Nuffnang

Monday, August 14, 2023

Yupi Gummi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Abah masih lagi berada di Hospital Melaka (HM) Wad AG. Masuk ke sana dari HAG ke HM pada 4 Ogos. Ingatkan terus tebuk untuk dialisis tapi banyak benda tidak stabil lagi. Darah merah abah rendah. Kena masuk darah. Lepas itu hari ini buat CT scan pukul 2 petang. Harap urusan dipermudahkan. 

Oklah berbalik pada tajuk. Mula-mula diminta gummy itupun saya macam kabur. Saya angguk sahaja masa dengar hendak gummy worms dan coca-cola.

Memandangkan srjak akhir-akhir ini rajin ke hospital, sebelum pergi atau selepas ke hospital akan singgah ke kedai. Mula-mula nampak di Family Store jenama Yupi untuk coca-cola. Worms tidak jumpa di sini.

Singgah Chong Hoe, ada bentuk worms. 7E ada bentuk pizza dan coca-cola.

Yupi Giant Cola Dan Gummi Pizza

Isi dalam Gummi Pizza.

5 Keping Dalam Gummi Pizza



Macam pizza peperoni kan?

Begitulah permintaan yang harus ditepati. Mula-mula tengok ada pengesahan halal. Alhamdilillah ada. Ini rupanya produk dari Indonesia. Hehe. Hargapun tidak mahal sangat. Lingkungan RM1.80-RM2.20 satu. Tengok tempat dan jenis gummy.

33 comments:

AzianKhalil said...

anak saya pun suka beli gummy ni..Semoga abahnya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusannya

nohas said...

semoga dipermudahkan urusan abah & NA sekeluarga...semoga diberi kesembuhan yg sempurna kpd abah NA..

Faizal R said...

Semoga dipermudahkan urusan bapanya. Anak saya dulu pun minat Gummy ni. Kita pun minat juga.

Warisan Petani said...

Semoga bapa yang sakit dipermudah urusan perawatannya

Wak Lat said...

moga abah cepat sembuh., abah umo berapa tuh

Afzan said...

Pia yang dah besar tu pun pantang nampak ni mesti minta beli...moga urusan Abah dipermudahkan...InsyaAllah lepas dialisis nanti abah bertambah sihat

Suria Amanda said...

Fav anak buah SA, tapi memang x belikan la kalau dengan SA..x nak diorang makan jajan macam ni...gigi pun dah start rongak dah tu

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Moga urusan abah NA dipermudahkan oleh-Nya dan kembali sihat.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Semoga abah dikembalikan kesihatannya, insyaAllah.

Nur said...

Oooo... pernah nampak la kat kedai, cuma tak pernah beli. Ok. Hehe...
Semoga urusan hospital dan rawatan Abah NA dipermudahkan.

Ujie Othman said...

Comel ada bentuk-bentuk. Patutlah budak-budak suka 😀

Moga Allah permudahkan urusan rawatan abah NA dan segera pulih.

Amie said...

Semoga dipermudahjan urusan rawatan abah NA. In syaa Allah semuanya akan baik-baik saja.

Bola Katok said...

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Puan Hazel said...

Anak³ PH pernah gak beli gummi ni... Tak pernah pula cuba rasa :D
Mudah-mudahan dipermudahkan urusan rawatan abah NA. Susah hati betul bila parents tak sihat :(

Indonesains.id said...

boleh saya minta sedikit??? :D

mama sara nur @ Cik Nor said...

sukaa jga gummy pizza ni
budak2 jga sedapp kunyah 2
semoga dipermdahkan dan diberikan kesembuhan ayah Na. aaminn

Ammi said...

Abah ke yg mintak ni? Comel je

mama tisya said...

smoga abah cpt sembuh ..gummy tu biasa juga mkn

I am LZ said...

W'salam NA..
Semoga abah NA diberi kesembuhan dan kembali sihat..

mrhanafi said...

semoga Abah NA kembali pulih seperti biasa..kesian juga dengar ..

fanny_dcatqueen said...

Favoeit anak2 saya nih kak 🤣. Tiap bulan pasti beli untuk cemilan. Tapi saya Batasin lah tiap Minggu saja boleh makan. Soalnya saya lebih suka Yupi karena halal. Sebelum ada yupi mereka suka Harini, produk Jerman, walopun katanya aman, tapi Krn tak ada halalnya, saya sering tak kasih.

Nasib baik Yupi akhirnya buat produk ini dan halal. Salah satu perusahaan Snack besar di sini memang.

Abam Kie said...

semoga abah NA cepat sembuh dan keluar wad. Lama gak dia dlm wad...

anamizu said...

moga dipermudahkan urusan Abah NA.
legend Yupi Gummy tu! hehehe

MRENEYOO said...

Salam kenal....semoga Abah cepat sembuh..Yupi memang enak..ponakan sering jajan ini

Carneyz said...

Semoga abah NA cepat sembuh dan cepat2 balik ke rumah.
Gummy mmg tak asing lagi sbb anak no. 2 mmg suka beli ni kalau singgah di mana2 kedai runcit.

norhidana said...

moga di permudahkan urusan abah akak, diberi kesembuhan semuanya ye kak

Azhafizah MN said...

Semoga urusan akak sekeluarga dipemudah oleh Allah dan abah akak kembali sihat. Aamiinn...

Sesekali belanja anak buah, turuti permintaannya. Mesti seronok dah dapat apa yang dihajati.

mamapp said...

syahullah buat abah na.. sedap yupi gummy tu kan

nona sani said...

Suka jugak dedulu...Sebab kenyal kenyal kan..

Moga disembuhkan abahmu daripada kesakitan harini .. Aamin..

Cuya said...

Cuya suka tengok warna2 dia..tapi Cuya kurang sikit gummy2 mcm ni

Ezna Khalili said...

Kalau ada pengesahan ok tapi ada yang tak ada tu yang was was sebab takut juga diperbuat daripada tulang temulang B***.

Fieza Sani said...

Akak, klu yg gummy camni kureng sikit..tak suka liat2..penat mulut nak kunyah..hehe...

dear anies said...

rasanya yupi gummy ni dah lama berada di pasaran...peminat jajan mesti tahu punya...

secara peribadi sy memang tak pernah makan lagi gummy ni...

semoga urusan abah NA dipermudahkan. aminnnn