Nuffnang

Monday, January 20, 2025

Hadiah: Menjadi Salah Seorang Kamu Yang Mesra 2024

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Terlebih dahulu hendak minta maaf sebab lambat terbitkan pos. Alhamdulillah parcelnya sampai Ahad lepas, 12 Januari tapi saya tiada di rumah. Saya dapat buka pada keesokannya iaitu Isnin. Cuak juga sebab nampak koyak kecil pada plastik parcel. Cepat-cepat buka untuk tengok isi di dalam.

Parcel Keriangan. 



Perasan tidak pada gambar di atas nampak lubang kecil sebelah kanan yang menampakkan sesuatu yang berwarna merah jambu?

Syukur dapat dengan tiada kerosakan. Terus bagitahu pada Puan Ujie parcel telah diterima.
Buka plastik ada beg kanvas merah jambu. Kemudian nampak beg motif bunga dan kimono, siap ada tulisan buatan dari Jepun. Cantik betul. Terus rasa hendak bawa untuk terawih.

Corak Motif Bunga Sakura, Gunung Fuji Dan Kimono



Kemudian dalam beg ada hadiah lagi. Kotak hitam 'Best Wishes'. Macam- macam ada. Ada kalendar Masihi 2025 dan Hijrah 1446/1447, penanda buku, buku, magnet peti sejuk Taiwan, teh pic Jepun. Banyak diberi. Ini semua tempat yang Puan Ujie lawati.

Susun Hadiah Yang Saya Dapat



Saya suka baca blog Ujie. Penuh maklumat dan gambar-gambar yang diambilpun cantik. Selalu kagum bagaimana Puan Ujie boleh ambil gambar-gambar yang cantik.

Kalau korang minat baca tentang tempat yang dilawati oleh Puan Ujie boleh taip ujieothman.blogspot.com. Selain tempat yang dilawati, ada juga tempat makan yang disinggah dan cerita peribadi. Sambil itu boleh cuci mata tengok foto-foto dan video yang dirakam.

Jumpa lagi.


No comments: