بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pertama kali dalam sejarah hujan turun 3 hari berturut-turut. Dari hari Jumaat. Rasanya hari ini paling lebat. Berhenti sekejap ingat sudah reda. Rupanya sambung lagi dengan air turun dengan banyak. Tdak habis-habis menangis. Seolah-olah awan-gemawan kembung/kantung air tidak berkurangan!
Cuaca pun menjadi sangat sejuk iaitu 25°C. Tidak perlu buka kipas. Lantai laminate sejuk. Tidur kena pakai stokin dan selimut. Buka lampu tidur untuk beri kehangatan.
Pandangan Hujan Dari Jendela Bilik |
Tolong berhenti wahai hujan! Saya akan keseorangan esok.
18 comments:
Stay safe NA..
Di tempat PH juga hujan berpanjangan dari semalam...
Ada kala lebat, ada kala renyai-renyai
Moga baik-baik saja utk NA & semua.
Jaga diri NA...
Sentiasa update ok bila sorg2 tu always keep in touch ngan spe2 k..
Hujan macam ni sedap tidur. Harapnya tak sampai banjir lah.
Samalah di LD. Mendung, hujan renyai, hujan kuat. Matahari sembunyi di balik awan kelabi. Moga semuanya baik-baik saja ye NA.
Jaga diri kak NA. Harap takde apa-apa buruk yang berlaku. Take necessary precautions ya
Ya Allah
Kau turunkanlah hujan yang membawa rahmat dan keberkatan kepada kami semua
best hujan ni, tapi susah nak gerak memana kan
Take care NA.
Tengok news air di Sg Melaka dah naik.
Ada tempat yang dah banjir semoga dilindungi dari bahaya.
semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku..
tapi hujan itu adalah rahmat untuk sekelian alam
Take care NA🤲🤲
Ya Allah berbanyak berdoa, sama di sini, jika hujan berterusan terus tutup semua berdoa, nak bersantai pun risau. Moga NA dilindungi InshaAllah.
Pastikan sentiasa bersedia dan jangan leka dalam apa jua keadaan
skarang bila hujan jd riso sbb keje kt shah alam riso air naik...tp mmg sejukkkk bila hujan cuma riso juga bila driving
manakala di utara ni pulak, dah agak lama panas. Jarang sekali hujan turun, kalau pun ada cuma gerimis. Rasanya sudah lebih 2 minggu begini. Rindu pulak pada curahan hujan.
Sejak jumaat haritu memang hujan tak berhenti. Sejuk betul tak payah pasang kipas pun takpe masa balik kampung haritu. Tahu tahu banjir lepas tu. Allahuakbar. Semoga tak terus hujan lepas ni bagi air surut sepenuhnya.Aaminn...
Memang sekarang kalau hujan lebat sikit dan lambat tunjuk tanda nak berhenti, hati saya cepat risau.
Moga NA sentiasa dilindungi Allah. Stay safe.
Hari ni mendung je ..mmg best compare beberapa hari ni panas lit lit...
Post a Comment