp nak rasa semua.. :)

Norlaili A Wahab said...

salam 10 Ramadan terakhir NA. malam ni pun malam ke-21 dah kita :)

Farrah MF said...

Semoga kita semua diberi kelapangan dan kesihatan yang baik untuk terus merebut ganjaran Ramadan.

Comelnya si Aqil 😊

Nur said...

Alhamdulillah. Saya hari-hari bangun sediakan sahur, walaupun hari uzur.
Comei Muhammad Aqil. Sedap nama. :)

Hans Hanis said...

sedar-sedar lagi 9 hari dah nak raya
cepat betul ramadan nih berlalu kan

Nour Adieb said...

Alhamdulillah, masih penuh 20 hr ramadan. Sahur pun alhamdulillah lom miss lg

norhidana said...

sudah bolos di awal puasa tu kak...
buat masa ni 2 beranak tu belum bolos lagi, AIyan pun masih gigih berpuasa walaupun bila dia sekolah, alhamdulilah...

kat rumah dana la yang jadi tukang masak untuk sahur, jadi alarm tu bila bunyi kene terus bangun kalau tidak boleh terlajak, heheheh

Ujie Othman said...

Alhamdulillah dapat juga Na bertarawih di masjid. Saya belum lagi, masih buat di rumah.

Bab masak tu, ikutkan memang tak berbaloi memasak bila ahli rumah sikit/tak makan banyak. Cuma kali ni saya terpaksa jugak masak, sebab nak ikut selera tekak sendiri. Sini pulak tak banyak pilihan nak membeli. Mungkin sebab makin berusia, tekak makin cerewet.

Kak Feni said...

Cepat masa berlalu kan. Tinggal berapa hari je lagi nak habis Ramadhan. Tahun depan tak tahu boleh rasa lagi ke tak

Azhafizah MN said...

Hari ni dah masuk 22 Ramadan. Cepat masa berlalu. Alhamdulillah setakat ni tak pernah tertinggal sahur lagi. Syukur dapat bangun pada waktunya. Sama-samalah kita menambah amalan di bulan puasa ni. Moga moga segala amalan kita diterima Allah. Aaminn...

Shikin Razali said...

Alahai, cute nya anak buah akak..🥰🥰 semoga kita semua dilindungi Allah.. dah tak lama lagi Ramadhan akan tinggalkan kita..

nayfatimahrasyid said...

Cepat betul msa berlalu

nohas said...

baru sehari terbabas sahur..Alhamdulillah, tahun ni dapat solat terawih di surau..kena ikut SOP..

Mrs. A said...

Mrs. A awal-awal sudah bolos.
Semoga kita dipertemukan malam Lailaturqadar InSyaAllah

dear anies said...

jgn tanya org pompuan...diorg mesti ada ponteng hahahah tp x pe. kita masih boleh buat pahala dlm bln mulia ni...

SalbiahM said...

Bolos sebab Allah bagi cuti tu tak boleh buat apa la. Alhamdulillah saya jenis senang bangun.

dear anies said...

omey nyerrrr aqil!

babYpose said...

Alhamdulillah. Sammalah berbanyak berdoa masa berbuka dan bersahur. Maaf sis NA, sebab terlambat sikit, saya akan update juga nanti.