Nuffnang

Friday, October 14, 2022

Pertama Kali Makan Nasi Ganja

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah Isnin cuti Maulidur Rasul itu puasa putih. Maka buka puasa dengan nasi ganja daripada Aida Rich Cafe yang terletak di Taman Tasik Utama berhampiran Restoran Woodfire.

Pertama kali mencubanya. Teruja hendak tahu rasanya.

Bahagian Luar Nasi Ganja Oleh Aida Rich Cafe



Apabila buka bekas polisterin ada nasi, sayur kobis, bendi,  telur sebiji (macam kuah kicap), serunding dan ayam goreng bahagian kaki. Dalam plastik berasingan ada kuah kari yang agaknya pekat.

Isi Dalam Bekas Polisterin. Ayam Menutup Nasi



Rasa sedap, kuah pedas. Semua berasa. Ayam besar cuma nasi sedikit. Boleh ulang lagi.

Alamat:

54 Jalan TU 42,
Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh,
75450 Melaka.

Buka untuk makan tengahari dan malam. 12 tengahari hingga 10 malam. Isnin tutup.

 

12 comments:

Vanilla Maple said...

Sedapnya nasi ganja, teringat nasi ganja ipoh hehehe

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tak pernah mkn lagi. Mungkin adaptasi dari nasi style Jawa (lupa plk nama nasi tu). Tapi ni dah 'dimelayukan' sbb tak de sambal goreng.

Azhafizah MN said...

Best makan kalau kena dengan selera. Saya suka jenis macam ni kuah asing sebab bukan penggemar kuah banjir.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Sekarang ni, nak makan makanan special sesuatu negeri dah tak payah memandu jauh, cuma susah nak jumpa yg sama. Tapi, ayam goreng dia nampak sedap.

anamizu said...

wahhhhh besar juga ayamnya tu.

mrhanafi said...

ayam itu nampak sedap ..

yang penting kenyang dan makan ada selera

Ako Retna said...

Ayam besar tu puas hati laa... nasi sikit xpe hahah janji ayam besar :D

Amie said...

Nasi ganja memang sedap.
Versi yang saya jumpa ada cili hijau dan kacang bendi.

dear anies said...

ada pening2 x NA lps makan tu? hehehehe

Fieza Sani said...

sedap tu...lauk simple..

mamapp said...

yum yum sedapnya.. first time dgr nama nasi ganja takut nak makan haha

Nina Mads said...

nasi ganja menarik namanya untuk dicuba