بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah pada saat-saat akhir terima jemputan walimah daripada Makcik Salina depan rumah Makcik Lijah (kenduri lepas). Walimah Zulfadzriq dan Zukrina di Dewan Perdana Tampin. Majlis bermula pukul 11 pagi jadi pukul 11 pagi kami bertolak ke sana.
Sampai dalam pukul 11:24 pagi. Kali ini kami pergi dengan adik perempuan sekeluarga jadi 11 orang. Orang belum ramai. Jadi boleh ambil gambar pelamin dan makanan yang diambil dengan tenang.
![]() |
| Nasi Minyak, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Cendawan Kukur Masak Lemak, Ulam Timun, Sambal Belacan, Ikan Masin & Jambu Batu Dengan Asam Teh Tarik, Kuih Koci & 2 Jenis Kek |
![]() |
| Pelamin Serba Putih Dengan Bunga |
Hampir pukul 12 orang sudah memenuhi dewan. Meriah rasanya. Auntie, Uwan dan Alia yang datang agak lewat bernasib baik sebab kami chop tempat untuk mereka.
![]() |
| Kain Rentang Berlatarkan Kain Batik |
![]() |
| Props Barang Antik: Telefon, Gramafon, Tepak Sirih, Radio, Pasu, Lampu Meja, Tanjak |
Kami kemudian beransur pulang. Sebelum itu ambil gambar kain rentang dan props barang-barang antik untuk mereka yang mahu bergambar.
Masya Allah makanan dan minuman sedap. Tidak sabar untuk ke kenduri seterusnya.





1 comment:
Alhamdulilah syok dapat pergi wedding orang lagi2 makanan semua sedap2
Post a Comment