Nuffnang

Showing posts with label Motivasi/Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivasi/Motivation. Show all posts

Saturday, November 21, 2020

Review: Maamy Mineral Essence Dan Magnesium Tulen

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Sehari  sebelum PKPB iaitu 8 November (Ahad), saya berkesempatan ke TESCO Bandar Melaka untuk membeli kali ke-2 set Mineral Essence dan Pure Magnesium. Saya sangat berpuas hati menggunakannya jadi ulang beli. Kali pertama beli pada 20 Februari (ingat sebab tarikh cantik) dan habis gunakan pada bulan Oktober jadi kena beli baru.

Maamy Mineral Essence dan Pure Magnesium



Saya membelinya kerana tertarik dengan penerangan pemilik Mineral Essence, Puan Maamy dan Mira di Radio Melaka. Mineral Essence ialah mineral ion tulen dari Australia. Ia merupakan asas bagi pemulihan sel-sel tubuh. Persekitaran dalaman badan kita mesti mempunyai mineral-mineral lengkap dan seimbang untuk meningkatkan replikasi dan pembaruan sel normal pada tahap optima. Tubuh manusia  terbentuk daripada 60-80 trilion sel. 

Untuk pengetahuan, saya mengalami kekejangan otot dan tapak kaki sakit sejak terseliuh. Saya syak tempat yang saya terseliuh itu tidak sembuh sepenuhnya. Ia memang memberi masalah kerana mengehadkan pergerakan: saya tidak boleh bergerak aktif tidak boleh berdiri lama, tidak boleh berjalan laju atau berlari. Sedangkan saya suka dalam keadaan bergerak, aktif. Jadi saya cuba kerana Maamy Mineral Essence adalah pembaik pulihan sel-sel badan secara semula jadi. 

  • Mempercepatkan proses penyembuhan
  • Meningkatkan daya ketahanan badan
  • Melindungi tubuh daripada serangan kuman
  • Membantu dalam segala aktiviti bio-kimia tubuh badan

Alhamdulillah penggunaan secara konsisten, saya nampak hasilnya. Saya boleh berdiri lama-lama tanpa rasa kejang atau sakit, laju berjalan dan aktif bergerak. Kadang-kadang lupa saya pernah alami kesukaran untuk berjalan. Apapun masih 90% pemulihan sebab saya tidak dapat habiskan 1.5 liter air mineral yang dicampur 33 titis Maamy Mineral Essence dan 11 titis Magnesium Tulen setiap hari. Rasanya kalau saya ikuti betul-betul, insya Allah kesihatan saya dalam optimum. 




Botol Maamy Mineral Essence

Cara hendak minum. 
  1. 33 titis ME dan 11 titis Magnesium Tulen dititiskan ke dalam air 1.5 liter air mineral (penutup biru/hijau)
  2. Air diminum mengikut berat badan 35-59 kg: 1botol air mineral 1.5 liter ; 60-84  kg: 2 botol air mineral 1.5 liter (3 liter); 85-99 kg: 3 botol air mineral 1.5 liter (4.5 liter)
  3. Habiskan air mengikut berat badan dalam sehari (pagi hingga malam)
Kelemahan: Tidak pasti dengan tepat jumlah titis. Alangkah bagus ada sukatan metrik macam 10 ml. Jadi 1 titis itu kadang-kadang sedikit kadang-kadang banyak. Lagipun jenuh kira. Kiranya kurang tepat.

Botol Pure Magnesium




Beli air mineral banyak-banyak. Itulah kelemahan saya rasa.

Harga satu set ialah RM260.

Kalau hendak tahu lebih lanjut boleh hubungi talian
010- 543  2728 (Maamy)
019- 988 6727 (Mira)
Alamat Syarikat HZ Anugerah Sdn Bhd
Lot 8021 - Aras 1 Bandar Satelit Islam Jalan Pasir Puteh
16150 Pasir Tumboh
Kota Baru Kelantan.

