Nuffnang

Friday, April 17, 2026

💤Akhirnya... 'Mimpi' Itu Tiba💤

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Penantian suatu penyeksaan. Petang 4:30 petang baru dapat dengan tunggu lama. Orang J&T itupun bukannya dia hon (saya suruh dia hon untuk bagitahu sudah tiba untuk saya ambil terus). Tahu-tahu sudah letak dalam rumah (buka pagar awal siap-siap)


Parcel Biru



Harinya telah tiba. Jeng-jeng mari kita buka plastik biru 'Mimpi' ini. Agak besar dan ada satu bahagian keras. Mula-mula terdetik selimut sebab pernah dapat selimut dengan saiz parcel begitu.

Rupanya tekaan pertama saya betul dalam pos sebelum ini iaitu bantal. Ia disertakan dengan sarung bantal warna biru tua. Inilah sebab ditanya warna kegemaran. Warna kegemaran saya ialah hijau zaitun dan biru pekat.


Bantal Itu Dilipat Dua. Ada Lining Keliling Bantal. Atasnya Sarung Bantal



Bantal jenama 'Kun' bermakna dalam Bahasa Hokkien ialah tidur. Ya lepas buka sahaja parcel itu rasa mengantuk sangat tapi tunggu solat Maghrib dan Isyak dahulu. Lepas itu boleh cuba tidur guna bantal baru. Hehe bantal lama saya sudah kempis, tidak gebu lagi.

Lepas solat terus rasmikan dengan buka plastik. 


Bantal Kun Gebu 💤 



Selepas disarungkan bantal.

Bantal Berbaju Biru Tua





Bahagian keliling bantal ada 'lining' warna biru tua.

Pandangan Atas Bantal




Bersedia untuk tidur 💤

Terima kasih SK, saya hendak tidur awal  untuk bermimpi.






10 comments:

Amie said...

Tahniah NA.
Mimpi yang indah-indah ye.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Alhamdulillah, tiba dengan selamat. Rasa tak tenang juga selagi tak sampai ke tangan tuannya. Selamat bermimpi yang indah². Terima kasih, Na, kerana sudi menembak lagi

Cuya said...

Moga mimpi yang indah belaka!

Roziah @ Cie said...

Wahhh bestnya dapat bantal. Boleh lena tidur la bantal gebu.

NA said...

Kalaulah boleh pilih mimpi.

NA said...

Itulah risau juga sebab hujan dan takut barang tidak sampai sempurna.
Alhamdulillah barang berkeadaan baik.

NA said...

Amin.

NA said...

Tq. Amin.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Bantal jenama Kun?. Saya pun tgh cari bantal yg best, empuk dan selesa tapi blom beli2 lagi sbb confuse mana 1 nak dibeli.

NA said...

Samalah sayapun keliru sebab takut tidak sesuai. Ada itu kena beli sekali banyak baru murah.