Nuffnang

Monday, May 15, 2023

Nasi Lemak Daun Pisang Daripada Jiran Hujung

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sabtu kelmarin sebelum pergi rumah terbuka Uncle Mamat di Kuala Selangor, jiran hujung rumah minta abah daun pisang. Tanpa teragak abah beri. Balik sampai pukul 9 malam lebih. Teruk kesesakan jalan raya di sana.

Esoknya atau semalam, awal pagi jiran beri satu bekas jernih bulat yang ada 6 bungkus nasi lemak daun pisang.

Nasi Lemak Tinggal 1 Lepas Saya Ambil 1





Wah rajin betul jiran ini buat sarapan bungkus nasi lemak dalam daun pisang. Kalau kami hanya masak nasi lemak tanpa bungkus dengan daun pisang.

Nasi lemak lengkap dengan sekeping ayam goreng tepung, separuh telur separuh masak, ikan bilis dan kacang yang rangup dan sambal yang sedikit manis tapi boleh ditelan. Tidak pedas.

Isi Separuh Masuk Pinggan. Cara Saya Makan Separuh Takut Tidak Habis. Ini Nasi Lemak Memang Sedap Maka Habiskan Semua



Menjadi rebutan anak-anak buah. Maka tengaharinya mak saya buat nasi lemak dengan ayam goreng tepung, sambal pedas dan telur goreng. Hehe lebihan sambal jiran beri ada lagi. Nasib baik diasingkan letak dalam bekas lain.

Alhamdulillah terima kasih jiran hujung rumah. Rajin buat bungkus dengan daun pisang. Kami yang banyak daun pisang tidak pula guna.

P.S: Bengang tidak boleh layari internet dengan data Hotlink. Seminggu berlalu. Masih terpaksa guna adik bongsu punya.


20 comments:

babYpose said...

Alhamdulillah rezeki wangi nasi lemak dibungkus daun pisang, sedap juga letak ayam goreng tepung, telur separuh masak. Moga silaturahim dengan jiran berpanjangan.

Ammi said...

ada orang memang rajin bertingkek-tingkek... tp kalau ammi yg bertingkek2 tu cuma lemak dan kemalasan aje.

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
Orang memberi kita merasa

Ujie Othman said...

Sedap aroma nasi lemak berbungkus daun pisang. Memang lebih berselera.
Biasanya gitulah kan, kalau benda ada banyak di rumah kita, tak rasa nak guna selalu 😁

Memang geram bab internet ni. Kita dah bayar, tapi tak dapat servis sepatutnya.
Jadi satu kerja nak call buat aduan.

Mrs. A said...

Nasi lemak bungkus dengan daun pisang bila makan feeling dia tu lain hehehee...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Rumah jika ada pokok pisang mmg best. Selain dpt berbakti utk org atau pun mcm2 menu favourite kita boleh buat nanti.

Wak Lat said...

waduhh xleh harap hotlink ni, kesian kt awak ye., kene cepat2 tukar simcard lain nih., skrg zaman internet mana boleh asek problem je kann., huhu

Nur said...

Ha ah, yek. Rajin buat nasi lemak bungkus daun pisang. Tapi harum dan sedap bila makan. :)

mrhanafi said...

Kalau tidak cun...gunalah U-mobile.

harga Rahmah dan laju juga untuk aktiviti online

dear anies said...

rajin betul jiran NA membungkus nasi lemak... ke... dia ada bisnes nasi lemak?

Djangkaru Bumi said...

Nasi lemak yang super mantap
kalau di kampung saya namanya nasi kucing

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Sedap aroma nasi lemak bila dibungkus dgn daun pisang . Wangi

nohas said...

Sedapnya nasi lemak daun pisang.. mungkin jiran tu buat utk bagi pd jiran tetangga..

mama tisya said...

aroma daun pisang tu yg lg ummppp bila mkn nasi lemak..

Amie said...

Rezeki Allah!

mamapp said...

alhamdulillah rezeki.. sedap nasi lemak daun pisang ada arma yg x sama kalau makan kat pinggan

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah rezeki.. wangi nasi bila dibungkus dalam daun pisang..

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Kak Na ini bikin saya tak sabar ke Malaysia akhir bulan nih 😄😄. Paliiiing suka liat nasi lemak kalo dibungkus daun macam tuh, wangiii aromanya 😍😍. Di KL dan Melaka nanti, saya dah sengaja pesan hotel tak dengan breakfast Krn nak hunting sarapan nasi lemak di luar 😄

Fieza Sani said...

Alhamdulillah rezeki..Rajin betul jiran siap bungkus pakai daun pisang...Kalau akak pun tak rajin..hehe..

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..Rezeki. Orang memberi kita merasa. Kira sistem barter ni lah. Sedap nasi lemak bungkus daun pisang. Untung juga jiran bagi sambal lebih. Tinggal masak nasi je.