Tidak silap mereka ada buat penghantaran secara pos.

"You can trace every sickness, every disease and every aliment to a mineral deficiency"
-Dr Linus Pauling-


Monday, January 6, 2020

Syukur: Sihat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Bangun pagi dikejutkan sebab nak terkencing. Alhamdulillah masih hidup dan sihat.

Saya nak kongsi tips dapat daripada WhatsApp. Terima kasih yang kongsi perkara ni.



Jumlah air yang perlu diminum


Sarapan makan seperti raja, makan tengahari makan seperti orang kaya dan makan malam seperti orang miskin
Faedah berjalan
Tekanan darah mengikut umur


Harap bermanfaat. Saya memang suka berjalan. Kena teruskan. 


Wednesday, January 1, 2020

2020

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

2020, please be kind to me.

Saya akui 2019 tahun yang lebih baik daripada 2018. Ya saya kena jumpa doktor pakar tahun 2018 sebab sakit sangat. Tahun ini saya berharap kesihatan yang lebih baik. Teruskan amalan pemakanan minum susu selalu. Saya dah ambil vitamin tambahan. Harap-harap sakit yang dialami hilang. Insya Allah. Sakit penghapus dosa dan saya akan sabar tahan kesakitan itu...
Jumpa lagi.




Wednesday, November 20, 2019

Saya Jalan, Travel Dan Sushi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Alhamdulillah Jumaat, Sabtu saya berjalan jalan-jalan di KLCC dan Pavilion. Cuci mata dan duit. Penat tu jangan cakaplah. Kaki kejang lepas tu. 2-3 hari juga kejang kaki lepas tu hilang. Haha dah tua. Dulu lagi ligat saya jalan masa tunggu keputusan SPM dan masa di universiti. Lagi rajin jalan. Cakap pasal ni tu yang teragak-agak nak travel.

Hari ni ketika dalam kereta, anak saudara saya Adiva yang banyak berceloteh tentang mimpi adik- adik ada anak berapa. Saja tanya saya ada anak berapa. Dia cakap maklong (saya) sibuk travel. "Maklong travel mana?" saya tanya. 
"Banyaklah. Semua tempat yang best-best."
Saya gelak jerlah sambil mengaminkan dalam hati. Doa budak takde dosa lagi. Memang ada niat nak berjalan seluruh dunia. Tunggu teman (companion) yang best. Amin. Ahaks. Waktu ni kitorang nak gi Mydin beli barang. Selesai tu adik saya nak pergi Sushi King sebab ada bonanza RM3. Alhamdulillah rezeki percuma. Dengan adik ni rajin betul saya makan sushi. Kali ke-3 rasanya. Anak-anak dia suka benar sushi. Saya suka tapi takdelah sampai rajin pergi mengadap makan sushi sampai kenyang. Beli seketul dua di kedai sushi. Kali ni saya banyak makan salmon. Ramai-ramai makan sampai 35 pinggan.

P.S: Nanti nak tanya maklong travel dengan siapa. Ehem. Surprise. We wait and see in the future. Insya Allah




Wednesday, August 21, 2019

Doakan Saja

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Apa sahaja yang saya teringat/terfikir, baca, dengar pasal seseorang atau sesuatu saya akan doakan orang tersebut dapat apa yang dihajati atau kesusahan/penyakit akan hilang. Insya Allah. 

Saya tahu kebaikan itu akan kembali kepada saya dan pahala akan diperoleh. 
Harap- harap saya akan terus istiqamah.

Oklah jumpa lagi.

P.S: Doakan juga kebaikan untuk orang yang kita tak suka sangat.


