Nuffnang

Monday, October 18, 2021

Rasa Hendak Lompat Bintang Tapi...

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini selesai dapat dos ke-2. Ingat hendak lompat bintang tapi...

Tengok MySejahtera, bahagian Vaksinasi Covid-19, temujanji ke-2  tidak dikemaskini.




Alkisahnya saya pergi PPV Stadium Hang Jebat tapi sudah tiada. Ada papan tanda suruh pergi ke Lapangan Terbang Melaka untuk vaksin ke-2. Gelabah, pergi ke lapangan terbang pun PPV sudah ditutup. Macam cari harta karun pula ada notis KKM (tak silap). Panggilan telefon tidak diangkat. Jadi tekad ke PPV Encore Melaka. Oh lupa, ada pakcik ini hendak ikut dengan kenderaannya dari stadium. Pertama kali ke Encore. 

Alhamdulillah diterima, cuma petugas itu kata maklumat lokasi terima vaksin itu dikemaskini manual. Mungkin itu ambil masa. Harap-harap tiadalah lama sampai 2 minggu. Nasib baik ada kad vaksin tapi lebih lega kalau dalam MySejahtera telah dikemaskini.

Masa untuk menunggu...
Ada sesiapa ada pencerahan berapa lama akan dikemaskini untuk dapat sijil digital?

Salam Maulidur Rasul.

29 comments:

Farrah MF said...

Okey... boleh lompat bintang, tetapi separuh je hihihi
Moga butiran di MySejahtera akan segera dikemaskini.

Tiara Sapphire said...

rasanya lepas 2 3 hari baru dia update, kalau tak salahlah saya pun dah lupa sebenarnya..hehe

mama sara nur @ Cik Nor said...

alhamdulillah
janji lengkap. 2 dos dah kan

Luiz Gomes said...

Parabéns pelo seu trabalho e matéria.

nohas said...

Salam Maulidur Rasul..

Alhamdulillah, dah selesai..semoga cepat di update..

mrhanafi said...

kalau tiada masalah teknikal ...biasanya beberapa minit dah boleh kemaskini.

teruskan jumping jack...sebab itu cara senaman yang mudah lagi simple

babYpose said...

Alhamdulillah lengkap 2 dos, moga cepat kemaskini sijil digital, InshaAllah. Salam Maulidur Rasul sis NA.

Puan Hazel said...

Lompat separuh dulu NA :)
Hopefully semuanya ok lah nanti di MySejahtera tu.

Kamsiah yusoff said...

Harap2 takda sakit2 badan lps suntik 2nd dose ya..akak baru abis ja seksanya haha

NA said...

Ada.

anakdenesor said...

biasanya tak lama. dalam 2,3 hari je

Azhafizah MN said...

Aduhaiii susah jugak tu pergi sana sini PPV tutup. Mujurlah ada PPV yang masih beroperasi. Semoga cepat proses update tu nanti.

SalbiahM said...

tak pasti pula kalau ikut set up secara manual begini. Dah macam Amazing Race pulak demi nak mencari PPV yang masih dibuka

Ujie Othman said...

Alhamdulillah NA, lepas ni dah ada lesen nak ke mana-mana 😀

Sijil digital ambil masa sikit untuk update. Rasanya dalam tempoh beberapa hari gitu.

Amie said...

Alhamdulillah.Lengkap dua dos.
Sekarang sudah kemaskinikah?

Luiz Gomes said...

Uma excelente tarde.

nayfatimahrasyid said...

Alhamdulillah... Dah boleh pi mengundi🌹🌹

NA said...

Malas pula hendak mengundi.

Dasir Rounin said...

Wah.. mcm cari harta karun ya😅pass sana sini pulak ye, apa pun semoga baik2 saja..

Abam Kie said...

biasanya masuk hari ke 15 sijil digital akan bertukar kpd kuning i.e. fully vaccinated... sabar ye..

norhidana said...

sekarang banyak ppv dah tutup itu masalah sikit untuk yang lambat terima vaksin... tapi sepatutnya di mysejahtera dah diupdate, payah jugak kalau tulis tempat lain tp pergi ppv tu dah tutup lak

Shikin Razali said...

Biasanya ianya akan dikemaskini dalam masa 2 ke 3 hari tapi disebabkan ppv banyak dah ditutup, jadi mungkin ianya mengambil masa 1 minggu, agaknya lah.. semoga semua urusan akak dipermudahkan...

NA said...

Terima kasih untuk pencerahan.

Azian Elias said...

alhamdulilah dah settle kan. tunggu je lah nnt ye..

ازمير شهار ~ azmer said...

salam maulidur rasul..

Nina Mads said...

Harap dipermudahkan urusan akak.. dlm masa 14 hari dh dikemaskini kalau tak silap

NA said...

Amin. Terima kasih ya.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Alhamdulillah . Semoga dipermudahkan segala urusan

mamapp said...

Kdg2 mmg boleh JD gitu sebab manual