Nuffnang

Friday, August 4, 2023

Seminggu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ketika ini menunggu di lobi Hospital Alor Gajah. Waktu melawat pukul 12:30 tengahari. Begitulah rutin sejak seminggu lepas (bermula hari Asyura). Abah dimasukkan ke hospital semula. Kadang-kadang menunggu di sini atau di surau untuk lawatan petang. Nasib baik Abah sekejap di Wad ICU kali ini.

Menunggu Di Lobi. Nasib Baik Ada Wi-Fi Percuma




Nampaknya abah kena buat dialisis. Terima hakikat abah tidak boleh jalan jauh. Masa mula-mula dengar rasa sedih juga tapi mesti sedih lagi pada empunya diri.

Harap abah tiada sesak nafas dan paru berair lepas kena buat rutin dialisis selepas keluar hospital nanti.


18 comments:

Afzan said...

moga dipermudahkan urusan NA sekeluarga dan juga Abah...ayah saya bulan 9 ni cukup setahun dialisis..memang sebelum buat dialisis akan keluar masuk hospital

Zhi said...

Semoga semua urusan dipermudahkan dan Abah you terus kuat. Sebagai anak, rebutlah peluang mengutip pahala untuk jaga mak ayah bila sakit ya . Zhi dah hadap semua ni. Memang tak tertanggung nak tengok bila mak ayah kita sakit. Macam takut selalu, macam mana kalau diorang pegi padahal kita tak ready lagi. Tp Allah lebih tahu apa yg terbaik.

Bersabar dan banyakkan luang masa dengan parents selagi ada.

You pun jaga diri tau.

Warisan Petani said...

Semoga dipermudah urusan perawatannya

Mbul Kecil said...

Mbul doakan mudah mudahan Abah cepat pulih dan segala tindakan medis berjalan lancar, amin

Abam Kie said...

semoga abah NA akan kembali pulih. Kedua org tua abe kie sudah tiada. Semoga roh mereka ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Aamiin...

Azian Elias said...

innalillahi wainnailahi rojiun.

betul NA. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
my hubby started doin dialysis since 2015.

Azhafizah MN said...

Semoga semua urusan dipermmudah oleh Allah SWT dan semoga cepat baik dan kembali ke rumah. Kak Wina juga jaga diri ye.

Cuya said...

Moga Allah melindungi akak sekeluarga dan diberi rahmatNya kepada akk dan family

nona sani said...

Allahuakbar.. Semoga tabah seisi keluarga Dan syafakillah buat ayahmu..

Fieza Sani said...

Moga dipermudahkan urusan & abah NA kembali sihat...

dear anies said...

semoga urusan NA sekeluarga dipermudahkan..
nanti buat dialisis kena ulang alik dari rumah ke HAG ke NA?

nohas said...

Semoga dipermudahkan urusan NA sekeluarga & semoga diberi kesembuhan pd abah NA..

Amie said...

Semoga NA seisi keluarga tabah menghadapi ujian yang menimpa abah. Mudah-mudahah dipermudahkan urusan perawatannya.

Nur said...

Abah NA sudah mula dialisis ke? Semoga urusan rawatan Abah NA dipermudahkan. Ibu tiri saya pun kena dialisis juga.

fanny_dcatqueen said...

Kuat dan sehat selalu kak Na. Di saat orang tua sakit, memang lah terasa sangaaaat sakit dan sedih di kita sebagai anak. Semoga semua berjalan baik, dan rezeki keluarga dilancarkan selalu yaa. Apapun, yg terbaik untuk Abah 🤗

NA said...

Belum lagi yang rutin setiap minggu kena dialisis.
Tq doakan.

mamapp said...

semoga anah ma kuat dan diberi kesembuhan amin

mrhanafi said...

Semoga Abah NA semakin baik dan sihat hendaknya