Friday, July 26, 2019

Daftar Haji

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat semua. Alhamdulillah diberikan keizinan oleh Allah untuk menulis lagi.
Selasa lalu, saya ke Tabung Haji Tampin. Barulah terhegeh-hegeh nak daftar haji. Apabila semak, saya dah daftar! Tapi peliklah saya tak ingat langsung saya ada daftar 2017. Daftar automatik ke? Sebab kalau saya daftar mesti dengan maklumat terkini. Jadi saya pun kemaskini maklumat yang perlu. 
Sekarang niat saya nak rajin simpan supaya cukup RM 10 000. Insya Allah. Ada masa 5 tahun untuk cukupkan.
Cerita lain pula sebab dah kemaruk coklat Cadbury. Alang-alang beli 10 bar terus dengan 4 bar hazelnut, 2 bar fruit and nut dan 4 bar roast almond. Harga RM54.90. Lepas itu adik belanja bonanza RM3 sepinggan sushi king. Kenyang gila dapat makan macam- macam jenis sushi. Terima kasih Ya. Ok jumpa lagi. Insya Allah





Friday, June 14, 2019

Habis Bayar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

OK sepanjang saya hilang dalam dunia blog alhamdulillah saya dah habis bayar hutang MARA pada hujung 2016. Lega sungguh tahu. Seolah-olah beban yang dipikul telah diangkat. Insya Allah tiada hutang lagi.

Sekarang ni boleh tumpu untuk Tabung Haji. Saya baru tahu boleh pergi seorang lepas umur dah jejak 40 tahun. Doakan ye.


Tuesday, May 21, 2019

Luahan Tentang Dapat Berblog Semula!

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Dah pukul 5 pagi, selamat bersahur rakyat Malaysia.
Sejak mula dapat tulis pos ni rasa seronok pula. Rupanya boleh tulis di telefon Lenovo. Antara muka sama macam tulis di PC/laptop. Nampaknya salah satu hajat (wish list) saya termakbul. Satu langkah demi satu langkah dibuat. Hajat bermula pada Oktober tahun lepas di NZ. Mula-mula tak lepas sebab nak daftar masuk google kena masuk no pengesahan yang dihantar ke nombor telefon. Memang tak dapatlah! Saya guna nombor luar negara. Hancur betul hati. 
Sekarang ini ambil kuota 3GB untuk RM22 sebulan. Murah ke mahal? Dah seminggu baru guna tak sampai 1 GB pun! Haha saya guna untuk baca blog, buka emel dan main permainan Candy Crush Soda, Saga, Jelly dan Farm Heroes.
Harap-harap dapat teruskan menulis. Insya Allah. Walaupun takde orang baca. Lagi bagus sebab rasa bebas menulis.
Jumpa lagi.

Saturday, July 4, 2015

Tugas Kali Ke-2

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lagi seminggu lebih saya akan pulang ke Malaysia. Wah tak sabar. Saya harap tak perlu lagi pergi balik ke sini. Entah macam dah tak seronok. Saya rasa gagal melaksanakan amanah yang ditugaskan. Tak seseronok pertama kali laksanakan pada tahun lepas. Aidan sangat tak mahu dengan saya :( Sedih rasa. Jadi sekarang ini saya banyak buat kerja sampingan yang bukan tugas utama. Jadi saya tak mahulah menepek sini sahaja baik saya di Malaysia bolehlah tolong emak sepenuhnya.

Cuma berdoa moga permintaan dimakbulkan Allah. Bila jiwa dan perasaan tiada maka rasa macam beban yang semakin berat. Tempat yang cantik, nyaman, igauan saya untuk selalu ke sini dan dingin jadi  tempat yang tak menyeronokkan. Tahan sahajalah buat masa ini labu. Apapun pandang pada sudut positif saya masih berterusan dapat buat terawih di sini (buat masa inilah). Jadi pandang ke situ dan menghitung hari balik.

Harap-harap puasa saya diberkati Allah dan dibalas dengan kemanisan Syawal. Insya Allah. 

Jumpa lagi...  

