Nuffnang

Monday, September 23, 2013

Selamat Tinggal


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedih. Esok saya akan pulang ke Malaysia. Penerbangan dalam pukul 6 pagi lebih. Betapa saya seronok di sini. Sukakan suasana yang masih penuh dengan keindahan alam semulajadi: pokok-pokok, bunga-bunga. Cuacanya yang dingin yang sekali-sekala datang angin yang sungguh sejuk dari Antartika. Untuk pengetahuan yang masih belum tahu New Zealand ni sangat dekat dengan Antartika. Saya baru tahu juga apabila hari Rabu lepas saya pergi Pusat Pameran Antartika. Kalau dalam km, jarak Christchurch dan Antartika ialah 4720.20 km. Kalau dalam batu nautika ialah 2548.70. Antartika ni benua yang paling sejuk, paling kering (lebih kering daripada gurun panas) dan paling kuat angin. Hehe pengetahuan diambil daripada pameran. Takde salji cuma air batu. Jadi bayangkan angin dari Antartika ni berhembus ke Christchurch. Sejuk nak mampus. Ada hari saya pakai 2 lapis baju sejuk campur baju biasa. Kira 3 lapis ler. Abah saya macam tak puas hati saya pakai tebal-tebal atau dia kata baju saya pakai bukan baju sejuk menawarkan diri belikan baju sejuk yang sebenar-benarnya. Beli di pasar minggu. Harga NZ$10. Murahlah tu. Hehe saya cakap apsal tak belikan baju sejuk yang betul-betul macam orang Eskimo pakai tu, baju sejuk guna bulu binatang. Banyaklah loyar buruk saya.

Doakan keselamatan saya balik esok. Saya akan rindu layanan baik adik dan adik ipar terutama makanan. Tetap makan nasi hari-hari dengan lauk-lauk seperti di Malaysia. Jadi takdelah pulun sahaja daging kambing dengan pizza. Nyum-nyum. Akan sentiasa dalam ingatan bila rindu dengan tempat ini. 

Tak tahu bila akan lagi ke sini. Kos tambang memang tinggi bagi saya. Kena menabung semula kalau nak datang lagi :)
 

3 comments:

Syazana Zainn said...

wahhhhh seronoknya baca :D

teringin nak ke NZ :D

Nor Azimah said...

Na,tak puas duduk tempat orang ye.. memang seronok sesekali dapat berjalan jauh lihat suasana baru, dapat pengalaman baru.. apapun akak doakan pulang ke tanah air dengan selamat..InsyaAllah

Jajas said...

seronoknya dapat tengok negeri org......