Nuffnang

Thursday, February 27, 2025

Susah Senang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kehidupan dunia, ada masa senang ada masa susah.

Ada masa makan banyak, ada masa makan sedikit.

Sebelum ini banyak makan kenduri jadi kenalah ambil ini.

Curatap Dan Minyak Aromaterapi



Untuk kurangkan atau harap-harap hapuskan asid urik.

Selamat menyambut Ramadan semua.


Friday, February 21, 2025

Tutup

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sekarang ini masa untuk meluruskan urusan dunia yang kurang lurus. 

Antaranya menutup akaun bank konvensional yang tidak aktif. Ditakdirkan Allah saya terpaksa ke bank tersebut untuk urusan lain tapi emak tanya saya bukan ke saya ada akaun di situ. Saya kata ada tapi tidak aktif. Emak suruh tutup terus.

Dugaan untuk menutup akaun tersebut, sistem pula tergendala ketika itu tapi buka akaun baru yang Islamik lancar pula buat sebelum nak tutup yang konvensional. Hait kena datang balik ke bank. Rasa malas betul tapi kena tutup juga.

Saya ingatkan apabila tidak aktif, duit beku dan tidak bertambah di dalamnya tapi bertambah dengan bunga-bunga. Allahuakbar. Berderau darah ini. Silap percaturan saya sebelum ini.

Hendak tidak, kena paksa tutup akaun itu. Moga Allah ampunkan saya atas kelemahan lambat buat.

P.S: Selamat tutup pada 25.02.2025 (Selasa)

Thursday, February 20, 2025

Giveaway Kerajaan Kelapa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Terima kasih Cuya jemput ke acara memberi sampul duit raya.


Klik gambar di atas untuk ke pos penganjur.

Ikuti syarat-syarat diberi. Mudah sahaja.


Sunday, February 9, 2025

Hadiah: Terima Parcel Besar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah terima hadiah lagi. Rezeki jangan ditolak. Kali ini daripada CCL kerana jadi tukang komen terbanyak bulan Januari 2025. 

Parcel ini sampai Jumaat tapi masa itu saya sudah balik kampung jadi Ahad malam baru dapat buka. Jom buka!

Parcel Besar



Beg tangan. Besar isipadu beg ini. Haha bertambah koleksi beg tangan yang saya ada. Boleh gunakan nanti. Beg tangan AS daripada D'Herbs. Baru tahu juga D'Herbs keluarkan pelbagai jenis beg. Ikut penerangan kad yang diterima: AS bag adalah bag berkualiti drngan menggunakan material Super premium Vegan Leather dan Super Premium nylon dijamin 100% berkualiti.

Beg Kod Sophea



Terima kasih CCL. Semoga murah rezeki. Korangpun boleh terjah blog CCL di cikcappuccinolatte.blogspot.com


Beli Munif Hijjaz Cocoa Drink With Arabic Gum Set di Wowshop

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Penantian satu penyeksaan. Buat pesanan pada hari Isnin (3 Februari) tapi dapat hari Jumaat (7 Februari). Rabu baru masuk sistem. Khamis patut sampai tapi dijadualkan kemudian. Agaknya pihak penghantar (DHL) tidak sempat hantar.

Hari Jumaat saya whatsapps penghantar tanya bila dan minta hantar sebelum pukul 11 pagi sebab saya hendak balik kampung. Nasib baiklah dia dalam perjalanan ke rumah saya. Alhamdulillah. Barang ini saya beli secara tunai ketika penghantaran (COD). Harga RM109.

Kotak Besar Kotak Kegembiraan



Rasa berbaloi sebab satu set ada 5 bungkusan. Satu bungkusan ada 25 peket. 5 peket percuma. Patutnya percuma dapat 5 peket biskut coklat. Agaknya habis stok.

Pandangan Depan



Saya sempat buka kotaknya sebelum pulang ke kampung dan bawa 2 peket ke sana untuk dicuba. 

Isi Dalam Kotak: Munif Hijjaz Cocoa Drink With Arabic Gum



Akhirnya sarapan pagi Ahad saya dapat mencuba. Airnya memang betul-betul rasa coklat yang pekat. Kaw. Tidak perlu tambah susu atau gula untuk 175 ml. Saya tidak dapat kesan pula rasa gam Arab itu. Gam Arab dikatakan bagus untuk penghadaman. Itu yang saya tertarik untuk cuba. 

Pengalaman ke-2 membeli di Wowshop. Puas hati cara pembungkusan cuma tempoh masa itu yang saya rasa lama. Banyak pesanan masuk agaknya.

Stok selama 25 peket × 5 bungkusan + 5 = 130 hari 😅. Rasanya tidak minum hari-hari. Selang-seli dengan koko serbuk yang buat kek itu.

Ini dapat sebelum terima hadiah beg tangan.

Ada pesan Curatap pada hari Isnin hari yang sama pesan minuman ini dan Curatap lagi cepat sampai. Belum sempat kesan, barang sudah sampai. Sama harga.


Tuesday, February 4, 2025

Gulungan Kayu Manis (Cinnamon Rolls)

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Apabila ada anak buah di rumah, mereka ini suka sarapan roti, kacang panggang dan telur hancur.

Salah satu sarapan yang saya anggap pelik. Sarapan gulungan kayu manis dengan krim. Ini adik perempuan saya buat dengan anak-anaknya.

Gulungan Kayu Manis Dengan Krim



Dapat rasa satu. Sedapnya.


Sunday, February 2, 2025

Imbas Kembali: Januari 2025

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rasanya mungkin setiap bulan saya akan buat imbas kembali peristiwa untuk setiap bulan 2025.

Januari bagi saya memang istimewa sebab bulan kelahiran, cuaca agak sejuk berbanding bulan lain. 

Memandangkan cuti sekolahpun ada dalam bulan Januari jadi sibuk juga dengan segala kenduri dan agenda makan. Malahan perjumpaan keluarga belah emakpun dibuat pada bulan ini. Rasanya kenduri dan acara makan akan berterusan sehingga bulan Februari.

Dunia siber pula nampak persaingan/pertarungan AI. Itu tidak saya tidak mahu komen lebih sebab kurang arif. Dunia blog, alhamdulillah saya kembali aktif menulis dan komen. Harap berterusan momentum tersebut.

Oklah hendak tunjuk cenderamata yang dapat ketika doa selamat dan tahlil rumah sepupu Uwan (sebelah rumah), saya panggil Atok Rosli  pada 30 Jan (Khamis). Suka suasana rumah dan sekitarnya. Majlispun teratur.

Cenderamata Dalam Beg Koncot



Cenderamata ini dapat ketika mahu memulakan bacaan al-Fatihah dan Yassin.

Isi Dalam Tema Biru Cair-
Dari Atas: Doa
Dari Kiri: Duit Dalam Sampul Raya, Kain Mikrofiber Dan Tisu



Paling suka dapat doa 'Penghujung Umur Yang Baik' yang dilamina supaya tidak renyuk.

Bagaimana keadaan korang menempuh keadaan pada bulan Januari? Bolehlah kongsi pada saya.