 

Thursday, January 2, 2014

Perutusan Daripada WombatME


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pos pertama saya untuk 2014. Alhamdulillah masih hidup lagi saya. Bagi saya 2013 adalah tahun YANG baik bagi saya. Kesihatan baik, emosi baik, LOA saya baik dan pengembaraan pun baik. Tapi kewangan biasa-biasa (banyak berbelanja). Rangkaian (networking) kurang buat. Harap-harap tahun ini semua bagus. Jika ada yang kurang, satu peringatan untuk saya :)

Pada yang tak menang Peraduan Syok Sabtu tu, jangan kecewa dan sedih. Kita cuba lagi. Bila dah selalu masuk peraduan ni saya dah kebal takde perasaan apa-apa. Alhamdulillah masih bersemangat nak sertai. Kenang apa yang baik daripada peraduan itu. Insya Allah satu hari adalah hari kita berjaya juga. Allah nak suruh kita sabar. Hehe. Saya ketika ini ada masuk satu lagi peraduan. Harap menang. Kalau menang, satu daripada senarai hasrat tercapai. Jadi saya berfikiran positif sahaja :D

Terima kasih semua yang melawat, bulan lepas blog saya ramai dikunjungi orang. Nampaknya saya kena luaskan rangkaian (networking) lagi. Haha insya Allah. I just want to do what I want and love. Tak suka paksa diri kalau rasa tak seronok nak buat sesuatu.

Oklah jumpa lagi. Bila tiba tahun baru bermakna umur saya bertambah setahun :( Nak jadi semakin baik dan penyabar.

P.S:Harap-harap pengembaraan saya untuk tahun ini mengujakan. Jumpa orang yang boleh tunjukkan 'keajaiban'. 

  

Monday, December 30, 2013

Petua Murah Rezeki


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada yang sertai peraduan macam saya kerana memberi maklum balas. Saya cuba sedaya-upaya untuk penuhi permintaan. Ok, kita lupakan seketika cerita mengenai peraduan.

Salah satu petua untuk mudah murah rezeki ialah memenuhi hajat orang yang sangat memerlukan. Tak kisahlah manusia ke atau haiwan. Hajat kecil pun tak apa asalkan kita dapat menggembirakan orang atau makhluk lain. Tak percaya cuba amalkan. Insya Allah. Allah akan penuhi hajat kita pula.

Selamat beramal. Jadikan sikap suka memberi itu amalan pada 2014. Biar kecil asal ikhlas dan istiqamah. 

Lagi satu ialah sentiasa sebut kebaikan orang tersebut dan doakan orang yang memberi itu murah rezeki. Doa itu akan diaminkan malaikat dan kembali pada kita.

Jumpa lagi.

P.S: Usaha yang kecil tapi besar kesannya. 

Gembira Dapat Pengisar Lada Hitam Ini
 

Thursday, October 3, 2013

Makanan Untuk Fikiran


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ni rasa ceria sahaja, gembira menonton tv dan sambil-sambil merenung nikmat Allah yang dirasai.

Jetlag dah hilang. Hampir seminggu dalam dunia sendiri. Tidur awal bangun awal terpisat-pisat fikir eh aku kat mana? Kadang-kadang rindu dengan rumah adik sampai termimpi-mimpi aku terbang semula ke Christchurch dan adik terkejut melihat diri ini di depan pintu rumah. Macam antara realiti dan fantasi bercampur-baur. Kadang-kadang rasa macam diri masih di sana.

Kuat penangan melancong ni. Make you wonder and ponder. Make you think broader than usual. Make you feel that you are blessed WITH everything. Finally make you fresh and alive.

Welcome back to reality and home dear ME! Subhanallah
 

Tuesday, January 22, 2013

Tak Kenal Tak Cinta


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Tengok akaun Nuffnang tadi, ada pula saya dapat iklan promosi Australia. Agaknya saya dengan OZ tak dapat dipisahkan. Eheh. Dulu pun saya dalam program ACHEM untuk sambung pengajian di sana. Mula-mula macam tak berapa 'cinta' sangat dengan Australia ni. Emak macam suka dulu saya dapat program ni. Dia kata dekat kalau nak pergi melawat saya. Padahal hati pada USA. Macam kecewa juga.

