Nuffnang

Wednesday, December 11, 2019

Subway Chicken Bologna Paprika

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Apa khabar? Harap sihat dan gembira hendaknya. Amin.

Gambar Subway Chicken Bologna Paprika boleh klik sini

Pagi tadi pergi ke Mydin MITC. Mak nak beli sayur-sayur untuk nasi ayam. Saya cuma tengok-tengok barang. Tiada yang saya minat nak beli. Cuma beli setin kopi Wonda Espresso yang kebetulan ada harga murah iaitu RM1.88. Lepas bayar dan keluar tiba-tiba rasa teringin nak makan Subway. Teringin nak makan sub chicken bologna paprika sebab pedas (acah-acah pedas sahaja). Lagipun sini murah berbanding beli dalam KLCC. Mengapa eh? Ni kombo dengan air. Ada 4 pilihan: BBQ chicken, chicken bologna paprika, seafood sensation dan meatball marinara. Saya memang suka Subway sebab banyak sayur (saya tak ambil timun rasa macam tak sesuai makan dengan sub ni) dan boleh pilih sos yang disukai. Saya perasan ada sos-sos baru yang dikategorikan sos pedas macam hot aioli. Lain-lain tak ingat tapi ambil sos-sos pedas nak rasa. Lagi satu ada sos keju.

Makan ni rasa sihat. Hehe. Harga bagi saya berpatutan dengan air iaitu RM10.90. Cuma tak minat sangat air sebab air sejuk walaupun tak letak air batu. Kalaulah dorang tawarkan air panas sekali dalam kombo ni kan bagus.


Resit
Resit Subway


Pernah juga makan Subway di luar negara. Ambil yang vegetarian (sayur semata) pun sedap weh. Lagi sayur kat sana sayur kobis ungu, avacado dan ubi bit. Ada juga pernah makan tuna. Rasanya bolehlah untuk tuna. Baik ambil sayur-sayuran semata lagi sedap.

Ini sahaja saya nak luahkan. Saya cuma nak kongsi pengalaman. Jumpa lagi. Insya Allah.


11 comments:

Azhafizah MN said...

Subway ni letak apa apapun sedap. sos dia campur semua tu sedap giler! Harga tak sama mungkin sebab sewa di KLCC lebih mahal kot berbanding mall biasa..tempat pun level international gitu

Mimie said...

Bilalah dapat merasa makan subway ni. Sellau lalu je depan subway tapi tak pernah nak singgah beli pun. Ramai cakap sedap

adianiez AIDA said...

akak lom makan subway kat mydin tu lagi, wina.
kalau ke situ, asyik la gi beli rotiboy tu.
terlupa langsung nak tapaw subway :)

ismimaizura said...

mcm sdp je bunyinya chicken bologna paprika tu..kt tmpt sy xde subway..klu blik kg. or g jln2 kl bru jmpe subway..

Etuza said...

Asalam..done follow blog awak ya

Etuza said...

Asalamualaikum, kat sana baru subuh / masih subuh kan..terima kasih ya dapat follow blog Etuza

Nurul Shahira said...

Selalu makan subway mesti ambik wrap & chicken teriyaki. Itu je asyik diulang-ulang 😂. Lepas ni boleh try yg lain pulaklah hehe.

Nur said...

Saya pun suka Subway, NA. :)

nona sani said...

Tak pernah makan Subway... Huhu..
Nanti try...

Nina Mads said...

subway ni ala2 sandwich mat saleh.. makan mesti kena letak sayur byk2 baru sedap

babYpose said...

Sedap sandwich, bersayur tu rasa sihat, di luar negara eloklah ambil sayur saja kan..