بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Catatan untuk kenangan.
Buka tingkap hari ini tengok buah rambutan sudah masak ranum. Harap tiada monyet datang bergayut pada pokok ini.
Pesan di wowshop pada 28 Mei, buat ulangan belian kopi Better Cafe barli dan gam arab Munif Hijjaz. [Pesanan pertama boleh klik SINI]
Sampai hari ini pukul 12 tengahari lebih. Beli 4 kotak kopi barli dan gam Arab percuma 1 kotak dan 20 sachet Better Cafe kopi habatussauda. Harga RM132. Asal RM139.
Tidak ikut Abah dan Emak balik kampung hari ini. Buat sambutan harijadi Emak di kampung. Apapun saya sudah ucap selamat dan doa untuk Emak lepas Subuh. Harap Emak gembira ada makan-makan di kampung.
Semalam ada gangguan elektrik dari pukul 2 hingga 6 petang untuk senggaraan pencawang di PCE Tmn PKNM No. 2. Ingat betul-betul tiada elektrik dalam tempoh itu tapi rupanya sekejap seminit sahaja pada pukul 5 petang ketika saya hendak keluar untuk jalan laju. Jadi dapatlah tengok pekerja TNB buat kerja.Alhamdulillah saya doa semoga ok sahaja. Pintu elektrik tiada masalah tutup selepas itu.





9 comments:
Mujurlah gangguan elektrik sekejap sahaja.
Kena cepat kait rambutan tu, nanti berebut dgn monyet pula :D
Sedapnya buah rambutan ada pokok sendiri. Baru ni ada nampak kat pasaraya RM18 sekilo. Memang tak beli la.
pernah 2 kali alami gangguan bekalan elektrik pd mlm raya thn2 lps. susah tul nak tdo dgn panasnya dan dgn nyamuknya. adoiii!
Nak kena letak sesuatu yang berbunyi untuk halau monyet. Kena perati selalu tu, nanti tak merasa pulak 😄
Bestnya tengok pokok rambut yang masak ranum tu...
lama nya tak makan rambutan.. sedap kalau dapat kait dari pokok nya terus
Rambutan sekarang mahal.... Tunggu murah lah
wahh banyaknya order stok kopi!
btw kak NA nanti boleh tengok sini ya n email saya details ya
https://supersagaaaa.blogspot.com/2026/06/pemenang-jom-teka-gunung.html
Post a Comment