Nuffnang

Tuesday, July 28, 2026

Hadiah Ke-10 Daripada Shikin Razali

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Masya Allah sedar tidak sedar saya terima hadiah ke-10 daripada Shikin Razali. Pemurah sungguh rajin bagi hadiah. Saya antara tukang komen bertuah bulan April. Tengok gambar bawah, ramai pemenang daripada bulan Februari hingga bulan Julai 2026

Pemenang Tukang Komen Daripada Bulan Februari Hingga Bulan Julai 2026 



Hadiah yang saya terima lewat petang Isnin. Ada drama sedikit, ada terima emel daripada Shikin parcel dihantar pukul 12 tengahari lebih. Saya tenang sahaja sebab mungkin van Shopee datang petang dalam pukul 3 petang lebih. Sekali saya jenguk luar tengok lantai serambi letak kereta tiada parcel terdampar. Kemudian tidak puas hati saya tengok di peti surat. Tiada juga.

Sampai pukul 6 petang, saya jenguk balik tiada juga. Saya buat kesimpulan van itu tidak sempat hantar. Dalam saya berjalan ke tv dapur, saya ternampak parcel comel warna kelabu atas sejadah Abah. Sah parcel saya. Haha rupanya Abah sudah ambil awal pukul 11 pagi lebih waktu balik daripada dialisis tidak bagitahu sayapun yang ketika itu menonton tengok #Qurantime.

Saya biarkan parcel itu belum buka. Sibuk sedikit lepas itu. Alhamdulillah lega hadiah selamat sampai.

Buka kemudian. Tq Shikin semoga murah rezeki dan Allah sentiasa beri kegembiraan pada dirimu.

Jumpa lagi. Nanti saya kemaskini hadiah saya dapat di pos ini juga.

Kemaskini 8:34 pagi.

Parcel Kelabu



Rempah Gulai Cap Bunga Rose Dan Rempah Masak Cap Bunga Rose




Saya dapat 2 paket Rempah Gulai Cap Bunga Rose 35 gram dan 2 paket Rempah Masak Cap Bunga Rose 25 gram. Produk dari Terengganu. Cakap terus-terang saya tidak pernah masak gulai. Nanti boleh cuba sebab ada resipi di belakang. Mungkin olah sedikit bahan.



10 comments:

Roziah @ Cie said...

Cie punya pun dah sampai ada drama jugak. Hihi

adnil linda said...

Alhamdulillah..rezeki sis NA..
Suspen tu, kata dah sampai..tapi barangnya tak nampak²

Puan Hazel said...

Best nya hadiah ni ... Buat gulai makan dgn nasi dagang NA 😋

NA said...

Hehe ada disertakan resipi gulai nasi dagang.

Shikin Razali said...

Alhamdulillah, selamat sampai parcel tue.. Lega rasanya, hihi sebab bukan Kak NA sorang jea yang ada drama, macam Roziah@Cie cakap, dia pun ada drama, yang tue lagi tragis.. hihihi apapun rempah gulai tue memang saya selalu guna kalau nak buat nasi minyak ataupun nasi dagang Terengganu.. Kilangnya pun memang berdekatan dengan rumah saya...

NA said...

Alamak teruk sangat ke drama Cie kena itu? Tq Shikin untuk pes.

NA said...

Alamak Shikin kata lagi tragis drama Cie kena. Harap dapat juga parcel itu pada Cie.

NA said...

Dah kemaskini barangnya. Ada sahaja barangnya. Hehe.

Eyma Balkish said...

Tahniah..nanti boleh masak

norhidana said...

wahhhh bestnya... tahniah2