Lepas itu, belajar Australian Studies barulah kenal sikit-sikit pasal Australia. Pasal binatang paling saya ingat sebab unik ada wombat, wallaby, platypus, emu dan lain-lain. Saya pula dalam kumpulan wombat. Huhu memula tak tahu apalah menatang ni. Lepas cari maklumat baru tahu camne. Si Sha pula kata rupa wombat macam rupa saya. Terus cop saya panggil wombat. Pasrah jerla.

Tapi saya tak dapat belajar di Australia tu. Kegawatan ekonomi. Kami dihantar ke universiti biasa. Kecewa juga. Macam kempunan nak belajar sana.

Apapun saya tak pernah lupa pensyarah-pensyarah saya dan penting saya tak lupa wombie saya :) Jadi ingatan tetap ada.

Allah lebih tahu apa yang baik untuk saya. Moga saya redha dan tidak timbul kekecewaan. Mungkin satu hari saya dapat sambung ke sana. Jika tidak semoga perasaan itu tak hilang.
 

Monday, January 14, 2013

Produktif Dinihari


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sungguh produktif saya ketika ini apabila mood tak berapa bagus, saya menyapu dan mop bilik waktu dinihari. Gara-gara menunggu pengaliran data yang agak perlahan untuk tengok sitkom.

Lagi bagus sambil tunggu, balut buku-buku siri 'Anne'. Kalau macam inilah harus selalu mood longkang untuk jadi rajin buat kerja rumah. 

Lepas buat tugas-tugas ini rasa lega perasaan. Eloklah perasaan yang tidak bagus disalurkan kepada perkara-perkara yang memberi yang bermanfaat.

Ok semua yang sedang membaca, selamat pagi :)

Wednesday, January 9, 2013

Untukku


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur masih hidup lagi. Harap-harap menjadi insan yang lebih baik, lebih sabar, lebih tenang, lebih rajin, lebih bijak.






Wednesday, January 2, 2013

Semangat


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ini semangat betul buat kerja. Pukul 5:30 celik mata teringat Nescafe yang buat malam tadi tak minum. Lepas minum tiba-tiba rasa serba salah kat mak sebab merungut kena ikut mak pergi sekolah sampai lewat petang. Maka untuk menghilangkan serba salah tersebut haruslah lebih rajin tolong mak hari ini.

Balang gula yang ada semut tu saya sisihkan semut dengan gula macam pelakon Saadiah buat dalam filem Musang Berjanggut. Memang remeh kerja dan tiada siapa sanggup buat sebab ambil masa juga.

Harap-harap terus bersemangat buat kerja lepas Subuh. Jumpa lagi.
Dapur
P.S: Tak sabar nak tunggu seluar jeans tirus tu. Bilalah nak dapat?  

Sunday, May 27, 2012

Monolog: Menggunakan LOA Untuk Tabung Nuffnang


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Satu ketika aku terfikirkan tentang LOA yang aku buat pada tabung Nuffnang Aku sudah mengamalkan langkah 1 dan 2 iaitu sediakan 'achievement jurnal' dan 'pretend'. Cuma langkah ke-3 iaitu melakukan hipnosis pada fikiran luar sedar aku belum laksanakan lagi. Aku rasa aku kena buat hipnosis sebab Walsh cakap ia adalalah langkah paling berkesan untuk buang keraguan yang tertanam di dalam fikiran luar sedar dan mudah serta cepat untuk melaksanakan proses 'allowing'. Proses 'allowing' adalah proses paling penting dan utama dalam LOA.


