Nuffnang

Sunday, April 9, 2023

Ikhtiar: Mencuba OsteNutrix dan Omega Guard Shaklee

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semakin sudah berusia mulalah rasa kaki rasa lenguh, tangan rasa lenguh juga. Terfikirlah hendak beli makanan tambahan (suplemen) yang diharapkan boleh menghilangkan rasa lenguh, sengal ini. Lagi bulan puasa, buat terawih dan solat sunat. 

Jadi pesan suplemen Shaklee secara dengan seorang ini. Memang berurusan dengan dia kalau hendak cuba suplemen lain.  Teringin untuk cuba Ostenutrix dan Omega Guard. Harga Ostenutrix RM60 dengan 120 kapsul dan Omega Guard RM120 dengan 90 kapsul.

OsteNutrix dan Omega Guard Shaklee




Tengok label pada Ostenutrix. Oh! Ada kalsium, magnesium, vitamin D3, zink, besi, mangan dan boron. Ini untuk tulang, otot dan saraf. Kombinasi vitamin-vitamin dalam 1 kapsul. Oklah masa dahulu saya beli magnesium dan vitamin D3 secara berasingan. Jimat dan makan sekali.

Manakala Omega Guard ada EPA & DHA Omega 3 daripada minyak ikan. Pernah juga makan yang minyak terus itu masa di universiti konon untuk cergas otak. Haha tidak sedap. Nasib baik dalam kapsul lembut yang saya beli sekarang. Harap berkesan. Ikut nasihat daripada orang membeli ini kena makan 2 kapsul Ostenutrix selepas buka dan 2 kapsul gel lembut Omega Guard ketika sahur. Memandangkan sahur minum air sahaja, saya makan Omega Guard lepas terawih.
Ikut penggunaan Ostenutrix bertahsn sehingga 2 bulan manakala Omega Guard 45 hari. Lama itu. Hehe kita tengok kesannya selepas itu. Apabila dapat keputusan positif selalu berhenti, tidak teruskan lagi. Korang bagaimana? Akan selalu makan selepas ada kesan positif?

16 comments:

anamizu said...

selalunya lps dah positif mesti berhenti =P

Nur said...

Saya tak tahu nak komen macamana, NA, sebab saya tak ambil supplement. Tapi suami saya ada ambil yang dibeli di farmasi, untuk lutut. Memang selalu bila dah baik, berhenti makan. Bila sakit balik, ambil semula. :)

Ako Retna said...

sama slalu klu dah ada perubahan mesti stop je tp org ckp sebenarnya kena la sentiasa continue je walau dah rasa sihat

mrhanafi said...

semoga penyakit sengal yang dialami akan berakhir nanti..

Suplimen sangat bagus untuk diamalkan sampai bila-bila selagi poket tetap mengizinkan

Salina@IbuAqil said...

Umur2 40an ni ibu pun mudah rasa sakit2 badan. Tulang sendi lenguh2.

SalbiahM said...

saya akan cuba untuk istiqamah, sebab pendapat saya supplement ni effect dia tak nampak sekarang, tapi mungkin akan mengelakkan kita dari sakit bila dah tua nanti. sekdar ikhtiar, Allah juga Maha Mengetahui

Carneyz said...

Tak pernah cuba lagi. Kalau berkesan nanti boleh la NA buat review.

Ujie Othman said...

Sejak tahun lepas saya amalkan fish oil jenama Blackmores, Alhamdulillah nampak ada kesan baik selepas beberapa bulan amalkan. Jadi saya teruskan ambik sehingga hari ini. Letak atas meja makan supaya tak lupa.

Moga kedua-dua vitamin yang NA ambik ni beri kesan baik pada NA.

Afzan said...

saya lenguh2 juga sendi-sendi kaki saya agak sebab kurang air dalam badan sebab puasa.Saya jenis tak konsisten ambil supplement time rajin je makan

Suria Amanda said...

Dah lama x makan vitamin shaklee...macam kena repeat balik je ni

anamizu said...

InshaAllah moga beroleh manfaat mkn kedua vitamin ni NA hehe

Mrs. A said...

Semoga ikhtiar NA diberkatiNYA.
Mrs. A tak makan pun apa-apa supplement huhuuu
Pernah dulu cuba makan supplement tapi tak istiqamah dan rasa macam tiada perubahan positif.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Semoga cocok dengan suplemennya kak Na. Saya sendiri dari dulu rutin konsumsi suplemen, setiap hari, terutama multivitamin, dan skin suplemen. Apalagi usia dah mature nih 😄. Dah butuh suplemen utk kulit supaya tetap kencang dan glowing 😄. Kalo multivitamin saya pilih yg ada kandungan vit C, zinc, kalsium dan vit B. Trus untuk tulang saya pilih vit D dan K2. Yg saya rasain sejak rutin, at least saya jarang sakit. Kalopun sakit, cepet sembuhnya

Rabiahtul adawiyah said...

Boleh pm rabia ya
Rabia jual produk shaklee

Sha Mohamed said...

Samalah.. Sha pun bila da dapat kesan positif, pasti berhenti makan.. kikiki,..

dear anies said...

tak pernah amik supplement. cuma nasihat yg penah sy dgr bla dah amik supplement ni pastikan minum air kosong at least 1.5l sehari...