Nuffnang

Wednesday, November 15, 2023

Perjuangan Yang Sentiasa Diberi Pertolongan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Renungi kekentalan perjuangan rakyat Palestin.

Hadis Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:  "Ada satu kelompok daripada umatku yang sentiasa zahir di atas agama ini dan mampu mengalahkan musuh mereka. Tidak akan dapat memudaratkan mereka sesiapa yang menentang mereka melainkan kesempitan hidup yang menimpa mereka sehinggalah tiba perintah Allah (hampirnya Hari Kiamat) dan mereka tetap seperti demikian." Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, di manakah mereka itu?
Rasulullah SAW mrnjawab "Di Baitul Maqdis dan di pinggir-pinggir Baitul Maqdis."

(Riwayat  Ahmad dan al-Tabarani. Hadis hasan) 



Dalam hadis Abu Hurairah RA pula diriwayatkan Nabi SAW bersabda: " Ada satu kumpulan daripada umatku yang sentiasa berperang di pintu-pintu Dimasyq (Syria) dan kawasan sekitarnya serta di pintu-pintu Baitul Maqdis (Palestin) dan kawasan sekitarnya. Tidak akan dapat memudaratkan mereka pemulauan orang yang memulaukan mereka. Mereka tetap zahir di atas kebenaran sehinggalah berlaku Hari Kiamat.

(Riwayat Abu Ya'ala dan al-Tabarani dengan sanad daif) 



Qurrah bin Iyas RA pula meriwayatkan, sabda Rasulullah SAW: "Sekiranya binasa ahli Syam (wilayah besar yang melipuri Palestin, Jordan, Syria dan Lubnan), makatiada lagi kebaikan pada kamu sekalian. Ada satu kelompok daripada umatku yang sentiasa diberikan pertolongan. Tidak akan dapat memudaratkan mereka sesiapa yang membiarkan mereka sehinggalah berlaku Hari Kiamat."

(Riwayat al-Tarmizi, katanya: Hadis sahih)



Palestine Pasti Menang. Insya Allah.






14 comments:

Mbul Kecil said...

Hanya bisa ikut mendoakan, semoga perang lekas usai, amin amin ya Robbal Alamin...

Puan Hazel said...

Janji Allah itu pasti.

Carneyz said...

Allahuakbar. Hasbunallah wani'mal wakil.

adnil linda said...

semoga saudara kita di Palestin terus kuat mengharunginya, kita hanya mampu berdoa utk mereka...

Time Traveller said...

Teringin sangat nak lihat islam di palestin menang dan rakyat dapat semula kemerdekaan mereka .. insyallah kita dioakan sellau utk mereka

Nur said...

Allahuakbar... Palestin pasti menang.
Gerun pula saya baca hadis yang NA kongsikan.

mrhanafi said...

AAmiin dan Palestin pasti menang

fanny_dcatqueen said...

Aamiin. Selalu berdoa yang terbaik untuk palestin dan saudara kita di sana ❤️.

nona sani said...

Aamin.. Palestine pasti menangggg 💚💚💚

Azhafizah MN said...

Aamiin ya rabbal'alamin...
Semoga kemenangan milik Palestine.

Sha Mohamed said...

Aamiin..
Palestine Pasti Menang.. InsyaAllah..

nohas said...

amiin..janji Allah itu benar..

mamapp said...

memang sudah tertulis begitu.. tapi mereka mmg sgt kuat semoga allah berikan ekekuatan dan kemenangan buat mereka

dear anies said...

اللهم إنا نجعلك فى نحور اعداءنا

و نعوذ بك من شرورهم

اللهم بدد شملهم. و فرق جمعهم

وشتت کلمتهم. و زلزل أقدامهم

وسلط عليهم کلبامنکلابك

يا قهار ياجبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا منزل الکتاب يا مجري السحاب

يا هزم الأ حزاب اهزمهم وانصرنا عليهم