بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selamat pagi. Lama berhibernasi. Baru sembuh selsema dan batuk selain ada kekalutan lain. Masa kenduri Makcik Cupik yang rumahnya depan sebelah rumah Uwan di Tampin pada 1 Februari itu sudah rasa tidak sedap tekak dan badan.
Ini ok sedikit ada tinggal batuk ringan. Kepalapun tidak kabur bolehlah tulis. Jadi sebagai pemanas tulisan, saya letak bunga telur yang saya dapat masa pergi majlis resepsi perkahwinan di Balai Panjang pada Sabtu lepas (14 Feb). Bunga telur dengan riben warna hijau zaitun dan putih. Cantik sebab ada reben warna kegemaran hijau zaitun. Sebenarnya bunga telur ini dapat bersama bertih jagung dan tisu berbentuk silinder.
Oklah tengoklah kalau saya rajin untuk tulis pasal saya pergi makan di Nasi Ayam Pak Mus dan kenduri tahlil (satu sebab banyak gambar pula ambil). Hehe sebab hendak dekat puasa tapi boleh sahaja tulis campak belakang nanti. Tengok keadaan .
Selamat menyambut Ramadhan semua. Macam biasa mesti rasa gemuruh hendak tempuh bulan Ramadhan.


12 comments:
Patut dah lama x nampak...Semoga cepat sembuh ye..musim panas ni memang senang dapat batuk...minum air banyak tau..SA pun sedang batuk..jenis batuk yang tekak gatal tu
Jarang sangat dah orang bagi telur ni.
bila batuk mmg lambat baiknya...smoga kembali sihat sepenuhnya....cantik bunga telur tu
MOga terus sihat kak, lagi la nak masuk ramadhan dh ni. Cantik bunga telur hijau tu
Selamat berpuasa tak lama lagi :)
Semoga cepat sihat, NA.
Jarang dah orang bagi bunga telur sekarang.
cute pulak dia letak telur dalam bekas camtu.
semoga cepat sihat kak NA. selamat menjalani ibadah puasa juga :D
Syukur kalau dah get better kak na. Baguuus lah hiasan bunga telur itu 😍😍. Kreatif yg membuat. Dan saya pun sukaaaa warna green olive itu, nampak cerah
Moga Allah kurniakan kesembuhan sepenuhnya buat Na.
Takpe buat entri campak belakang. Saya pun berderet tu menanti untuk jadi entri. Menulis ikut mood, ginilah 😄
betul tu skrg ni mmg musim batuk demam.. jaga kesihatan moga cpt sihat ye NA.
Happy Ramadan to you. I wish you good health and happiness. Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦
selamat kembali..sha pun baru kembali hujung2 bulan baru rajin nak BW dan update blog haha..semoga diberi kesihatan yang baik
Post a Comment