Memang aku sudah tengok hasil penggunaan LOA. Ia memang berkesan! Buktinya aku gunakan LOA untuk tabung Nuffnang dan aku dapat hasil apa yang aku hendak. Cuba bayangkan kalau aku guna langkah ke-3? Memang lagi kuat kesan aku cepat capai apa yang aku inginkan :) Apapun hasil tabung duit Nuffnang terkumpul mengikut objektif aku. Rasakan gembira menerima penambahan duit tabung aku sedikit demi sedikit. InsyaAllah. Ikutkan dalam Islam apabila kita yakin Allah akan makbulkan dan tidak bileh ada rasa ragu pun walau sezarah. Jika ragu memanglah tidak segera dimakbulkan. Itu menunjukkan dalam Islam pun ada konsep LOA. Kuasa yakin dan gembira dengan apa yang dicapai walaupun sedikit harus disyukuri dan diraikan.


Aku berasa puas hati dengan apa yang aku dapat. 


P.S: Bagi yang baca tulisan ini bolehlah amalkan dan sekiranya ingin tahu lebih lanjut boleh klik pada pautan 'Law Of Attraction' di ruang paling kiri bawah.


Jumpa lagi.


Gembira Apabila Hasrat Tercapai


Monday, January 9, 2012

Ombak Jiwa


 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...



Selamat pagi semua. Dah sarapan? Selamat bekerja semua. Saya ambil kesempatan untuk 'online' kerana belum sibuk lagi. Lagi pula ada semangat sedikit untuk menulis kerana melayari internet menggunakan PC.


Maaf tulisan-tulisan saya sebelum ini banyak luahan rasa dan tiada gambar-gambar baru. Itu keadaan saya sekarang supaya satu hari saya baca pos yang lama-lama, saya akan tahu pada sekian waktu saya begini. Harap tiada yang rasa menyampah. Setiap orang akan mengalami kitaran semangat yang berbeza setiap waktu. Kita cuma boleh mengikut arus kitaran tersebut atau melawan ataupun duduk di tepi memerhatikan kitaran tersebut. Itu saya yang mengikut kitaran ketika ini. Menulis pada keadaan yang sesuai dengan jiwa. Oh tulis lagi pasal jiwa-jiwa.


Ombak jiwa. Harapan diri ini, saya jarang menulis ketika ini tidaklah sampai berhenti terus. Saya akan buat perkara lain untuk mengisi masa dan saya tahu Allah memberi peluang untuk saya lakukan perkara lain untuk menyedarkan saya terdapat aktiviti-aktiviti lain yang menarik. Saya dah nampak hikmahnya sedikit demi sedikit.


Jumpa lagi. InsyaAllah. 


P.S: Saya gembira dengan aktiviti baru menggantikan masa berblog buat ketika ini. Kitaran dan ombak jiwa untuk blog akan kembali membuak-buak.


Gambar Arkib- Sentiasa Di Hati




Thursday, October 13, 2011

Monolog Spontan Khamis 13/10


 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah apa yang ingin kuhajati semakin dapat kucapai. Tak sangka sasaran yang aku buat menampakkan hasil. Mulanya nampak mustahil tapi rupanya tidak.

Macam mahu buat lompat bintang je. Hiyaahhhhh...




P.S: Rasa kekurangan perasaan jer dari semalam hingga kini takde pos/tulisan Mimito. Macam nak rehat juga lepas baca pos dia semalam.


Saturday, October 8, 2011

Monolog Hujung Minggu


 بسم الله الرحمن الرحيم

Tak boleh mengharapkan atau terlalu bergantung kepada bantuan atau janji orang lain. Jangan letakkan harapan pada orang kelak merasa kecewa dan merana. Manusia memang tak mampu menolong secara mutlak.

"Prepare for worse". Bukan bermakna bersangka buruk tetapi bersedia untuk terima sebarang kemungkinan yang kita tak suka supaya kita tabah dan tidak terkejut beruk macam tidak menjangka keadaan malang itu tidak akan singgah pada kita.

"Don't be too happy." Bukan bermakna tidak boleh gembira tapi gembira biarlah berpada-pada supaya sedar ia boleh hilang sekelip mata. Sila wahai diri bersyukur pada Allah.