Nuffnang

Saturday, September 17, 2011

Pulang Ke Sarang



Assalamualaikum...


Seperti tajuk di atas, akhirnya saya pulang ke sarang yakni selamat pulang ke rumahku syurgaku hampir ke pukul 10 malam semalam. Penat, mengantuk dan perut pun penuh. Semua elemen yang mempercepatkan untuk tidur ditambah faktor katil dan bantal yang empuk. Seharian berhari raya menghadiri kenduri nikah di rumah orang dan ditambah beraya di jalan-jalan KL. Memenatkan walaupun hanya menjadi penumpang duduk di belakang melayan perasaan. Hehe.

Gambar ada ambil tapi ambil gambar pemandangan, bangunan, jalan-jalan dan seperti biasa tidak ketinggalan ambil gambar budak kenit kegemaran, Adiva. Cuba cara menangkap gambar dengan cara berbeza. Muat naik kemudian kerana awal dinihari cuba seperti biasa CPU asyik terpadam.


Hari ini patutnya Wina ikut mak dan abah pergi ke kenduri kahwin 4 buah rumah! Tapi memandangkan perut rasa sebu dan tak dapat bayang Wina kena sumbatkan makanan untuk setiap rumah. Baiklah sahaja saya rehat di rumah. Esok ada kenduri kahwin lagi dan rumah akan diserbu oleh saudara-mara belah abah. Be prepared Wina. Haha.


Selamat berhujung minggu semua. Jumpa lagi.

P.S: Semalam dapat memenuhi keinginan makan nasi dagang. Lama tak makan!!!

Gambar Arkib


Thursday, September 15, 2011

Spontan Khamis: Siri TV Kegemaran



Wow banyak betul siri tv  terkini kegemaran akan muncul untuk siaran US. Bagi kita boleh tengok siri terkini daripada siaran di internet.

Siri 8 House Episod 1 Transplant bermula 3 Oktober 2011
Apalah terjadi kepada House setelah dia langgar rumah Cuddy.

Siri 9 Two And A Half Men Episod 1 Nice To Meet You Walden Schmidt dijangka bermula 19 September 2011
Adakah Charlie Sheen berlakon dalam siri ini? Tengok gambar orang lain.


Siri 8 Grey's Anatomy Episod 1 Free Falling bermula 22 September 2011
Apakah hubungan antara Derek dan Meredith Sheperd dapat dipulihkan setelah Derek mengetahui Meredith menipu ujian pesakit Alzheimer?


Siri 3 The Good Wife Episod 1 The New Day bermula 25 September 2011
Alicia mengambil keputusan mengarahkan Peter Florrick keluar daripada rumah. Apakah hubungan mereka dapat diselamatkan demi kesinambungan politik Peter?

Siri 8 Desperate Housewives Episod 1 Secrets That I Never Want To Know bermula 25 September 2011
Haha saya tak ingat pengakhiran tapi tahu Susan dah sihat dapat ginjal Beth Young. Tahu yang emak Beth terlibat dalam kemalangan. Tak tahu Susan lakonan Teri Hatcher ada lagi ke tak dalam siri ni.


Makin lama makin menarik siri. Korang suka tengok siri apa?


P.S: Tulisan pos kehadapan (auto-post)