Nuffnang

Tuesday, September 22, 2026

Hari Ini- Mendung Dan Cerah

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Petang selepas Asar, tengok pada tingkap sebab ada angin kuat membadai pokok. Cantiknya langit dengan awan.

Pukul 5:49 petang ambil gambar di tingkap paling atas. Subhanallah. Cantik gambar tapi kena kecilkan saiz gambar untuk blog.

Kurang Cantik Gambarnya Lepas DiMampatkan



Pagi rasa sedih, petang rasa ceria sedikit. Begitulah hidup.


 

15 comments:

Ujie Othman said...

Bahagia dapat menikmati warna langit tanpa jerebu.

Begitulah resmi hidup, ada pasang surut perasaan.

Pizzah said...

Cantik cuaca, langit cerah dan berawan. Gambar kalau dikecilkan saiznya kurang sharp sikit kan.

Puan Hazel said...

Umpama cuaca; sekejap mendung sekejap cerah. Begitu juga kehidupan. Adakala riang, adakala gundah.

adnil linda said...

Hidup ibarat roda.. kejap di atas(gembira), kejap di bawah(sedih)...

norhidana said...

Cantik dah cerah langit kak, dah lama tak nampak langit cerah dan biru mcmtu dekat area KL dan Selangor ni kak. Berjerebu je

Sis Lin said...

Semalam satu hari hujan di JB.. sejuk bumi Pasir Gudang..
Pagi ni panas muncul, jemur bantal semua

Carneyz said...

Hati ni kan berbolak-balik. Semoga baik2 aje semuanya NA.

Tot said...

Saya tengok gambar NA elok je. Jelas.
Sekarang ni kalau dapat lihat langit biru dan berawan, rasa best. Tapi dua tiga hari ini, tak nampak langit biru di tempat saya, mendung je.
Semoga NA ceria-ceria selalu. 🤗

Roziah @ Cie said...

Kalau compress size gambar memang jadi tak sharp sangat.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Hidup ni memang ada turun naik. Kadang gembira, kadang ada jugak dugaannya.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Sekarang ini kalau cuaca hujan saya happy sangat. Jadi terasa lebih sejuk udara setelah lama kemarau

Syaz Rahim said...

Awan selepas angin kuat memang nampak dramatik. Mujur sempat abadikan untuk kenangan.

Cik Nur said...

Begitulah kehidupan di pentas dunia

uncle gedek said...

Blog memang tak terima gambar yg besar2 sangat

SN Faaezahh said...

Cantiknyaa langit. Tenang je rasa.