Nuffnang

Monday, August 15, 2022

Aiskrim Snickers

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya baru perasan kewujudan aiskrim Snickers ini padahal sudah lama beraya di pasaran.

Terperasan ada peti ais dengan gambar Snickers dan Mars di luar tempat pembayaran stesen minyak Petronas MITC. Akhirnya tergerak beli. Ada 2 jenis aiskrim Snickers rupanya. Satu harga RM4.50 dan satu lagi tidak silap RM5.50 atau RM6.50. Saya pilih yang pertama seberat 66 gram. Pembungkusan luaran memang sama dengan Snickers asal. Adakah sama rasanya?

Aiskrim Snickers



Potong untuk lihat keratan rentas di dalamnya. Lapisannya lebih kurang seperti asal tapi bahagian bawah sekali (warna coklat muda) itu aiskrim. Bahagian atas ialah kacang yang dipanggang bersama karamel. Perasan tiada warna putih yang mewakili nougat. Apapun makan versi sejuk ini tidak mempengaruhi ketiadaan nougat. Ia sangat sedap. Sama sahaja makan yang asal. Aiskrimnya menyokong kekosongan perasan nougat.

Keratan Rentas Kiri Ke Kantan: Kacang Panggang, Karamel, Aiskrim



Rasanya saya akan beli lagi tapi sebelum itu saya ingin cuba pilihan ke- yang harga RM5.50/RM6.50. Tiada kekesalan selepas makan. Snickers adalah snek coklat yang saya suka sekali. Satu masa dahulu ketika sekolah menengah (Tingkatan 3-5) saya selalu beli ketika berjalan di tengah bandar. Ia sangat memberi kepuasan.
Ia mengembalikan memori. Sekarang tidak boleh tiru makan berdiri sebab tidak elok. Makan kena duduk.

P.S: Korang ada snek yang menggamit memori?

21 comments:

Carneyz said...

Oh ya, Snickers ni dulu mmg coklat kegemaran saya, berbanding dgn coklat Mars tanpa kacang. Baru tau ada aiskrim Snickers, boleh la cari kalau singgah di stesen Petronas.

Cik Suerin said...

Aiskrim ni cheq tak cuba lagi, sebab tak jumpa lagi kat kedai 😂

Snek yang menggamit memori silam cheq pula ialah coklat Cloud 9 😆

nona sani said...

Ehhh, ada ye.. saya egtkan coklat je diletakkan dalam tmpt aiskrim. ahhahaaa.. Ok, nanti leh try... aiskrim memori semestinya aiskrim Malaysiaa.. yg rm0.20 harganya duluuu 😅

anakdenesor said...

cuma agak manis sikit bagi AD la..lepas makan terus cari air kosong. hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy suka coklatnya, eskrimnya belum dicuba lagi.

norhidana said...

Tak pernah jumpa lagi ni kak oi, kalau sneakers biasa dah sdp aiskrimnya apatah lg

Mbul Kecil said...

mbul suka sangat dengan nougat kak....biar lengket tapi manis sweet...baru tahu ini ada aiskrimnya...mbul cuma pernah icip yang coklatnya aja...yummy ^^

mama sara nur @ Cik Nor said...

Jajan kesukaan ank bujang snicker, wah ada aiskrim nya pula ya.

shima jelani said...

Manis sangat tak? Kalau coklat snicker tu, tak suka sebab manis sangat huhuhu

NA said...

Manis jugalah tapi tidak manis sangat. Hehe toleransi manis mungkin berbeza.

Ujie Othman said...

Ooh..ada versi eskrim jugak. Baru tau.
Coklat snickers saya kurang suka sebab manis sangat jadi macam sakit gigi.

nohas said...

dulu2 suka..snickers, mars..belum cuba aiskrim ni..

SalbiahM said...

saya pun baru tau kewujudan aiskrim ni. snek menggamit memori..biskut yang ada 'aiskrim' atas tu. teringat arwah nenek suka belikan

mama tisya said...

coklat snickers mmg fav..tp yg aiskrim blum cuba lg

Nina Mads said...

choc bar snickers sedap dan manis tp aiskrim belum cuba

fanny_dcatqueen said...

Kak Na, ini memang sedaaaap aiskrimnya. Saya trakhir ke Malaysia, trus di KLIA shopping kan, ada aneka aiskrim yg dibuat dari beberapa coklat fav. Ya ampuuuun saya dan suami sampai beli beberapa kali, hanya utk mencoba rasa2nya. Ada rasa Toblerone, kinder and many more lah. Sukaaa semua 😄. Tiap transit di KLIA saya pasti beli

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Macam limited je aiskrim snickers ni . Lepas baca post NA baru tahu snickers pun ada keluarkan aiskrim ..

Sha Mohamed said...

Kat sini rasanya tak pernah nampak.. Kesukan juga sneakers ini..

Azhafizah MN said...

Saya pun baru tahu kewujudan aiskrim snickers ni kak. Nanti nak carilah juga. Snek kegemaran menggamit memori ada banyak :)

dear anies said...

dulu suka sgt sotong kering yg manis tu. dulu2 punya tebal. sekarang nipis melayangggg

anamizu said...

wahh nak kena cuba nti ni! snack kegemaran sy dulu2 keropok tikam hehe