بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Setelah mencuba black forest, tiba-tiba hendak cuba kembar tidak seirasnya, perisa karamel masin walaupun boleh agak rasa bagaimana iaitu manis dan masin. Harga sama seperti black forest iaitu RM1.50. Sesuai namanya karamel masin mestilah plastik warna mustard.
Tekstur inti seperti krim dan daripada pandangan nampak sedikit berbanding dengan nisbah roti. Memang tidak nampak dalam gambar berbanding inti black forest.
Masih sama seperti roti black forest, gunakan roti coklat.
Penilaian: Tidak disangka rasanya seimbang antara roti dan krim. Tawar, manis, masin dan sedikit pahit (karamel dihanguskan sedikit agaknya) silih berganti. Tidak bosan dikunyah. Jadi tidak manis sangat. Rasanya sebungkus tidak cukup!
Bolehlah beli lagi.
25 comments:
sedappp..yg black forest tu x jumpa lagi.
Sikit je intinya. Tapi ada juga orang yang suka
kalau NA cakap sedap, kena cuba ni..hehe
nanti boleh rasa lagi
Pasti sedap.. Belum cuba lagi haha
Alamakkk kita x jumpa lagi dedua perisa ni.. Nk try cari juga laa
Suka yang ni...sedap...rasa karamel dia...
Lum try lagi👆
alamak kene cari nih, aritu jumpa yang karamel masin tapi cuma 1 tak jadi beli... lenkali kene cuba sebab yang cakap sedap ramai bebeno
ada juga jumpa tp tk beli sbb baca review yg blackforest lg ok..tp tk jmpa plak blackforest punya
Jenis ni tak cukup kalau beli satu. Kena pula meriah bebudak kat rumah :p
suka juga ya ...memcuba pelbagai roti yang sedap-sedap
belum cuba dua2 perisa ni..
Menarik. Dah cari kat 7e tapi cepat je sold out.
saya tak rasa lagi kedua-dua roti tu...nak try tapi mood kelaut dan kalau makan pun tanpa rasa ni mmg rasa down hehee
wah! Mcm2 perisa roti Gardenia skrg. tp sygnya harga makin mahal. huhuhu..
Asal baca entri NA tentang roti, tros I cari roti kosong kat dapo oles dgn kaya or whatever yg ada. Haha.
Inti dia sikit betul. Mujur sedap dimakan. Belum jumpa lagi roti yang baru ni kak. Nanti nak cuba jugaklah.
Nampak sedap walau inti sikit, berkaramel mesti sedap ada masin manis...roti gardenia macam ni biasa buat bekal senang..
W'salam NA,
Teringin cuba tapi susah dapat roti Gardenia ni sekarang.
Mana-mana tempat roti Gardenia habis, kena tunggu stok kembali normal baru dapat rasa..
Tak jumpa lagi kalau jumpa nanti nak juga cuba
Sebungkus tak cukup? Memang sedaplah tu kan 😀. Saya masih belum nampak roti-roti baru ni. Jadinya masih belum dapat mencuba.
Tak pernah cuba lagi roti yang ini. Selalu beli jagung & coklat jer.He2~
Suka tekstur yg x lembut sgt tu.. sedap kunyab
Belum pernah try lagi.. Mcm x nampak je kat kedai mamak bawah rumah ni
Post a Comment